Friday 28 August 2009

Poco-poco (sorry kalau salah eja)..


Ada satu email yang elok untuk dikongsikan.. terpulang untuk mempercayainya atau tidak sebab aku pun tak tau betul ke tidak..cuma sekadar untuk berkongsi.. tapi seeloknya ditinggalkan perkara-perkara yang mendatangkan syak wasangka terutama yang melibatkan agama.. jom kita baca pastu fikir (bukan pergi joget ek)...


"Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tentang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib. Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan." Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini. WALLAHUALAM...."


P/s: Aku pun tak tau poco-poco tu mcm mana tarian dia..yang aku nampak mak datin je suka tarian ni..tapi apa pun yang kita buat, semua bermula dengan niat..tak semestinya kita solat depan tiang tandanya kita menyembah tiang tu..Kalau nak poco-poco pun biarlah berpada-pada..Jangan sampai tak sedar diri pulak..tapi kalau sekadar ringtone poco-poco rasanya tak salah kot (heheh..ade orang terasa ke?..)

tazkirah jumaat..




Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema dikalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


Sabda Nabi S.AW: Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.( Sahih Muslim: 854)

p/s: Tanda-tanda kecil dah banyak, tunggu aje la tanda-tanda besar..rasa insaf sekejap..tapi biasela..manusia ni cuma insaf seminit je..tu pun tahan kalau seminit,kalau sesaat je insaf lagi le malang..nauzubillah..sama-sama la berdoa ek..belum terlambat lagi untuk bertaubat selagi pintu taubat belum tertutup..



hilangkan dahaga atau hilangkan nyawa?


Pernah dengar coca-cola?..rasanya orang asli pun tau apa itu coca cola..tapi rasanya tak semua tahu tentang kebaikan coca cola. Kebaikan pada benda lain, tapi kemudaratan pada manusia..cuba baca fakta kat bawah ni..aku pun tak tau la benda ni betul ke tidak..tapi fakta ni dah tersebar lama..cuma kita je yang buat sambil lewa..maklumla..sedap...


1. Dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda Polis/Lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan


2. Cuba kajian ini : Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.


3. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke.


4. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chr ome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


5. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


6. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


7. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.


8. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.


9. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalamasa 4 hari.


10. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.


11. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, [bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] ianya pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.


12. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.


13. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh untuk satu tin Coke.


14. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. So, terhasillah perkataan Coca Cola tu.


15. Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-48 jam.


16. Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut!


17. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.


18. Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%.


P/s: Kepada penggemar Coca Cola,kalau tak sayang usus korang pun, sayangi la Islam..dah terang-terang kita tau dimiliki oleh bangsa yang memerangi Islam dari zaman nabi sampai bila-bila, untuk apa kita nak sokong..Banyak lagi minuman bergas yang tak sumbang kepada Yahudi..contohnya macam Radix Cola (hehe..promo la pulak..)

Wednesday 26 August 2009

Nak sebat ke taknak?


Secara tiba-tiba kes Kartika (bukan hartika ek..) mendapat liputan meluas di semua akhbar..Isu sebat mula dimainkan oleh semua media massa dan juga pemimpin-pemimpin termasuk pembangkang. Pelbagai pendapat diutarakan tah mana satu yang betul aku pun tak tau. Kalau nak diikutkan bukan Kartika sorang je Org Melayu atau lebih tragisnya, bukan Kartika sorang je Orang ISLAM yang meminum arak..Kalau nak menghukum Kartika sorang pun dah macam-macam hal jadi, macam mana kalau berpuluh-puluh lagi Orang ISLAM yang ditangkap kerana meminum arak?..nak tunggu bertahun ke baru habis semua kene sebat..tu pun kalau takde kes baru..kalau ada?...
Apa isu sebenarnya yang timbul?..Isu hukuman sebat ke atau Isu Penguatkuasaan kepada mereka yang beragama Islam tapi meminum arak?..Kalau Kartika tu disebat, akan berhentikah mereka yang kaki botol tu?..kalau dah nama umat akhir zaman, macam tu la gayanya..maksiat makin berleluasa..
Sekarang ni Imam dan Bilal pun dah ada kuasa untuk menangkap mereka (umat Islam) yang meminum arak..larat ke pak imam ngan bilal nak kejar mereka yang meminum arak tu..silap-silap ada nanti kes pak imam dibelasah sekumpulan remaja yang sedang berpesta...kuasa tu ada tapi kena la disertakan dengan kemampuan dan keberanian..kalau setakat kuasa je ada tapi tak berani atau tak mampu nak buat, apa guna ada kuasa macam power rangers pun..simpan aje la kuasa tu dalam poket..
Pada pendapat aku, kalau dah nama negara Islam, sepatutnya isu Umat Islam minum arak secara terbuka takkan timbul..Mana pergi Islamnya kalau rakyat dalam negara tu kebanyakannya kaki botol..kat sini dah menunjukkan tiada penguatkuasaan yang ketat dalam menghalang benda-benda ni dari berlaku ataupun ada penguatkuasaan tapi takde sape yang berani cegah termasuk la Jabatan Agama..Tu belum termasuk lagi VVIP atau Menteri-menteri yang minum arak di Hotel-hotel 5 bintang..berani ke pak imam nak tangkap? silap-silap masuk ISA lak pak imam tu..dah kesian...
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya di antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah hilangnya kemanfaatan ilmu dan makin ketara kebodohan dan banyaknya peminum arak dan meluasnya perzinaan dengan terang-terangan. (riwayat al-Bukhari).


p/s: bab-bab rotan ni aku rasa semua orang pernah kena punye masa kecik dulu..heheh..tu termasuk la aku..tapi papehal pun thanks la kat mak ayah aku dan cikgu aku yang pernah rotan aku..sekurang-kurangnya dorang memberikan aku pengajaran betapa sakitnya kena rotan..confirm aku tak buat lagi...sakiiitttt

Monday 24 August 2009

Friday 21 August 2009

Salam Ramadan


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


P/s:
1)Selamat Berpuasa dan Jangan Malas Bertarawih..(err...macam cakap dengan cermin..)
2)Maaf dipohon dari hujung rambut ke hujung kuku kaki kepada ahli keluarga, sahabat dan rakan taulan..Semoga beroleh keberkatan dalam Ramadan kali ini..

Wednesday 19 August 2009

berat sama dipikul, ringan angkat sorang2..


IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat


p/s: korang faham2 sendiri aje lah..(hehehe..sebab aku pun terlibat sama)..Sama-samalah kita berubah kepada kebaikan di bulan ramadhan ni sementara masih diberi peluang untuk bertaubat...amin..

pokemon ko...







Saya ada menerima email dari seorang sahabat..sesuai untuk dikongsikan (walaupun cerita dia dah tak tayang lagi kat TV)..
Ada satu perkara yang saya ingin kongsi bersama. tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan semua.
Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, saya diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani (lughah siryaniiyah).
contohnya:
POKEMON - saya yahudi
CHARMANDER - ALLAH itu lemah...
PIKACHU - jadilah seorang yahudi..
Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat. Bagi saya, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon. Maka saya menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.
p/s: Aku pernah gak mengikuti cerita ni..setau aku kartun ni dari jepun..tapi tak tau la pulak mcm tu sekali makna dia..Umat Islam diwajibkan untuk menghindari perkara-perkara yang syubhah. So kalau korang dah tau apa maksud dia, cari la 'pets' lain..banyak lagi 'pets' yang comel dan tidak menghina ISLAM..antaranya Lan Pet-pet (..err..tu kategori 'pets' gak..siap pandai mengucap lagi)

Tuesday 18 August 2009

akauntan atau AKURtan


Semasa temuduga di sebuah syarikat bagi jawatan AKAUNTAN:


Bos : 2+2 ?
Akauntan A: 7
Jangan ambil dia sebagai akauntan anda. Dia bodoh.
Bos : 2+2 ?
Akauntan B: 4
Dia adalah seorang akauntan yang baik.
Bos : 2+2 ?
Akauntan C: Berapa yang tuan mahu ?
Maka terus ambil dia sebagai seorang akauntan kerana dia adalah akauntan yang terbaik!


Situasi ini mungkin ada berlaku kepada anda..Tanggungjawab sebagai pemegang amanah rakyat betul2 buatkan akauntan jadi manusia yang paling banyak dosa...terutama dosa bersubahat...
Patuh pada arahan bos walaupun mengetahui terdapat penipuan..cuba halang, maka markah prestasi hancur, anda di senarai hitamkan dalam sebarang pencalonan bagi kenaikan pangkat, anugerah cemerlang,dan mcm2 lagi la..apa pilihan anda?..berhenti kerja?gile pe!!..
Situasi mcm ni aku rasa banyak berlaku kepada penjaga-penjaga amanah rakyat..Hanya yang mampu sekadar menasihati dengan cara yang paling hikmah,tidak mengaibkan pegawai/bos..tapi apa yang mampu dilakukan lagi kalau nasihat hanya lah sekadar masuk angin keluar angin+bau lagi.. DILULUSKAN OLEH KETUA PENGARAH..tu yang terpampang pada setiap tuntutan walaupun anda pasti malah mengetahui tuntutan tersebut adalah palsu...nak tak nak, proses jugak la bak dialog kat atas tu..'berapa yang tuan mahu?'..

Maka, duit rakyat pun keluarla kepada mereka yang tidak mempunyai hak ke atas harta tersebut..salah siapa?..salah bos yang meluluskan atau salah akauntan yang memproses bayaran atas arahan bos?...Renung2kan...(err...aku takde kene mengena dalam ini cerita arr..)


P/s: Di penghujung dunia, manusia yang paling jahil akan diangkat menjadi pemimpin..Maka, kebenaran tidak akan dapat ditegakkan dengan mudah..

Monday 17 August 2009

dah agak pun...











"Jangan jolok sarang tebuan"... itu la ayat dari mulut waheeda bila bekas isteri akhil hai menuduh beliau merupakan orang ketiga penyebab penceraiannya dengan suaminya..terdetik pula di hati ini, kenapa yang mempunyai hak ke atas akhil (bekas isterinya) tidak mengamuk sakan, tapi orang yang dituduh tu (kononnye la) melenting bagai nak rak..takut rahsia diketahui orang ke?...
Dunia sekarang ni bukan macam dunia zaman tok kadok dulu..berita cepat je sampai...kalo tak, takkan la cepat je tersebar gambar dorang kat tepi pantai tu..tapi papehal pun tahniah la kat akhil hai (ustaz) atas perkahwinannya dengan waheeda..sekurang2nya dia dapat mengelakkan diri dari berbuat maksiat..cuma yang ana rasa sakit hati, anta dan anti tipu semua orang..kononnya anta dan anti tidak bercinta..

kalau anta sudah kawin, anta jangan la lupa sama itu anak anta (dengan ex wife)..
P/s: ada sebab kenapa ramai lelaki di dunia ni cari lain..ada yang tak cukup tu..




Saturday 15 August 2009

eppy setahun wedding anniversary..



Hari ni genap setahun perkahwinan aku dan isteri aku..tapi apa la ada pada setahun tu..orang tua-tua selalu cakap umur baru SETAHUN jagung dah nak tunjuk pandai..mungkin betul kata orang tua-tua, apa nilainya setahun tu..masih jauh lagi perjalanan kami..tapi pada kami setiap hari dan tiap saat masa bergerak, akan lebih mematangkan kami..setahun lebih bermakna dari sebulan, sebulan lebih bermakna dari seminggu, seminggu lebih bermakna dari sehari..
Kalau diikutkan fasa perkenalan kami, ia bermula pada 14 julai 2006 ketika kami sama-sama belajar di UiTM Segamat (Klasik gile UiTM ni)..berkenalan dan terus berkenalan sehingga rombongan merisik pada 28.11.2007 (hadiah hari lahir aku..hehehe..mekasih mak!!..)..seterusnya kami bertunang pada 21.12.2007...dan akhirnya pada 15.08.2008 dengan mas kahwin rm158 kami pun dinikahkan (ala..lupe la pulak nama tok khadi tu)..
Hari ni baru genap setahun..banyak lagi impian yang belum kami capai...
Anak?..tu la soalan paling aku menyampah nak jawab...belum ada rezeki lagi..mungkin Allah lebih mengetahui tentang sebab musababnya dilambatkan kami untuk menerima cahaya mata..Rileks la..kan orang tua-tua selalu cakap, baru setahun jagung..hahaha...


Doakan kebahagiaan kami bukan sehingga anak cucu sahaja, tapi biarla berkekalan selamanya..Kepada ibu dan bapa kami, hadiah cucu belum dapat kami berikan lagi untuk tahun yang pertama ini..sabo ek..hahaha...


Thursday 13 August 2009

Al-fatihah...


Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia
KUALA LUMPUR:
Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital
p/s: Salah satu tanda kiamat apabila para ulama' dan ilmuan ditarik nyawanya..Aku memang respect ngan ustaz ni..allahyarham betul-betul berdakwah, bukan mengejar populariti semata-mata..tak mcm akhil hai hai bye bye tu..ana anta tp jual unta..

Mati tak mengira usia. Kita ni entah sempat ke entah tidak untuk menyambut ramadan dan syawal akan datang..Semua di tangan Allah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat..



Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Wednesday 12 August 2009

korang pernah kena situasi ni?..



1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.
2. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.
3. BILA MANA KAKITANGAN KERAJAAN YANG DIBAYAR GAJI DARI HASIL DAN PENDAPATAN RAKYAT BERLAGAK SOMBONG BILA BERURUSAN DENGAN ORANG RAMAI.
4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.


5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.
6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.
7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!
8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!
9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.
10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!
11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?
12. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?
p/S: Yang aku highlight tu faham2 la ek..jangan komen la, kalau korang kerja kerajaan, mcm tu la yang korang akan buat..kalo dah nama kerajaan, memang lem***... tapi kadang2 swasta pun lebih kurang gak..dah nama manusia,bukan robot..ada masa positif, ada masa negatif..bergantung kepada alam sekitar...

Merdekakah Melayu selamanya?


Laungan Merdeka sebanyak tujuh kali yang dilaungkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih lagi terngiang-ngiang di telinga Pak Habib.Masakan tidak, umur beliau pada ketika itu baru belasan tahun. Tiap detik, tiap saat kemerdekaan dilaungkan, beliau ada di situ. Perit jerih semasa Tanah Melayu dalam jajahan masih lagi terasa walaupun 52 tahun Negara mengecapi kemerdekaan. Masih terbayang lagi dimindanya ketika bapanya dipukul dengan buntut senapang kerana tidak menundukkan kepala dengan salah seorang pegawai jepun. Habis berdarah hidung bapanya. Itu baru tidak tunduk, macam mana pula kalau melawan atau ingkar dengan arahan mereka? Pasti dipancung kepala mereka. Berapa ramai orang Melayu dipancung kepala mereka kerana disyakki menjadi tali barut British. Terlalu sukar untuk dilupakan Pak Habib.

Kini, genap 52 tahun kemerdekaan Negara, Bangsa Melayu ramai yang memegang jawatan tinggi dalam pekerjaan, tidak lagi menjadi kuli, petani dan pekebun kecil. Timbul perasaan bangga di hati Pak Habib walaupun mereka itu tiada pertalian darah dengannya, namun mereka tetap sebangsa dengannya. Namun mampukah Melayu bertahan dalam arus kemodenan dunia? Seringkali terdetik di hati Pak Habib tidak selamanya Melayu akan menjadi ketua Negara, tidak selamanya Melayu akan di atas. Ibarat putaran roda, kadangkala di atas, kadangkala di bawah. Risau juga memikirkan tentang anak bangsanya sendiri persis seorang ahli politik risaukan undiannya ketika pilhanraya.

Anak muda terjebak dengan pelbagai masalah sosial, Pemimpin yang terlalu memikirkan duit dari kebajikan rakyat, pihak berkuasa yang mudah tunduk kepada wang, kemasukan imigran yang pada dasarnya untuk bekerja kini sudah mula beranak-pinak dan membentuk sebuah kampung. Apa lagi yang harus ditunggu? Apa lagi yang harus dibanggakan? Mengeluh panjang Pak Habib tiap kali terpampang di dada akhbar “Remaja Melayu di tangkap basah”, “Pegawai polis ditahan kerana rasuah”, dan pelbagai lagi rencana yang menunjukkan jati diri Melayu sudah hilang. Budaya Syaitan sudah mula menjadi ikutan. Kononnya tidak membangun jika tidak mengikut budaya barat. Apa guna dasar Pandang ke Timur yang dilaungkan oleh kerajaan jika pemuda-pemudi sentiasa teleng mindanya memandang ke barat. Hancur masa depan mereka menunjukkan hancurnya sesebuah Negara pada masa akan datang. Pada siapa lagi harus kita meratap? Pada siapa lagi harus kita mengadu? Kaum lain tetawa dan tersenyum sinis. Melayu sudah berperang sesama melayu. Melayu sudah berbunuh sesama Melayu, Melayu sudah masuk perangkap kita. Kaum lain menanti masa untuk mengangkat bangsa mereka pula. Mereka menanti masa untuk mendapatkan hak kesamarataan dalam semua bidang.Jangan terkejut jika suatu hari nanti kaum tersebut akan mentabalkan pemimpin mereka sebagai Raja dan sultan. Jangan terpegun jika semua jawatan kerajaan akan dimonopoli oleh mereka. Tidak mustahil kita akan kembali menjadi petani dan pekebun kecil, malah lebih teruk lagi menjadi kuli kepada bangsa lain. Menyesal pun sudah terlambat. Hanya yang mampu, patuh pada arahan selagi tidak bertentangan dengan agama. Untuk bangkit pastinya bukan seminit, tapi bertahun malah berabad. Ketika itu, Melayu ibarat Palestin yang berbumikan Israel, Melayu ibarat kaum yang hina, Kegemilangan melayu hanyalah untuk tatapan sejarah.

Itulah yang ditakuti Pak Habib. Cucu cicitnya akan merasai kembali apa yang telah dirasainya. Cucu cicitnya akan trauma melihat ibubapanya dipijak, dipukul, malah dipenjarakan tanpa sebab. Tidak putus-putus Pak Habib berdoa agar keturunannya tidak merasai kepedihan yang dialaminya. Setiap waktu Pak Habib akan berdoa agar bangsanya sentiasa bersatu, menjadi khalifah yang agung, tiada syaitan yang bertopengkan manusia. Dalam hela nafasnya yang panjang, Pak Habib mengharapkan doanya dikabulkan oleh Yang Maha Esa.

Tuesday 11 August 2009

babi selsema atau selsema babi...

Sedikit informasi tentang H1N1 (dari email yang diforwardkan kpd sy)...

Tulisan ini saya fwd dari sebuah forum.
A. Bagaimana sebenarnya H1N1 merebak? adakah setiap rakyat akan diberikan suntikan vaksin? cukupkah kiranya memakai topeng boleh mngelak jangkitan H1N1? adakah jangkitan H1N1 hanya boleh menyebabkan individu tertentu sahaja sakit?

Jaw...


1. Merebak melalui udara dan cecair badan seperti bersin, batuk dan bercakap kuat.


2. Vaksin untuk H1N1 masih tiada. Kalau hanya simtom, KKM akan bagi ubat flu sahaja. Jika comfirm ada H1N1 akn dimasukkan ke wad dan barulah di beri vaksin anti viral. Anti viral hanya melambatkan penularan tetapi tidak menjamin tak kena. Orang awam tidak dibenarkan sama sekali mengambil suntikan antiviral. Sebab?...dalam dunia hanya ada 2 jenis antiviral. Jika semua orang ambil...automatik jika virus2 baru akan datang mutasi dan akan lali dari ativiral tersebut. jadi amat2 berbahaya jika ambil antiviral.


3. Jangkitan tidak mengenal golongan. Semua boleh dijangkiti. Cuma kekuatan antibodi badan sahaja yg mampu menghasilkan anti virus ini selepa 7 hari dari prosesmulanya pengeraman. Cuma ada indvidu2 yg risiko kematian lebih tinggi seperti ibu mengandung, ibu baru bersalin (lemah lagi badannya), gemuk, darah tinggi, kecing manis, jantung dll.


4. Topeng perak boleh membantu menghalangkan kita menyedut secara langsung cairan yg dilepaskan melalui batuk, besin dan bercakap kuat. Lebih baik buka tingkat dari duduk dalam tertutup.


aku bagi info skit... Nak tahu anggaran yg dah terkena....jumlah yg telah dijangkit di darabkan dgn 10. So kalau sekarang 1300 maka dah ada 13 ribu penularan. Lepas tu kali dgn 10 lagi.


Sebabnya WHO sendiri tak tahu status penyebaran dah sampai tahap mana. Malah KKM pun dulu mampu ambil 10 sample bagi setiap kes cluster tetapi sekarang hanya mmpu ambil 5 sahaja.


Kenapa baru KKM nampak risau?. Sebabnya dari 0 kes bermula April 2009 sejak dikesan hingga kes yg ke seribu, tiada kematian. Maknanya penularan belum meluas. Bila rank antara 100-300 kes berlaku keatian sehingga 8 orang secara rasminya, maka ini menunjukkan kes ini telah tersebar luas. Banduan dalam penjara Jelebu pun kena dan orang asli di hutan Kuala Pilah pun dah kena.


Adakah kerajaan ada buat pemantauan di pusat-pusat ternak babi? kenapa takde berita babi @khinzir dihapuskan sedangkan kita sedia maklum ianya virus selsema babi...kalau masa selsema burung abis semua spesis burung dan ayam satu kampung di hapuskan bagi mencegah penularan, tapi kenapa masa selsema babi ni; takde satupun berita mengenai kerja penghapusan babi dijalankan sebagai satu langkah mencegah penularan selsema babi? yang di sibukkan ialah kerja pindah kandang babi; dari dok pindah kandang babi baik hapuskan terus kandang babi Tapi walaupun pada peringkat sekarang memang di lihat babi sebagai bukan satu-satu penyebar; faktor sebagai penyebab dan pembiak virus jugak perlu di ambil kira. Jika jangkitan dan penyebaran sesama manusia dapat di bendung tapi puncanya masih di situ menyondol dalam kandang happy sebab tak kena penghapusan "etnik" seperti mana yang menimpa spesis burung dan unggas suatu ketika dulu pun tak guna jgk; sebab pusingan (cycle) penyakit dan penularan tetap ada


Jaw: Bgini tuan, ambil ebola .ambil HIV yg dipercayai bermula dari keluarga beruk di Afrika...... kita tak relevan nak bunuh binatang tersebut.


Kedua...virus wabak infuenza ini di bahagi kepada 3:


1. Seasonal Influenza... .ini virus antara manusia ke manusia. Beberapa dekat ( 10 tahun satu dekat) ianya akan berulang. Ini virus nak senang cakap..datang dari manusia sendiri.


2. Avian Influenza ..disebabkan alam semula jadi..menjangkiti haiwan seperti burung. Kadangkala boleh mengjangkiti manusia.


3. Swine Ifluenza.... disebabkan alam semuladi seperti virus yg terdapat dari binatang itu sendiri seperti barbi. Kadangkala boleh mengjangkiti manusia.


4. Pendemic Influenza... ianya sebenarnya gabungan dari ketiga2 di atas. Ia virus baru yg mutasi. Tak dapat dari babie secara direct..ianya berubah jadi virus baru.@macam di beritakan sebelum ni, hanya 0.1% atau 0.5% saja 'peluang' untuk manusia biasa MATI akibat h1n1.


manusia biasa ini merujuk pada manusia yang tiada komplikasi lain. iaitu sihat tanpa penyakit2 kronik lain. kalau dilihat 7-8 kematian di malaysia, 80-90 % daripada simati ada sakit lain. pnemunia dan beberapa yg lain. si ibu baru tu, mati setelah 1 -2 minggu lahirkan anak. disini kita dapat kesan satu tread yang common. kalau tengok semua yang mati, kita dapat simpulkan bahawa antibodi lemah.


C. Sepatutnya dalam situasi sekarang k'jaan dah isytiharkan darurat dah. Semua pejabat dan sekolah ditutup seminggu.


Realitinya ialah kita tidak akan MAMPU untuk menyekat wabak (pandemic) selsema babi ini dari merebak. Apa yang manusia mampu buat HANYA memperlahankan kadar ia merebak (rate of infection).


Selsema babi adalah wabak yag merebak melalui udara (airborne) apabila sesorang itu bersin atau batuk misalnya. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan fizikal apabila mana-mana permukaan yang dicemari 'droplet' mengandungi virus disentuh pula oleh tangan kita. Virus akan berjangkit selepas kita menggunakan tangan tercemar tersebt untuk menyentuh kawasan hidung dan mulut. H1N1 BUKAN selsema bermusim atau 'seasonal flu'. Masalahnya ialah vektor yang 'mengangkut' penyakit dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu manusia. Kalau vektor penyakit adalah haiwan seperti serangga atau unggas, kita boleh kemampuan untuk mengesan, mengawal dan memusnahkan mereka tanpa banyak masalah. Manusia ni lain pulak halnya. Manusia memiliki kecerdasan dan daya imaginasi. Mereka boleh bergerak dari satu koodinat ke satu koodinat dengan pantas dan berkesan. Setakat ini kita hanya mampu letak kamera 'thermal-imaging' (mengesan suhu tinggi/demam pada badan manusia) di pintu-pintu masuk sempadan.


tetapi hakikatnya TIADA NEGARA di dunia ini mampu mengawal sempadan masing-masing 100 % berkesan.


Kita juga boleh menutup tempat-tempat awam seperti pusat pengajian tinggi, pejabat awam dan sebagainya, tetapi ini boleh melumpuhkan struktur sosio-ekonomi negara jika dilakukan berterusan.


Kebanyakan orang pula kemungkinan besar akan tidak mengendahkan simptom-simptom awal selsema babi kerana ia sama dengan selsema biasa (demam, letih, sakit urat, hidung tersumbat dan sebagainya).
Ciri-ciri tamadun moden juga menyumbang kepada kepantasan H1N1 merebak. Sistem pengangkutan/ telekomunikasi yang cekap, penempatan urban/kosmopolitan yang banyak, struktur bangunan dan pengangkutan awam (tertutup/berhawa dingin) dan sebagainya. Hakikatnya manusia TIDAK MAMPU menyekat penyebaran virus dari terus menular. Apa yang boleh manusia buat? Cari penawar/antidote/ vaksin SECEPAT MUNGKIN! Setakat ini penawar yang digunakan di hospital-hospital seluruh dunia adalah regimen antiviral seperti Tamiflu dan Relenza, tetapi laporan CDC (Centre for Disease Control) USA, menyebut keberkesanan ubat-ubat ini MASIH DIRAGUI.

Bagaimanapun ada desas-desus mengatakan penwar H1N1 akan ditemui pada penghujung tahun ini. Mari kita sama-sama berdoa. Tetapi jangan le bimbang sangat. Wabak Spanish Flu sewaktu dunia pertama membunuh kira-kira 20-40 juta manusia. Tetapi pada waktu itu manusia belum ada antibiotik/antivira l, mesin hayat, makmal patologi/epidemiolo gi serta kelengkapan perubaan yang canggih. Ditambah pula dengan keadaan sosio-ekonomi dunia yang merundum ekoran perang. Zaman dulu, diarrhoea boleh melenyapkan sebuah bandar, sekarang ni penawarnya cukup mudah, iatu air galian (Oral Rehydration Salt). Selsema pula adalah sejenis penyakit yang sangat biasa ditemui. Pengamal perubatan di seluruh dunia memiliki pengalaman yang cukup luas dalam merawat SIMPTOM-SIMPTOM selsema. Malah antara kaedah rawatan H1N1 yang dipraktikkan sekarang ialah merawat simptom. Apa yang kita boleh buat? Ikut sahaja garispanduan dan nasihat yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan, yang paling penting ialah membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun.


D. Berapa lama virus ni boleh bertahan kat open air yer?

Katakan seorang pengusaha makanan dah terkena jangkitan ni, lepas tu dia sediakan makanan siap bersin kerrchieeeeuuu lagi kat makanan tu. So, boleh ke aku dapat virus ni jika memakan makanan tu?


Ikut yg telinga aku dengar, virus nie hanya hidup dlm beberapa minit je di ruang udara persekitaran dgn syarat dia tak dapat cairan badan manusia. Ia tak boleh merebak melalui makanan tetapi jika hingus dia bersin masuk dlm makanan dan kita telan..kemungkinan besar boleh kena.


Aku tanya soalan dlm majlis tu....ramai yg ambil air sembahyag dalam kolah/bekas air yg besar di masjid2. Adakah virus tersebut boleh dipindahkan ke dalam air dan hinggap ke anggota orang yg abil air smbahyang.
Jawapannya aku nampak mcm tak berapa yakin dia jawab tetapi mulutnya berkata air klorin dalam kolah masjid akan membunuh virus tu.


Kesimpulan aku...bercakap, bersin dan batuk adalah cara paling mudah tersebarnya. Jadi biasakan berbual dgn kawan2 dalam jarak 1 meter.Jangan ambik mudah sangat......


p/s: Tanda-tanda akhir zaman..merebaknya penyakit berjangkit...


kurma yahudi...



Berikut email yang saya terima dari seorang sahabat..sangat sesuai untuk dikongsikan sempena bulan ramadan yang akan menjelma tak lama lagi...
Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... .....berhati- hati..... ...be careful of Kurma Yahudi .. Tolong sebarkan!
Kurma Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara ISRAEL ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia .
Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk TABUNG ORANG-ORANG YAHUDI.
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.
p/s: Aku tak pernah la pulak nampak kurma ni..yang aku biase dengar Yusof Taiyoob je..tapi boleh tahan mahal gak kurma pak yusof ni...

Monday 10 August 2009

lurus bendul atau salah faham?

lawak dari LHDN...

Gambar di atas merupakan Borang yang dihantar oleh LHDN kepada penerima (pembayar cukai)..

Pembayar cukai tersebut menelefon LHDN di Terengganu (daerah tidak dinyatakan..kang kene saman malu lak..) dan meminta Borang B..Kerani LHDN yang menjawab panggilan tersebut meminta alamat dari pembayar cukai tersebut untuk menghantar Borang B yang diminta...Perbualannya adalah seperti berikut...

LHDN CLERK: Boleh bagi alamat encik? (Can you give me your address?)
TAXPAYER: Ok, hantar ke Ranhill Worley. (Send to Ranhill Worley)
LHDN CLERK: Apa Ranhill?...... eja macam mana? (err... How to spell Ranhill?)
TAXPAYER: R.. for Rumah... A for Ayam (Chicken).. N for Nangka (Jackfruit)... H for Holland (country) .... I for itik (Duck)... L for lain- lain(Others)....'
LHDN CLERK: Ok.. Nanti kami hantar ke alamat itu (OK, we will send to that address..)
Selepas seminggu, Borang tersebut pun sampai..sila lihat pada alamat penerima (gambar di atas)
P/s: Aku rasa posmen yang hantar surat ni mesti terguling-guling gelak...tak tau la ape motif kerani LHDN tu wat lawak mcm ni..kes lurus bendul ke atau sengaja nak buat lawak sebab takde keje..

Cinta dan bas (tidak termasuk bas ekspres)


Cinta boleh diibaratkan seperti mereka yang menunggu bas (kalau pernah naik bas le),

Bila bas pertama datang, kalau penuh dan takde tempat duduk, kita akan biarkan bas tu dan akan tunggu bas lain,

Bila bas kedua datang, bas tu buruk (bas zaman jepun), kita akan biarkan juga sebab tak selesa dan menganggap bas tu akan rosak di pertengahan jalan,

Bila datang bas ketiga, bas tu kosong, tak lah buruk sangat macam bas kedua tadi, tapi air cond pulak takde...kita pun biarkan jugak bas tu jalan..

Tunggu punya tunggu punya tunggu...tiba-tiba kita baru terperasan yang kita ni dah terlambat untuk sampai ke destinasi yang dituju, dan tanpa berfikir panjang, kita akan terus naik bas yang sampai tanpa melihat kemanakah destinasi bas tersebut...bila tersedar yang kita ni salah naik bas, barulah kita terfikir yang kita ni telah menghabiskan masa dan wang demi untuk mencari apa yang kita impikan..menyesalkan?

Kalau ada bas yang lalu depan mata kita, cantik, baru dan mempunyai air cond, mampukah kita untuk meramalkan bahawa bas tersebut tidak akan rosak dipertengahan jalan nanti? atau selesa ke kita kalau aircond bas tu terlalu kuat sampai naik selsema kita dibuatnya...

Kesimpulannya di sini, untuk mencari apa yang kita inginkan bukanlah satu kesalahan tetapi tidak salah juga kita memberi peluang kepada orang lain. Bila kita mendapati bas tersebut tidak sesuai dengan kita, apa salahnya jika kita menekan loceng bas (tak perlulah nak jerit kat pemandu bas tu) dan turun dari bas tersebut. Sekurang-kurangnya kita dah mencuba dan tahu keadaan bas tu tidak memenuhi kehendak atau keselesaan kita...


tapi cuba bayangkan bila ada bas yang kita impikan atau kita cari-cari sangat, kita pun tahan la dengan penuh perasaan dan emosi, malangnya, pemandu bas tu pulak boleh buat 'derk'..je..dan terus je jalan..apa yang anda akan lakukan? kejar ke atau 'cover' malu sebab orang kat bus stop dah senyum-senyum kambing melihat anda?

Pada pendapat aku, elok dibiar je bas tu jalan..tak payah la nak kejar bas tu sebab kalau kita kejar, tak mustahil kita akan terjatuh dan menyakiti diri kita sendiri..tak ke malang nasib tu..dah la bas yang dikejar tak dapat, sakit pulak yang dapat..


Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada kita nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri kita. Dan bila kita berjalan, kita sebenarnya
cuba melarikan diri daripada cinta!
P/s:
Jangan terlalu memandang rupa kerana rupa akan kedut dimamah usia,
Jangan terlalu memandang harta kerana harta akan habis apabila dibelanjakan,
Pandanglah kepada iman kerana iman akan tetap kekal selama-lamanya (tu pun kalau betul beriman la..bukan yang buat-buat beriman semata-mata nak pancing hati 'bapak mertuaku' ...)

Racun & Penawarnya...



1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.


3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.


4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.


5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.






Friday 7 August 2009

Kerja...




“Bekerja lah seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi. Dan beramallah seolah-olah kamu akan mati pada keesokan hari.”
Insya Allah kamu akan mendapat kedua-duanya; kebahagiaan di dunia dan akhirat. - Hadis nabi



P/s: Keje tu keje la jugak, tapi janganla sampai jadi mcm gambar kat atas tu...


Islam tidak melarang umatnya untuk mencari kekayaan di dunia asalkan tidak menggangu waktu untuk kita beribadah kepada Allah..tapi kekayaan tu biarla HALAL..bukan HARAM!!!! (ditujukan kepada mereka yang TIDAK JUJUR dalam membuat tuntutan di Unit Kewangan..korang ni makan duit rakyat la...insaflah sikit..jadi darah daging nanti tu..)



New perodua...watch out naza & proton!!!













Dari email yang aku dapat, menurut sumber, MPV Perodua D46T ni akan dilancarkan pada Nov 2009.. Harga di antara RM57k - 65k.. 1500c.c....
P/s: ni dari ape yang aku terima la..kalau pengirim email ni tipu, maksudnya aku tipu gak la..
tp papepun naza dan proton perlu lebih meningkatkan strategi pemasaran dorang la..sebab pada aku design perodua ni nampak lagi futuristik..tapi interior dalaman aku lagi suka naza citra la...dalam exclusive je..(support gak la naza tu walaupun tak menjaga kebajikan staf dorang...hampeh)

Thursday 6 August 2009

wanita bergelar ibu..


Kisah Ibu Menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya, Mengapa engkau menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya.


"Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."


P/s: Hargai ibu anda..pintu syurga terletak di bawah tapak kakinya... Ape kes ngan ayah?..takkan tak hargai?...sedih si ayah...

Ayah berjuang selama beberapa minit, tp ibu akan berjuang selama 9 bulan dan menggadai nyawanya...tp papepun..hargailah keduanya..tanpa mereka takkan lahir kita kat dunia ni...tapi tak tau la aku kalau bayi tabung uji punye kes..sape bapak, sape mak?..

Sedikit peringatan...


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku...Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6.Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman


P/s: Adakah kita tergolong dari 10 golongan tersebut?.. Mampukah kita untuk bertahan dengan seksaan api neraka?..sama-samalah fikirkan sementara masih ada kesempatan...

Wednesday 5 August 2009

Melayu @ Makin Layu


Melayu itu satu bangsa

Melayu itu bertimbang rasa

Kerana itu Melayu terpaksa

Mengikut kehendak lain bangsa

Kelak Melayu pasti binasa

Kerana Melayu, Rasuah berleluasa,

Kerana Melayu, Tergadainya bangsa,

Kerana Melayu, Lupanya bahasa,

Kelak Melayu Agung tiada bahasa,




Pernah dijajah namun pelupa

Pernah dipijak namun alpa

Pernah dipaksa tidak mengapa

Asalkan disuap hilanglah rupa

Bangsa hilang tiada nestapa




Perempuan Melayu terkenal santunnya

Lelaki Melayu pantang dicabar seterunya,

Silat Melayu tiada tandingan bunganya,

Melayu dahulu sangatlah agung,

Melayu terkini, hanya menanti bangsa di sabung




Bangkitlah Melayu dari dihumban

Sedarlah Melayu sebelum dikapan

Janganlah hidup bersandarkan suapan

Kelak ditinggal bangsamu meraban.



P/s: Melayu kukenal tinggi budayanya,
Melayu kukenal tinggi azamnya,
Melayu kukenal tinggi integritinya,
Itu Melayu Zaman dahulu punya maa..
Sikalang Melayu bagi duit suma jalan maa...

TV or Handphone?



Saya ada menerima satu email yang saya rasa sesuai untuk dikongsikan:

Some people say :

Wife is a HARIMAU ............ ....Girlfriend is HARI HARI MAU
And some say:

Wife is like TV, Girlfriend is like Handphone (HP)


At home watch TV, Go out bring HP.

No money, sell TV. Got money change HP.

Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated.

TV is big, bulky and most of the time old but

HP, is cute,slim, curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for HP ishigh and often demanding.

Most Important, TV got remote but HP doesn't have.

Last but not least....... TV do not have virus but HP have VIRUS....Once get it, HABIS LAH.

So pandai-pandai la buat pilihan...


P/s: Ingin menambah,

- TV perlu diletakkan di atas rak atau tempat yang sesuai, tapi handphone, dalam poket pun boleh...

-TV sukar untuk dicuri, memerlukan usaha dan tenaga yang lebih, tapi HP, tengah makan pun kene rembat...

-TV dan HP, dua-dua tu kalau takde duit, jangan mimpi la korang nak dapat yang slim, cantik dan moden..Dua-dua tu perlukan duit, duit, duit...







Tuesday 4 August 2009

tiruan @ asli




Hari ni aku ada belajar 1 ilmu yang aku rasa sangat mudah untuk dipelajari..tapi kalau dapat pada orang yang menyalahgunakan ilmu tu, alamat, bankrap la bank dan ah long sebab kene tipu..Aku dah berjaya menipu slip gaji aku dengan cara scan dan edit (lihat contoh gambar di sebelah)..cukup mudah dan akhirnya aku tahu kenapa semenjak dua menjak ni tiap kali bank call aku untuk pengesahan gaji staf, mesti lain dengan rekod aku..semuanya palsu..bile disuruh faks kan, aku nengok memang sama saling tak tumpah dengan slip gaji asal yang ada dalam rekod aku..huh...hebat...teknologi yang semakin canggih telah berjaya dimanipulasikan oleh meraka yang tidak bertanggungjawab...



Ada satu staf tu bukan setakat slip gaji je dia palsukan, tandatangan pengarah aku pun dia boleh tiru..yang tu bukan lagi teknologi tapi lebih kepada kemahiran tangan..aku memang tak berapa reti nak tiru tulisan orang ni..


Walaupun nampak sekadar memalsukan slip gaji untuk mendapatkan pinjaman tak kire la dari ah long ke ah beng(Bank yang banyak makan riba') ke atau ah tok, dosa tetap dosa..duit yang diperolehi dari hasil penipuan, dosanya sama gak mcm mencuri..lagi pulak kalau hasil penipuan tu diberikan pada isteri dan anak2..makin rosakla keturunan..ya allah,lindungila diriku, keluargaku dan keturunanku dari sumber-sumber yang haram..



p/s: Teknologi yang semakin maju tetapi tidak seiring dengan akhlak dan agama, akan mendatangkan kemusnahan kepada sesuatu bangsa..Tiada agama bermaksud manusia sama seperti binatang yang tidak tahu membezakan mana yang hak mana yang batil, mana yang benar mana yang palsu, mana yang indah mana yang buruk,dan mana yang mendatangkan pahala mana yang mendatangkan dosa...Sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan dari segala musibah kerana kelekaan kita dalam menjalankan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.