Saturday 19 September 2009

RAYA KITA...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DIUCAPKAN KEPADA MEREKA YANG MENGENALI DIRI KAMI…
MAAF DIPINTA DI ATAS SEGALA KESILAPAN LALU SAMA ADA DILAKUKAN KETIKA KAMI SEDAR ATAU TIDAK…KAMI MANUSIA BIASA TIDAK AKAN TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESILAPAN..
SEMOGA KITA SAMA-SAMA BEROLEH KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN DARI YANG ESA…


Mendayu suara meniti angkasa

Alunan takbir mengulit pagi

Insan tersenyum tanda gembira

Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

Di hari lebaran mulia ini

Jangan pula membuat dosa

Begitulah hakikatnya hari raya

Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman

Seluruh alam turut raikan

Mengucapkan syukur pada Tuhan

Atas nikmat yang datang, limpahannya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan

Leburlah dosa di tapak tangan

Lupakan segala silap dan salah

Insan bersatu membina ummah



P/s: Gembira menyambut Hari Raya janganlah sama macam golongan mereka yang baru terlepas dari dibelenggu tu..Sambut dengan penuh hikmah dan keberkatan..

Wednesday 16 September 2009

cuti RAYA


Tak dapat nak update blog… Internet di kampung tak selancar di pejabat.. nampak gaya kena tunggu 28hb nanti la baru dapat update..
p/s: Cuti 2 minggu akan digunakan sepuas-puasnya untuk bersama keluarga sendiri dan mertua..selepas ini tahun 2010 la baru dapat balik..dugaan hidup dikejauhan… (gambar: bersama anak buah)

Thursday 10 September 2009

bonus konsep 1 Malaysia


Semalam kerajaan mengishtiharkan pemberian bantuan kewangan kepada penjawat awam kumpulan sokongan sebanyak Rm500. Rm250 akan diberikan sebelum raya ni dan bakinya pada bulan Dis nanti..Khabar gembira buat mereka yang menjadi kumpulan sokongan..Konsep 1 Malaysia kini diapplikasikan pula menjadi 1 kumpulan jawatan..Para pegawai mungkin ada memuncungkan bibir kerana raya kali ini bukanlah giliran mereka untuk berbelanja lebih..Namun mereka perlu beringat, walau ditambah 500 sekalipun, gaji kebanyakan kumpulan sokongan masih tidak dapat melebihi gaji dan imbuhan yang dimiliki oleh pegawai..jadi, bersyukur dan redhalah dengan rezeki yang Allah kurniakan..
Pengumuman malam semalam membuatkan aku tak lena tidur..bukan kerana seronok mendapat bantuan kewangan (bukan bonus ek), tapi kerana memikirkan aku akan pulang pada 12hb ini..maka urusan untuk memproses cek dan bayaran kepada staf akan tertangguh sehingga tarikh aku masuk bekerja semula..Untuk membatalkan atau menukarkan tarikh penerbangan bukanlah sesuatu yang mudah terutama di waktu hampir dengan perayaan..semua tempat duduk pesawat telah dipenuhi dari bulan 6 lagi..kalau aku nak menukar penerbangan, alamatnya lepas raya la baru aku balik..takpun bagi aku naik business class (boleh ke bos?)..itulah yang membuatkan aku tak lena tidur (err..tapi tertidur gak aku)..
Dan hari ini aku telah membuat keputusan yang muktamad..AKU AKAN BALIK KE KAMPUNG PADA 12HB INI JUGAK..(MELAINKAN KALAU BOS OFFER AKU BUSINESS CLASS LA..HEHEHE)...
P/s: Kerajaan cuma mengishtiharkan Bantuan Kewangan,bukan BONUS (sama tapi tak serupa)..jadi untuk bonus, nantikan belanjawan pada bulan 10 ni..tu pun kalau ada la...(Najib kata "rakyat diutamakan"..tapi tu Najib la yang cakap, bukan aku..)

Wednesday 9 September 2009

gugur sebelum berjuang..


Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selepas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.


Komplikasi
Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-

v Kehilangan 5-10% berat badan.

v Gelisah dan mudah tersinggung.

v Mata terbenam.

v Ketidakhadiran air mata.

v Mengalami kekeringan mulut dan lidah.

v Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.

v Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.


Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-

v Kehilangan lebih dari 10% berat badan.

v Keletihan dan mungkin hilang sedar.

v Mata adalah terlalu terbenam.

v Ketidakhadiran airmata.

v Mulut dan lidah adalah terlalu kering.

v Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.

v Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali.

v Kekurangan jumlah air kencing.

Gejala - gejala

v Peningkatan kekerapan membuang air besar.

v Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.

v Terdapat angin atau kentut yang melampau.

v Kehilangan selera makan.

v Adakalanya demam.

v Adakalanya terasa mual dan muntah.

v Sakit otot.


P/s: Motif aku letak info tentang cirit birit ni sebab aku yang kena penyakit ni..Doktor yang merawat aku tu cakap aku kene berbuka..akhirnya tertewas gak aku..tapi takpela..dari jadi lagi teruk, baik aku ikut je cakap doktor..cuma yang malasnya nak kene ganti nanti..aduhh..

Monday 7 September 2009

Pantun popular syawal


"Pecah kaca Pecah gelas, Sudah baca harap balas"


Aku rasa pantun ni cukup sinonim ngan kita..terutama bila hari raya.. Setiap kad raya yang diterima pasti ada pantun ni..Apa motif dan niat si pengirim, sangat jelas, iaitu minta dibalas kembali kad raya yang dikirimkan..tapi walau apa pun pantun yang diletakkan, kad raya masih lagi relevan dan mempunyai nilai sentimental tersendiri meskipun teknologi semakin berkembang. SMS, MMS, 3G semuanya tidak dapat menandingi keunikan kad raya...Kad Raya boleh digantung di dinding rumah sebagai perhiasan di Hari Raya bagi menambahkan lagi keceriaan dan membangkitkan suasana raya, tapi kalau SMS, MMS, 3G?..takkan la nak gantung 'handphone' pulak..silap-silap, kene curi dengan budak-budak yang datang beraya..
P/s: Walau maju macam mana sekalipun teknologi, posmen tetap kene bekerja keras di bulan puasa ni untuk menghantar kad raya (sampai cuti dibekukan lagi..kesian ayah aku..)..kalau tak, korang akan terima kad raya selepas hari raya la..

Nuzul Al-Quran


Hari ini merupakan hari Nuzul al-Quran. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.. Bila sebut tentang al-quran ni, teringat masa kecil dulu waktu mula-mula nak belajar mengenal huruf-huruf hijaiah..ayah dan emak la merupakan tok guru pertama aku yang mengajar aku mengenal setiap huruf tu..lepas tu barulah diwarnakan dan dilengkapkan lagi sebutan dan makhraj huruf tersebut oleh beberapa tok guru lain sama ada di sekolah atau di rumah..antaranya tok aku sendiri la..heheh...
Bila difikir balik menpelajari Al-quran ni tak semudah macam matematik..Kalau matematik, hafal formula terus boleh jawab soalan dia walaupun beribu bentuk angka diberikan tapi jalan penyelesaian yang digunakan adalah sama (sorry mak kalau salah bagi fakta..hehe..)..tapi kalau al-quran ni tak semua manusia boleh menghafal, memahami dan mengikuti suruhan Allah dalam Al-Quran tersebut..Ada yang hafal, tapi tak memahami, ada yang memahami tapi tak hafal, ada yang hafal dan faham, tapi tak pernah mengamalkan suruhan Allah..
Pengalaman aku masa belajar dulu, kalau kita dah hafal salah satu surah dalam Al-Quran tapi kita ada membuat perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa, aku confirm mesti ada terlupa beberapa ayat dalam surah tu..senior aku cakap (lupa lak nama dia) kalau dah hafal quran tu, jaga la mata kita dari melihat perkara-perkara yang mendatangkan dosa..contohnya tengok aurat perempuan..kalau dah tertengok, cepat-cepatla ulang balik apa yang kita hafal tu sebelum terlupa..Ini menunjukkan kesucian Al-Quran..tak boleh dicampur adukkan dengan perkara-perkara keburukan..
Sampai sekarang aku masih lagi ingat beberapa formula matematik yang aku belajar masa sekolah dulu walaupun ada yang tidak diaplikasikan lagi selepas tamat Tingkatan 5..tapi surah-surah yang aku pernah hafal dulu masa di Tingkatan 4 (untuk peperiksaan Sijil Menengah Agama), satu ayat pun aku tak dapat ingat lagi..(err..kalau suruh baca semula, sampai Bismillah je aku ingat..)
Yang pentingnya, tak semua manusia dapat menghafal Al-quran macam menghafal formula matematik.. Aku lebih respect mereka yang hafiz (hafal Al-Quran) dari pakar matematik...
Sabda Nabi S.A.W: Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selamanya iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya.(Hadis Riwayat Imam Malik, 1395. Bersumber dari Umar bin Khaththob r.a. dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya Manzilatus Sunnah fil Islam, 1/18)
P/s: Walau setinggi mana pun ilmu kita, ianya bermula dari seorang guru yang mendidik..(haha dah macam Hari Guru la pulak)

Friday 4 September 2009

yeo's yang poyos...




Kepada penggemar soya keluaran Yeo's (rasanya terkenal gak jenama ni)..sila baca email yang saya terima..Moga dijadikan panduan...
Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia . Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini. Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........(lihat gambar di atas)
Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari :
" Tinggalkan apa yang mencurigakan kamu kepada apa yang tidak mencurigakan kamu."


p/s: macam-macam dunia sekarang ni..dari mata kasar, nampak soya tu macam dah halal..tapi ada hitam disebalik putihnya soya..

Thursday 3 September 2009

Islam dihina..dimana iman kita











Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.
P/s: Apa yang mampu kita buat bila nengok gambar-gambar tu?..Menegah dengan kuasa atau nasihat atau sekadar terdetik di dalam hati?..




cuti 2 minggu


Hari ni aku dah berjaya memohon cuti raya selama 2 minggu..sempat lagi bos aku cakap.."lamanya"..sorry la bos..sekali setahun je kalau tak gunakan peluang yang ada, bila lagi nak balik kampung (tambah pulak tiket free)..
Lagi 9 hari lagi kami akan berangkat terbang ke Johor..tak sabar lak rasa...setiap hari kami membilang hari..
Bak kata orang, Hujan Emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri..Kutip emas di negeri orang, buat rumah di negeri sendiri..(eh..dah macam pantun la pulak..)
P/s: Rindukan masakan emak...hehehe..(err..bini masak pun sedap gak..)

Wednesday 2 September 2009

Sekali salah daa...

PEMBETULAN:
Sila lihat post pada Ogos 2009 bertajuk Salam Ramadan. Di situ ada disertakan sepotong hadis. Dan saya ada mendapat satu email berkenaan hadis tersebut. Semoga dapat dijadikan panduan bersama...
PENJELASAN STATUS HADIS BERMAAFAN SBLM RAMADHAN-smoga dpt di forwardkn (sedikit penjelasan akan status hadis tentang bermaafan sebelum ramadhan,... smoga bermanfaat)
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Ulasan 1 Merujuk kepada Hadis di atas yang tersebar melalui email dan internet akhir-akhir ini, saya ingin mengemukakan pandangan kami dari Bahagian Pematuhan Syariah TISB. Sesungguhnya Hadis tersebut tidak diketahui sumbernya dan diragui kesahihannya. Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut:
1- Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama' Hadis yang muktabar.
2- Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok- tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar.
3- Hadis ini baru sahaja muncul pada tahun lepas .
Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya. Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikt kebaikan pada 'hadis' tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan. Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi SAW.
P/s: Semoga dijadikan panduan dan iktibar...peace!!

alhamdulillah


Hati ini melojak kegembiraan..pedulikan bonus dari kerajaan yang entahkan jadi entahkan tidak..Berita yang aku dapat pagi ini lebih membuatkan aku gembira..
Alhamdulillah..itu je yang mampu keluar dari mulut aku..tak mampu untuk aku beli mercun untuk meluahkan rasa gembira aku ni (mercun diharamkan di Malaysia)..Penantian yang aku rasa cukup lama untuk kami akhirnya terjawab pada hari ini..Mungkin pada orang lain hanyalah kegembiraan yang selalu dikecapi, tapi pada kami, ianya satu nikmat yang amat ditunggu-tunggu..Inilah yang dikatakan rezeki di hari raya..Kami akui kami bukanlah hamba Allah yang sentiasa patuh akan suruhannya..kadangkala kami pun terlepas juga untuk menunaikan Solat Subuh dek kerana lenanya tidur selepas sahur (tapi kami qada' ek..)..tapi Allah masih lagi memurahkan rezeki kami..Allah itu Maha Pemurah..Teringat pula aku malam tadi apabila cerek kami rosak, terdetik dalam hati aku..Allah telah menarik sedikit rezeki aku..ditambah lagi dengan Cukai jalan yang telah tamat tempoh (bengkok aku!!), kereta yang buat hal di waktu aku memerlukan duit (bertambah bengkok bile tokei tu cakap 600 saja maa..)aduh...malang betul aku bulan ni..Mungkin kerana aku tidak beramal di bulan ramadan ini..tapi rupanya,ada hikmah disebalik ujian Allah..Ujian yang akhirnya memberikan kami kegembiraan di penghujungnya..

ALhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Ya Allah, janganlah kau putuskan rezeki kami, tambahkanlah rezeki kami dari apa yang telah engkau kurniakan dan kurniakanlah keberkatan di atas segala rezeki yang engkau kurniakan..Amin..


P/s: Apa yang gembira sangat tu tak boleh la dibagi tau..hehehe..tapi ni takde kene mengena ngan soalan cepu mas yang aku selalu dapat tu ek..

Tuesday 1 September 2009

1 Malaysia Merdeka..


Semalam sambutan Hari Kemerdekaan dianjurkan secara sederhana..baguslah macam tu..bukan tak patriotik tapi apa guna sambutan kemerdekaan dibuat besar-besaran, penuh dengan hiburan, tapi tak membawa apa-apa kesan dalam hati..Islam pun suruh kita bersederhana..Masa Kaum Islam menang dalam setiap peperangan, mana ada nabi suruh buat sambutan besar-besaran, beli mercun mahal-mahal semata-mata nak menunjukkan kemenangan..membazir je..
tapi bukan pasal sambutan yang aku nak cerita kat sini. Aku cuma nak cerita tentang iklan kemerdekaan (maklumlah, semenjak Allahyarham Yasmin dah takde, takde pun iklan yang menarik untuk ditonton)..tapi dalam banyak iklan yang ada dalam surat khabar Berita Harian semalam, ada satu iklan yang betul-betul menarik perhatian aku..Iklan dari RHB..ringkas tapi memberi maksud yang mendalam tentang satu Malaysia..Dalam iklan tu ada 3 keping wang kertas..RM1, RM5 dan RM 10..di bawahnya ada ayat "Menjadi 1 Malaysia bukan bermaksud kita perlu menjadi sama. Sebaliknya, ia adalah suatu keindahan keunikan budaya yang digabungkan menjadi satu".. (ada lagi la ayat dia, tapi malas pulak aku nak taip..)..

Bila difikir balik, betul apa yang dia cakap (iklankan le..surat khabar mana boleh bercakap..)..1 Malaysia bukan bermaksud semua perkara mesti menjadi sama..tak semestinya bila bercakap tentang 1 Malaysia, semua hak keistimewaan Orang Melayu mesti dikongsikan dengan semua kaum..macam contoh duit kertas tadi tu la..walau apa pun nilai duit tu, kita tetap panggil dia Ringgit Malaysia (takkan rupiah pulak)..Nilai yang berlainan tapi saling memerlukan di antara satu sama lain..takkan jadi RM10 kalau tak cukup RM1, Cuba bayangkan kalau Bank Negara cuma keluarkan RM10 je, tak ke susah nak beli barang yang harga RM1..tak kan la nak "keep the change" pulak tiap kali membeli..sekali dua boleh le..kalau dah banyak kali, tokei balak pun bankrup..
Kesimpulannya kat sini, walaupun berbeza kaum dan fahaman, tapi kita tetap saling memerlukan satu sama lain..dan yang penting..tak semestinya 1 Malaysia bermaksud semua perkara menjadi sama..(sama sikit dah le..jangan la semua benda nak sama)..
Firman Allah: Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (al-Hujurat: 13)
P/s: Pada aku 1 ringgit ke, 10 ringgit ke yang penting namanya duit..dua-dua tu penting bagi aku.. tambah lagi waktu nak raya ni..(dah le bonus tak dapat..hehehe)..asalkan HALAL..