Monday, 20 February 2012

emas merelip..(ini bukan citer mami jarum)

Goldbar (bukan goldberg)





Rantai emas gajah



Gelang tangan pasir



Gelang tangan Melor



biarpun blog ini bersawang, tapi dengan hadirnya beberapa keping gambo di atas, pasti menenggelamkan sawang dan sarang labah-labah yang ada setelah sekian lama tak meng'update' blog..



Emas = pelaburan



Mengikut kamus dewan, emas adalah



1. sejenis logam berwarna kuning yg MAHAL harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai, dll)



2. sl mata wang (mengandungi tahil emas)..contoh, dinar



3. sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga, dll): contoh: masa itu emas


4. erkk..aku tak paham ape yang kamus ni tulis..keh keh keh.. terlalu tinggi bahasa dorang nih..



Kesimpulannye emas merupakan:



1) sejenis pelaburan jangka masa sederhana dan panjang..kalau untuk jangka masa pendek...yang itu bukan pelaburan namenye..itu namenye simpanan..keh keh keh..



2) aset yang boleh dicairkan pada bila-bila masa dan laku di mana jua anda berada..walau di ufuk timur sekalipun..erkk..kalau ade orang la kat tempat tu..kalau takde orang, sape nak beli pulak emas tu..




3) kalis inflasi.. contohnye, masa zaman nabi dulu, harga seekor kambing adalah 1 dinar emas..dan jika dinar emas digunakan dalam jual beli pada hari ini, nilainya akan tetap sama..siap lebih lagi..1 dinar emas GCP bernilai RM820.. ade balance lagi kalau ditukarkan dengan kambing..boleh la buat bayar tukang sembelih..keh keh keh..



4) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bankrup..erkk..tapi janganla sampai bankrup..susah hidup nanti..berpada-pada la apabila berbelanja...



5) banyak lagi kelebihan emas nih..boleh goggle sendiri..


Jadi, kepada sape-sape yang nak beli emas pada harga yang murah, boleh la buka laman web ini . Boleh tengok harga semasa emas yang dijual lebih murah berbanding kedai emas.. nak tau berapa harga emas yang kedai emas jual??.. boleh tengok kat sini



Kalau berkenan, sile la hubungi sy..keh keh keh...



p/s: tak reti dah nak update blog nih...asyik layan fb je..

Tuesday, 24 January 2012

cuti

Cuti 4 hari..kalau kat semenanjung,dah lama balik kampung..tapi nak buat macam mana..harga tiket sangat mahal disebabkan cuti tahun baru cina..aktiviti yang boleh dibuat,duduk di rumah, makan..makan..makan...hehehe...tapi best jugak..lepas makan, tengok tv..tidur..huh..sihat sungguh aktiviti di hari cuti...


P/s:

gambar:ayam masak asam pedas made in tenglu..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, 21 January 2012

road to keningau

Esok insyaallah akan ke keningau..merentasi banjaran kroker..balik ikut tenom..harap perjalanan kami dipermudahkan..dan yang paling penting, kereta tak buat hal..servis kereta dah, test drive dah, allignment, absorber, semua dah buat...ini pertama kali aku ke tempat yang extreme di sabah..orang cakap kalau kereta boleh lepas lalu jalan tu, pass lah segala bukit yang ada dalam malaysia nih...semoga 1kz berjaya merentasi perjalanan esok..


P/s: nikon akan beraksi...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, 20 January 2012

tahun baru...

Dah lebih 2 minggu tahun baru berlalu..belum ada apa- apa perubahan dalam hidup aku...gaji sama, rumah sama, kereta sama, semua sama je.. yang berubah cuma tarikh je... Bosan jugak bila tengok diri aku ni..jadi sempena tahun baru cina ni, aku nak berubah..ubah ape??..tahlah..aku pun buntu..hadap je lah hari-hari mendatang nih..moga ada sinar kejayaan di penghujung tahun ni..amin


P/s: selamat tahun baru cina..hoye hoye..sedihnye tak dapat balik kampung...


Published with Blogger-droid v2.0.1