Monday 3 August 2009

demonstrasi (demo and strees)

Dua tiga hari ni kecoh di semua berita-berita tentang demontstrasi pemansuhan ISA..sampai lumpuh KL (katanye la..)..Kerajaan menuduh ia lebih kepada kepentingan politik pihak pembangkang kerana demonstrasi tu diketuai oleh pemimpin-pemimpin pembangkang..Aku yang jauh dari kawasan hitam (Black Area) tu cuma mampu memerhati melalui TV aje la...Kalau nengok pada suasana tu memang macam huru-hara la sebab beberapa jalan utama ke KL ditutup..

Pada pendapat aku, ade pro dan contra tentang demonstrasi ni..Kenapa mereka yang terlibat sanggup menghabiskan masa rehat pada hari Sabtu untuk membuat demo?..Mesti ada sebab musababnya..manusia ni dikurniakan akal untuk berfikir..Kewarasan akal akan terhalang oleh sifat amarah..Kalau dah terlalu marah, dan tak dapat mengawal perasaan tu, manusia akan bersifat sama macam binatang...Mungkinkah kerajaan kita ni tidak mahu mengambil pendapat dari pihak pembangkang menyebabkan satu demonstrasi yang besar perlu dilakukan bagi menunjukkan protes terhadap kerajaan?..Mereka yang terlibat dalam mengetuai demonstrasi ini merupakan mereka yang pernah mengalami sendiri macam mana di tahan di bawah ISA seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim..betapa peritnya berada dalam tahanan tersebut menyebabkan mereka tidak mahu ada lagi pihak lain yang merasai seperti mana apa yang mereka rasa..itu pada pendapat aku la..Perlu ke ISA ini dihapuskan?..atau ISA tidak perlu dihapuskan tetapi dibaiki dan dipantau dengan lebih teliti agar tiada lagi mereka yang dizalimi?..

Penahanan geng-geng Hindraf di bawah ISA merupakan tindakan yang tepat kerana mereka menghasut kaum India yang lain untuk membenci kerajaan dan meniupkan fahaman perkauman yang boleh menimbulan pergaduhan seperti 13 Mei 1969..tindakan penahanan mereka yang telibat dianggap tepat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku..tetapi penahanan ketua-ketua pembangkang yang berceramah, berkempen, mendedahkan skandal dan keburukan kerajaan dengan FAKTA yang terperinci dan BENAR merupakan satu tindakan penganiayaan bagi sesebuah negara yang mengamalkan dasar DEMOKRASI...Kenapa perlu takut jika tidak berbuat salah?..mengapa perlu takut jika fakta tersebut tidak benar?..Kan lebih elok kalau disaman je mereka yang menyebarkan fitnah..tahlah..dunia politik ni memang pelik..susah nak jumpa politik yang bersih kerana kita semua manusia bukan malaikat..Syaitan sentiasa menghasut anak adam dengan apa cara sekalipun agar kita sama-sama terjerumus ke dalam neraka bersama mereka..Kepada semua pemimpin, Anda akan ditanya tentang kepimpinan anda di dalam kubur nanti...pandai-pandaila menjawab ek...

P/s: Pemimpin tu termasuk la pemimpin kepada keluarga..dan aku tak terkecuali dari tu..hehehe..susah jugak nak jadi pemimpin ni..Isteri dan anak tak solat, kita jugak yang kena tanya, Isteri dan anak tak tutup aurat, kite gak yg kene tanya, tapi kalau jalan ber"pimpin" tangan tu memang senang..romantik la katakan..hehehe..(haram berpimpin tangan dengan mereka yang bukan muhrim)...nak pimpin tangan, kawin la dulu..peace!!!

No comments: