Monday 23 November 2009

2012...




Baru-baru ni aku ada menonton filem 2012 di pawagam..Ramai yang cakap filem tu best,menarik dan macam-macam lagi la pujian..(kalau filem melayu,hampeh la nak dapat pujian macam tu)...tapi memang aku akui, filem tersebut memang menarik dan membuatkan mulut aku ternganga dari mula cerita tu sampai la tamat..takjub dengan teknologi, jalan cerita dan pelbagai lagi unsur-unsur yang kita takkan jumpa dalam filem Melayu..tapi betul ke gambaran mereka tu tentang 2012?...berikut aku sertakan beberapa pendapat berkenaan kejadian 2012 tu..tolong jangan percaya sehingga ada bukti yang tertulis dalam al-Quran dan hadis Nabi S.A.W..




1) Ilmu astronomi menyatakan bahawa kelajuan Marikh dalam lintasan orbitnya telah berkurangan terhadap orbit Timur dalam beberapa minggu terakhir ini hingga ke peringkat yang meragukan gerakannya antara timur dan barat. Pada hari Rabu (30 Julai 2004), dihitungkan bahwa pergerakan planet akan berhenti bergerak dari arah timur. Kemudian, pada bulan Ogos dan September 2004, planet Mars telah berubah putaran orbitnya ke arah yang berlawanan (iaitu semula dari timur ke barat, menjadi dari barat ke timur) dimana hal ini membuktikan bahawa matahari telah terbit dari bahagian barat Marikh pada ketika itu.
Fenomena yang aneh ini (pergerakan ke arah yang berlawanan) disebut “Retrogade Motion”. Para pakar astronomi menyatakan bahawa semua planet di alam semesta ini akan mengalami hal yang sama, setidaknya sebanyak satu kali, dan Bumi kita pun termasuk didalamnya. Planet Bumi akan bergerak ke arah yang berlawanan dan matahari pun akan terbit dari barat satu hari nanti.


Gambar (di atas) merujuk kepada pergerakan Marikh yang telah songsang.Benarkah? Dunia akan musnah bila dunia memasuki putaran melepasi photon belt berdasarkan perkiraan kalendar mayan?Adakah kiamat dikira berlaku apabila bumi mengalami retrograde motion?
(dipetik dari blog http://malay2012.blogspot.com/)


2) NEW YORK - Dunia akan kiamat tiga tahun lagi?Sebuah akhbar di sini semalam melaporkan berdasarkan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah, kod tersembunyi kitab Injil Perjanjian Lama dan teori pergerakan planet, dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012.Tamadun Maya kuno yang pernah wujud kira-kira 200 Tahun Sebelum Masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu.Menurut kalendar Maya yang berakhir setiap 5,126 tahun, malapetaka besar akan menghancurkan dunia pada 2012 di mana satu zaman baru akan muncul selepas itu.Pada 21 Disember 2012, Bumi akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.Seorang rakyat Belgium, Patrick Geryl, 53, mempercayai kalendar Maya itu dan dia bersama-sama 20 yang lain merancang membeli tanah di Afrika sebagai persediaan memulakan tamadun manusia baru selepas kemusnahan Bumi."Perkara terbaik seseorang individu itu boleh lakukan berhubung ramalan itu adalah berhenti kerja dan melakukan persediaan," katanya.Selain kalendar Maya, sesetengah pakar astrologi meramalkan pada tarikh itu, planet ke-10 dan terbesar dalam sistem solar, Planet X atau Nibiru, akan berada pada kedudukan terdekat dengan Bumi dan tarikan gravitinya mencetuskan bencana alam besar-besaran di bumi.Selain dua ramalan tersebut, teori kiamat 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik.Menurut mereka, Bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.
(dipetik dari: http://kkcafe.net)


Aku rasa ada banyak lagi pendapat tentang 2012 ni..tapi yang pastinya, kiamat akan tetap datang..dan hanya Allah yang Maha Mengetahui...


Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 )


Surah Luqman ayat 34:
Sesungguhnya hanya pada sisi Allah sajalah pengetahuan tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya


p/s: walau 2012 ke, 2066 ke, bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka..esok bila matahari dah terbit sebelah barat, dah tertutup pintu taubat, baru nak bertaubat, dah tak guna pun..sama-sama lah kita memperbaiki keburukan diri ke arah kebaikan..walau tidak sesempurna Nabi S.A.W..kerana Allah yang Maha Mengetahui...

Thursday 19 November 2009

UPSR 1995 dan USPR 2009


Hari ni keputusan UPSR keluar..Teringat masa zaman aku dulu UPSR tahun 1995..hanya 4 subjek sahaja yang kami ambil..BM 1, BM 2, Matematik dan Bahasa Inggeris..tu dulu..zaman 1995, zaman Flashman dan Gaban menjadi idola, zaman ding dang dan tora menjadi idaman...Internet?..apa tu?..sejenis makanan ringan ke?...

Itu dulu.. sekarang ni budak-budak dah maju...kalau setakat 4 subjek tu, pejam mata je diaorang jawab..Bahasa Inggeris tu dengan selamba je diaorang jawab..kadang-kadang, bila keputusan keluar, Bahasa Inggeris A, Bahasa Melayu C..nak kata anak orang putih, nama ayah macam orang melayu..pelik pelik..dah kena jajah rupanya budak ni..tak salah mengagungkan Bahasa Inggeris, tapi janganlah sampai BODOH Bahasa Melayu..tu kan bahasa ibunda, bahasa kebangsaan negara..lain la kalau guna kad pengenalan Zimbabwe...err...sorry..bahasa agak kasar sikit..sensitif dengan isu bahasa sekarang ni...

Dulu anak dapat 4A UPSR, mak ayah buat kenduri kesyukuran..tapi sekarang ni..Anak dapat Universiti pun belum tentu cerah masa depan..ramai yang tanam anggur kerana tiada peluang kerja...apa nak dipandang pada UPSR 6A, PMR 10 A, SPM beribu A, CGPA 4.44 (maksimum abis tu), tapi bila keluar U, kerja takde..menungggu sehingga berbulan malah ada bertahun..PTPTN dah sibuk menuntut hutang mereka..Semuanya bergantung pada rezeki masing-masing..Tak macam dulu, kalau anak masuk U, satu kampung kecoh.."wah, senang la ko nanti anak bergaji besar"...err..itu dulu...

Kalau di 'cyber cafe', penuh dengan budak-budak..hampir 99% mahir menggunakan teknologi komputer ni (lagi 1% tu kebanyakkannya teman member je..memenuhkan cyber cafe tu)..sebut je apa jenis game, apa jenis video, apa jenis lagu, apa jenis laman web, semua diaorang tahu kat mana nak cari..ye la..benda mudah macam tu..mudah bagi mereka kerana mereka lahir dalam zaman teknologi..zaman dunia di hujung jari tangan..

Kalau di zaman 1995, mereka yang tahu tentang internet boleh dibilang dengan jari sahaja...kalau tanya budak sekolah rendah, lagi la teruk jawapannya..

Hakikatnya, dunia bukan sekadar di hujung jari..tapi sudah pun di penghujung waktu..hanya menanti waktu dan masa untuk berakhir..Ilmu akademik lebih dipandang tinggi berbanding ilmu agama..ada yang berjaya dalam kerjaya mereka, tetapi gagal dalam mendidik keluarga mereka ke arah agama..pada mereka, agama itu kolot dan memundurkan mereka...itulah hakikat sebenar manusia di akhir zaman...cintakan DUNIA lebih daripada akhirat...


P/s: Dulu gagal UPSR, ada yang menangis..tapi sekarang..happy macam orang dapat semua A..

Dulu tak pandai BI orang tak kisah,orang tak kutuk... sekarang, BI merupakan subjek penting berbanding BM..pelik pelik...

(Keterangan Gambar: Darjah 6 Sek Keb Bandar Endau..haha..kelakar gambar ni)


Wednesday 18 November 2009

jutawan segera...


Pagi tadi semasa aku nak turun dari rumah ke tempat kerja, tak semena-mena aku terpandang la pada satu iklan yang agak cantik (sebab iklan tu berwarna..jarang jumpa sekarang ni) ditampal di tepi tangga area rumah aku..(sorry tak dapat tunjuk iklan tu..aku dah cuba cabut, tapi dia guna gam gajah agaknya..)
"Anda ingin menjadi jutawan?..tak perlu modal, tak perlu cari orang, tak perlu jual barang..tiap minggu, duit masuk ke akaun anda..Ini bukan skim cepat kaya atau MLM atau sistem piramid..Diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia..Telah banyak merubah nasib mereka yang lain..Sila hubungi bla bla bla..."

damn shit!!!! aku cukup menyampah dengan iklan macam ni..

1) Anda ingin menjadi jutawan?.....jawapan aku..ko tanya la semua manusia dalam dunia ni..ada ke yang jawab tak naaaakkkk...err...mungkin ahli sufi kot yang jawab macam tu..Setahu aku, manusia sanggup bergaduh kerana duit..sanggup memutuskan silaturrahim kerana harta...apatah lagi kalau ditanya nak jadi jutawan ke tak nak...

2) tak perlu modal, tak perlu cari orang, tak perlu jual barang......huh..kalau semua tu tak payah, apa bisnes namanya ni..orang nak berniaga pun memerlukan modal..kalau semua tu tak perlu, maksudnya aku cuma tulis borang je dah jadi jutawan..kalau macam tu kenapa ramai menteri, ketua jabatan, ahli politik sibuk terima rasuah, menggelapkan duit, tipu duit sana sini..kan lebih bagus dia join je benda alah ni..isi borang, terus jadi jutawan...

3) Ini bukan skim cepat kaya, MLM atau sistem piramid....ok..bukan skim cepat kaya mungkin boleh diterima perakuan mereka...bukan MLM..erm..mungkin boleh diguna pakai..bukan sistem piramid..err...mungkin kot sebab bentuk dia tak macam piramid...mungkin segitiga...atau segiempat tepat..tapi aku betul-betul yakin dia tetap mengkayakan orang ATASAN..bukan piramid, tapi ke langit...

4) diiktiraf Bank Negara Malaysia, telah banyak merubah nasib mereka yang lain...Aku rasa ayat "diiktiraf oleh bank negara malaysia" tu la ayat yang paling aku benci sebab setiap "flyers" yang aku jumpa, semuanya ada tulis macam tu..konon sebagai jaminan benda alah ni selamat la..selamat mengkayakan orang ATASAN...telah banyak merubah nasib mereka yang lain..siapa mereka tu?..orang ATASAN kan?..kalau kita join, kita akan duduk bawah orang ni, orang tu..kita pun bersusah payah, yang duduk rileks, orang ATASAN...oo..lupa..dia bukan sistem piramid, tapi SISTEM KE LANGIT..

Ok..memang betul benda-benda macam ni memang memberikan pulangan yang tinggi kepada sesetengah orang..tapi mereka ni bukan jenis yang duduk diam...DAN YANG PASTI, IANYA MEMERLUKAN MODAL (termasuk modal untuk minyak kereta mengedarkan flyers)..

Bukan aku anti dengan benda-benda ni, tapi aku dah muak tengok macam mana kakitangan kerajaan yang join benda ni curi masa dengan keluar menyebarkan dakyah-dakyah yang tah apa-apa tu..DCL, HAI-O, Uptrend, K-Link banyak lagi aku rasa benda yang seumpama ni,memang betul, ada bukti duit masuk dalam akaun diaorang, jadi, soalan aku, kalau korang rasa benda tu mengkayakan korang, kenapa korang tak berhenti je jadi kakitangan kerajaan?..bagi la peluang pada mereka yang betul-betul nak kerja..kalau rasa korang boleh jadi jutawan, aku menyokong 100 % usaha kalian..dan buatlah sepenuh masa..tak perlu lagi jadi penjawat awam kerana gaji yang dibayar kepada kalian tidak sebanyak pendapatan dari benda alah yang kalian sertai tu..dan jawablah kalian nanti tentang amanah yang kalian langgar tu..orang suruh buat kerja, korang keluar pergi cari kaki..nak jadi jutawan..duit dapat, dosa pun dapat..


p/s: Teringat masa join uptrend dulu..punya la susah nak cari "pair"(pasangan) supaya dapat pendapatan..ye lah..nak suruh orang melabur RM 500 bukan senang..kalau 50 tu boleh la jugak..last-last, ND LALA tetap dengan kayanya, aku lak terus kayap sebab penat mencari orang.."budus" betul kerana aku terpedaya..(Kesan tragis: aku sekarang fobia dengan perniagaan MLM dan ND LALA..menggeletar seluruh badan)

Monday 16 November 2009

Manusia dan teguran..


Manusia dan teguran memang tak dapat dipisahkan..

Kenapa manusia perlukan teguran?

Masa kecil, kalau mak tak tegur suruh ulang kaji pelajaran, mesti kita takkan buat,

Di sekolah, kalau cikgu tak tegur kerana perangai kita yang suka ponteng,tak buat kerja sekolah, mesti sampai hari ini kita tak habis belajar lagi (sebab asyik kena buang sekolah),

Bila dah remaja, dah ada makwe/pakwe, kalau takde orang tegur/tegah, mesti kita akan hanyut dengan cinta (kononnya la),sampai terkeluar anak haram yang tak perlu disamak dengan tanah merah..

Pendek kata, teguran tu mendisiplinkan kita supaya menjadi mereka yang lebih berguna..

Ada yang boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka,

tapi ada yang akan melenting bila mendapat teguran terutama jika dari mereka yang rendah tarafnya..konon ketua tak boleh ditegur..KONONNYA la..

Manusia akan leka jika tiada yang menegur..

Manusia akan mula riak jika tiada yang menegur..

Teguran MUNGKIN akan membuatkan seseorang terasa hati dengan kita, tapi biar dia terasa hati hari ini, dari tiada hati yang suci pada masa hadapan dek keburukannya pada masa lalu..


Rasulullah SAW bersabda bermaksud, Apabila melihat kemungkaran, hendaklah kamu tegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu tegah dengan lidahnya dan jika tidak mampu hendaklah membenci dengan hati dan itulah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim)


Kesimpulannya, tegurlah rakan/isteri/saudara mara/keluarga supaya mereka tidak terus leka dan sesat dalam mencari arah.. Teguran yang baik adalah teguran yang penuh dengan hikmah dari seseorang yang rapat dengan kita...


P/s: Semua teguran, aku ok je.. tapi teguran audit la yang paling aku tak nak..penat woo nak menjawab..



Friday 13 November 2009

SELAMAT HARI LAHIR IBU...

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]



SAJAK UNTUK IBU...

Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita
aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja
aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman
aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh
aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna
aku masih ingat….
aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

ibu……..!!!!aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…

(Nukilan~Sepriadi~)


p/s: Selamat Hari lahir yang ke 50 kepada bonda tersayang..Moga dirimu beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat..Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Dari along dan isteri yang jauh di perantauan..We Love U so much..We miss U so much...wargghhhh!!!! nak balik!!!!


Thursday 12 November 2009

Keajaiban Alam...Kebesaran Allah


Ikan Kelah berkerumun apabila kaki dimasukkan kedalam air dan menggigit kaki (gigitan manja je la..tidak meninggalkan kesan yang mendalam hatta parut pun tiada)..Orang kata membersihkan kaki dari daki-daki dan kuman..orang kata la, aku tak kata apa-apa..
Lokasi: "Tagal" Sg Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau, Sabah
Bayaran Masuk: RM 5 untuk dewasa (rendam kaki sehingga paras lutut sahaja)
RM 10 (Boleh rendam 1 badan..ada berani?)
P/S: Pelik macam mana ikan kelah tu tak takut dengan orang..Menurut penjaga tempat tu, ikan kelah tersebut sudah dilatih..latih yang macam mana, itu yang kita tak tahu..tapi kesimpulannya, itulah kebesaran Allah..Subhanallah..

Monday 9 November 2009

Pagi yang gelap


TAKZIAH kepada penyokong Man U..yang tertewas..di ulangi..TERtewas di tangan Chelsea..biasa la...menang kalah adat pertandingan..Walaupun sedih dengan kekalahan tersebut, namun buat apa nak lebih-lebih sebab yang menang atau kalah tetap negara orang..tapi nak tunggu negara kita menang bola sepak bila ek?..


p/s: Kepada pakcu, ulasan dan ALASAN mengenai kekalahan tersebut amat dinantikan..err..dengar citer dah ada calon?..bila nak berlangsung?

Thursday 5 November 2009

Hujan,hujan, hujan (tiada kena mengena dengan kump Hujan)


Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)


Orang selalu mengeluh tiap kali hujan..selalu keluar ayat atau kenyataan seperti ini:


-Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..

- Alahai, hujan laaagiiii

- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni

- Payah nak buat apa2 kalau hujan

- Tak boleh balik lagi, hujan!


Lupa ke setiap kejadian Allah tu ada hikmah yang tersembunyi.Nabi pun ada berpesan untuk berdoa ketika hari hujan kerana doa mustajab apabila pintu langit terbuka.. Jadi, sama-samalah kita insaf supaya tidak selalu mengeluh dengan setiap perkara yang Allah turunkan..pasti ada kebaikannya..Lebih baik kalau kita gantikan luahan isi hati tu dengan doa sementara pintu langit sedang terbuka..

Doa ketika Hujan:

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

p/s: aku risau gak kalau hujan ni..jalan ke pejabat selalu je banjir walau hujan tak lebat manapun..Mungkin ada hikmah..dapat masuk kerja lewat..hehehe...

Wednesday 4 November 2009

catatan hari ini...untuk hari esok..


Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda MENYINTAI PEKERJAAN yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
p/s: jika anda menyintai burger Spicy chicken mc deluxe, maka rabaklah dompet anda..

Tuesday 3 November 2009

kereta burukku


bapaku pulang dari kota


bapaku belikan kereta


kereta baru warna merah


boleh ku bawa ke sekolah




itulah bait-bait lagu yang cukup popular masa aku sekolah dulu. Sekarang ni aku nak ubah lirik aku mengikut emosi aku yang terlalu tension dengan kereta aku




aku dah pulang dari kerja


gaji ku habis betul kereta


keretaku buruk warna silver


boleh ku campak ke parit saja




bodo bodo bodo bunyi kereta


pom pom pom pom pom aku sepak


hantar ke kedai besi buruk,


boleh dibuat tukun ikan...




p/s: betul kata orang, kereta bukanlah harta, tapi menghabiskan harta!!