Monday 22 March 2010

Apa ada pada USIA...

(gambar Allahyarhamah Sitti Surianie Jul Karim(Yanie Mentor) bersama suami)

Termenung seketika bila terbaca berita hari ini tentang kematian Yanie Mentor pada 21 Mac 2010 di Hospital Keningau..bukan termenung kerana terkejut, tapi kerana memikirkan kematian tidak mengenal USIA..
Bila ajal menjemput..muda atau tua..kecil atau besar..tiada keutamaan diberikan..

Bila ajal menjemput..sihat walafiat pun boleh jadi sakit...

Bila ajal menjemput..lari kehujung dunia pun tetap diketahui oleh Malaikat Maut..


Sedih bila memikirkan amal yang tak seberapa...

Setiap hari pasti ada dosa dilakukan...sama ada disedari atau tidak...

Sabda Rasulullah S.A.W: Orang yang sempurna akalnya ialah mereka yang selalu memperbaiki dirinya dan beramal untuk bekalan mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah mereka yang selalu menurutkan hawa nafsunya, tetapi berharap keampunan Allah tanpa amal

isk...adakah aku termasuk dalam golongan mereka yang mengharapkan keampunan Allah tanpa amal?...itu yang membuatkan aku termenung...

Hati banyak memikirkan untuk membuat amal.mengubah diri ke arah kebaikan...tapi..kebanyakannya hanya bersarang di dalam hati..tidak terluah dek perbuatan..alasannya..penat, nak rehat dulu, terlupa...susah betul nak buang tabiat malas ni...

bagaimana akhir kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah' (nauzubillah).

Sabda Nabi S.A.W: Pergunakan lima peluang sebelum datang yang lima lagi.

1.Manfaatkan hidupmu sebelum datang KEMATIANMU.

2.Sihatmu sebelum sakit mu,

3.waktu lapang sebelum sibuk mu,

4.waktu muda mu sebelum tua mu.

5.waktu mampu(kaya) mu sebelum miskin...


Kesimpulannya, kematian pasti tiba...semuanya telah ditentukan Allah sebelum kita dilahirkan lagi ke dunia ini..Hanya masa dan waktunya sahaja yang kita tidak ketahui melainkan DIA..tugas kita sebagai seorang Muslim, mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya, dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Dari Abu 'Abdirrahman Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anh, dia berkata : bahwa Rasulullah telah bersabda,


"Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutfah, kemudian menjadi 'Alaqoh (segumpal darah) selama itu juga lalu menjadi Mudhghoh (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuslah Malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 kata : Rezeki, Ajal, Amal dan Sengsara/bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selainnya, ada seseorang di antara kalian yang mengerjakan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta saja. Kemudian ia didahului oleh ketetapan Allah lalu ia melakukan perbuatan ahli neraka dan ia masuk neraka. Ada di antara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Allah lalu ia melakukan perbuatan ahli syurga dan ia masuk syurga."

p/s: Lumrah manusia, hari ini kita ingat akan kematian, tapi dalam beberapa saat, kita melupakannya..sama-samalah kita beringat dan Semoga kita semua termasuk di dalam golongan mereka yang beriman di dunia dan akhirat....Takziah dan Al-Fatihah kepada mereka yang telah kembali ke Rahmatullah..Semoga roh mereka dicucuri Rahmat...AMIN....




Monday 15 March 2010

Kemana Melayu?....

(gambar ini akan memberitahu generasi akan datang, siapa itu Melayu)

Kenapa Melayu makin layu?..kenapa Melayu tidak lagi dihormati?..Kenapa Melayu bergaduh sesama Melayu?..kenapa Melayu tidak menjadi orang paling kaya di Tanah Melayu sendiri?...kenapa?..kenapa?..kenapa?...jawapannya..baca email yang saya terima di bawah ni ye..



Di mana boleh cari ramai Melayu:

Pastinya di Kelantan dan Terengganu

Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu

Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu

Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru Terkinja-kinja best giler menari macam hantu


Apa hobi orang Melayu:

Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu

Tengok telenovela dari Filipina dan Peru

Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru

Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu

Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku

Atau di perpustakaan dan majlis ilmu

Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu

Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa melayu jadi begitu

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru

Pemimpin negara atau raja dulu-dulu



Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu

Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu

Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu


Pertama dengan banyak menguasai ilmu

Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku

AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu



p/s: Kalau tidak disebabkan ada perlembagaan yang menjaga hak keistimewaan orang Melayu pastinya Melayu akan hilang..ditindas bangsa lain..tapi perlu diingat..perlembagaan digubal oleh manusia..dan manusia jugalah yang boleh meminda perlembagaan..jadi..sampai bila kita nak berlindung disebalik perlembagaan itu?..lambat laun perlembagaan hanya tinggal lembaga..Lembaga yang akan memakan bangsa Melayu itu sendiri..tapi..takkan Melayu hilang di dunia...itu betul..kerana Melayu yang akan menjadi kuli kepada bangsa lain..menjadi pak turut kepada bangsa lain...Melayu yang merempat di Tanah Melayu...kerana apa?...kerana perkara yang disebutkan di atas itu..

Monday 8 March 2010

Cheers to the 80s babies!!!

Lama sungguh tak meng'update'kan blog ni..bukan faktor sibuk tapi faktor kekeringan idea dan gusi..otak pun asyik ingat nak balik kampung je.. Seminggu di kampung memang takkan puas..tapi kalau asyik cuti je, tak kerja, mana nak dapat duit (lainlah kalau aku seorang upline yang memiliki downline yang ramai dalam sistem piramid MLM)..

Seminggu bercuti, baru hari ini tergerak hati nak buka email..belek punya belek..jumpalah satu email yang mengimbau kembali zaman hang tuah dulu..walau baru 27 tahun..tapi bila terbaca email ni..ada satu perasaan (ape tah nama perasaan tu) yang tiba-tiba je muncul...isk...dah tua ke aku ni?..belum lagi la..masih katagori remaja lagi ni...Cuba baca email kat bawah ni..(khas untuk mereka yang lahir di era 80an)...

Tanda-tanda bayi 80an...

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and MickeyMouse. Not to forgetNinja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. ( tak lupa juga gaban dan kesatria baja hitam..huhu)

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm,mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah...

ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.pukul tapak tangan...kan?

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...


internet? email? apelah tu?

CD? ape tu? kaset tape pernah laa dgr. tiket wayang pun 5 ringgit je.

kita pergi kedai runcit, beli Mamee , KumKum, UFO,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm dia,'telur' keras warna warni, ( tak lupa juga TORA datang lagi..)

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 kaler tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.
hmm..

budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1986/87.skarang digelar 'remaja'.bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are theWorld, We Are theChildren...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak boleh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak percaya pernah ada TV hitam putih...

dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kita ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum (nasib tak senyum tadi)

2. kebanyakkan member2 skolah menengah kite dah kawin (saya setuju!!tapi ada lagi yang belum kahwin..)

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je (bukan setakat komputer, siap ada PS1, PS 2, Xbox PSP..dan bermacam-macam gajet lagi..mahal pulak tu)

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone (lagi canggih dari mereka yang bekerja..heheh)

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari (guna facebook je..lagi jimat..)

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa,seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu timekecik2, nakal2 dulu...
Yaa, kite pun dah semakin tua!!Teringat zaman2 dulu kan?
Selain daripada email tu..gambar-gambar kat bawah ni pun kira ok gak untuk diimbau..