Wednesday 28 October 2009

lagi sekali...al-fatihah


Semalam aku menerima berita kematian tok saudara a.k.a tok cu aku dari emak aku..dalam bulan ni je ada 2 kematian saudara terdekat aku..dan kedua-duanya sempat untuk aku bertemu semasa Hari raya yang lepas..alhamdulillah..sempat juga aku bersalam dengan arwah walaupun arwah tidak berapa sihat kerana mengalami strok..percakapan arwah juga sukar untuk difahami melainkan isteri dan anak-anaknya sahaja..Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan mereka yang beriman dan bertakwa..amin...

Al-fatihah...

Tuesday 27 October 2009

pemergian seorang atok..

Tanggal 21 Oktober 2009 aku mendapat panggilan dari emak aku jam 3 pagi (lebih kurang la)yang mengatakan 'to'ki dah takde'..Seperti baru rasanya bertemu dengan arwah...tapi apakan daya..Allah lebih menyayangi dia..tidak sempat untuk aku berjumpa dan menghadiri majlis tahlil di kampung kerana aku sedang menghadiri kursus induksi khusus di DBP KL dan urusan isteri yang perlu melapor diri di putrajaya....Hanya yang dapat aku buat berdoa dari jauh agar roh beliau dicucuri rahmat..Terasa ralat kerana aku tidak berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa pulang ke kampung walaupun telah berada di semenanjung...Al-Fatihah...

P/s: teringat pula semasa arwah bertanyakan tentang gambir sarawak..katanya elok untuk sakit gigi dan mudah didapati di sabah..(dalam gambar: yang pakai baju Melayu biru, berkopiah putih)

Thursday 15 October 2009

Missing wife


Missing Wife

A man calls into the police station and says, "My wife is missing.


The officer :How long has she been gone?

Man : A month.

The officer: Why did you wait so long to report it?

Man :Well, until yesterday I thought it was just a dream, then I realized I didn't have any clean clothes to wear.


P/s: Ada ke patut bini hilang sebulan baru sedar..tapi aku rasa ada je orang jenis macam ni kat dunia ni..

Wednesday 14 October 2009

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Rasanya semua orang kat Malaysia ni kenal dengan beliau..Beliau antara Orang Melayu a.k.a ORANG ISLAM yang ke 7 terkaya di Malaysia dan ke 32 terkaya di Asia Tenggara..Saya ada menerima email untuk dikongsikan berkenaan beliau dan 50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary..semoga boleh dijadikan penyuntik semangat untuk berjaya seperti beliau..


- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana


- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,institus i pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.


- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya.. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7.. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional.. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


P/s: Dalam 50 'point' kat atas tu, 'point' 13 yang aku sangat-sangat sokong..Melayu pantang tengok Melayu lain maju..ada je dengki nak menjatuhkan orang tu..


Nabi Muhammad s. a. w pernah bersabda yang bermaksud:

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday 12 October 2009

Puasa sunat atau ganti?


Ramai yang keliru berkenaan puasa sunat dan puasa ganti...boleh ke digabungkan puasa ganti dengan puasa sunat?...Di sini ada sedikit ilimu dan pendapat yang diambil dari laman web ustaz zaharuddin (www.zaharuddin.net)... Semoga menghilangkan kegusaran kita...


Soalan:
Manakah yang lebih baik, berpuasa qada’ terlebih dahulu baru berpuasa sunat, atau menggabungkan kedua-duanya sekali? Contohnya seperti puasa qada’ ramadan dengan puasa enam.

Jawapan :
i) Jika anda bertanya manakah yang lebih baik antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha, jawapannya adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih ertinya : “ Tidak hampir kepadaku orang yang ingin hampir kepadaKu sebagaimana apabila mereka melaksanakan amalan fardhu / wajib mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” ( Riwayat Al-Bukhari )

Amat jelas hadis ini menjelaskan amalan fardhu atau wajib lebih utama di sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat itu.
Hadis tadi sebagai asasnya, tetapi dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. Maksud saya begini, jika seseorang itu perlu qadha puasanya selama 30 atau berpuluh-puluh hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat sehingga mampu mengerjakan syawwal terlebih dahulu, ketika itu mungkin ia boleh mendahulukan puasa syawwal bagi mengejar waktunya yang singkat berbanding qadha. Tapi harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa qadha adalah panjang, tetapi kita tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum qadha puasa tetapi sudah berpuasa sunat syawwal akan pasti bermasalah kerana ia masih berhutang dengan Allah. Bagaimanapun seseorang yang mati setelah qadha puasanya tetapi tidak sempat sunat syawwal, maka tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.

Kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan saya seperti berikut :-

Tidak elok menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu ( dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk digabungkan. Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.


Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang membolehkan penggabungan menjadi tandatanya iaitu :-

• Jika anda mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan tahiyyatul masjid atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat tahiyyatul masjid. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.


• Menurut guru saya Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

• Tindakan A’isyah ra yang melewatkan qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qadha dan syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. ( tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya)


• Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun , ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat sepenunya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)


• Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW ertinya “ Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Muslim). Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melangkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.


• Hujjah ulama yang mengharuskan adalah hadith “ Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat dalam mazhab Syafie mestilah dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103)
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.


• Qiyas haji Qiran (iaitu menggabungkan Haji dan Umrah) kepada Puasa Qadha wajib dan Sunat Syawwal adalah qiyas yang kurang tepat. Malah terdapat majoriti ulama yang tidak setuju dengan konsep “qiyas’ dalam isu ibadat. ( Rujuk Nihayah As-Sull, Jamaluddin al-Isnawi)
Kesimpulan pandangan saya yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal) ; bagaimanapun, pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan adalah beberapa ulama mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.



P/s: Sama-samalah kita ganti puasa...hehehe

Friday 9 October 2009

BBK Peringkat negeri Sabah






Klik untuk dapatkan paparan yang lebih jelas (sorry la guna kertas terpakai je..yang elok semua dah abis)..



Thursday 8 October 2009

Ketua...



Firman Allah swt bermaksud: “Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil Amri (pemerintah) daripada kalangan kamu” - (An Nisa: 59).
Sabda Rasullah s.a.w, bermaksud: “Sesiapa yang taat kepadaku bererti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaku bermakna ia derhaka kepada Allah, sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaku dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaku' - (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An Nasai dan Ibnu Majah).
Rasulullah s.a.w bersabda, “Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah, sama ada ia suka atau tidak kepada pemerintah itu.” (Riwayat Bukhari).
Kenapa tentera Islam tewas dalam peperangan Uhud? Kenapa batal solat seorang makmum yang melebihi imam walau hanya satu rukun?...Semua kerana tidak patuh kepada Ketua...Mengambil mudah arahan ketua...menganggap ketua seperti tidak wujud..Menganggap dirinya lebih hebat daripada ketuanya atas dasar pengalaman..
Semua sebab-sebab tersebut bukan sahaja mampu menjatuhkan sesebuah institusi, malah mampu untuk merobohkan sesebuah negara...konon dirinya lebih berpengalaman daripada ketua..Apa ada pada pengalaman jika tidak disertakan dengan Ilmu?..Pengalaman mengajar manusia untuk bersikap matang dan tidak melakukan kesalahan yang sama dan berulang manakala ilmu memberikan kita inisiatif dan maklumat untuk mencari jalan penyelesaian agar tidak berlaku kesilapan yang serupa..Ada pengalaman tetapi tiada ilmu ibarat kereta formula 1 ferrari yang dipandu oleh pemandu kereta jenazah.. Walaupun pengalaman sebagai pemandu kereta jenazah tu lebih dari separuh abad,tapi pengalaman tu takkan dapat digunakan kalau takde ilmu dan teknik untuk memandu kereta Formula 1..masih boleh memandu tapi mungkin perlahan macam bawa kereta jenazah...
Bila aku perhatikan perangai staf Dewan Bahasa Caw Sabah ni terutama UNIT PENERBITAN DAN SASTERA (direct je aku sebut), penolong pegawai tak menghormati pegawai atau ketua unit mereka seolah-olah ketua mereka ibarat tunggul yang tunggu untuk ditebang..Selalu yang aku perhatikan, apabila memohon kelulusan untuk bertugas luar, langsung tidak melalui ketua unit..dihantar terus kepada Pengarah..Kalau diberi perumpamaan, ibarat ada tangga untuk ke tingkat atas, tapi mereka lebih gemar memanjat melalui tingkap..mungkin lebih pantas walaupun tidak beretika..
Apa guna ketua unit dilantik kalau semua urusan dihantar terus kepada Pengarah..lebih baik dihapuskan ketua unit dan diletakkan mereka sama taraf dengan staf-staf lain..Kita ikut 1 Malaysia, 1 DBP, 1 Ketua...habis cerita..Ketua Unit pun tak ambil hati, Penolong Pegawai pun senang hati..Bila Audit datang, jawablah masing-masing dengan terbuka hati..Aku pun tak pening nak uruskan bayaran..Agaknya jawatan Penolong Pegawai Perancang Bahasa tu membawa maksud yang cukup simbolik..Perancang..sentiasa merancang menggunakan idea sendiri..tidak memerlukan ketua untuk memantau kerana mereka mampu dan berwibawa dengan pengalaman mereka dan gaji yang tinggi..Apa kes ketua unit?..Nganga aje ke bila ada orang pijak mereka?..Bila nak mohon kelulusan bayaran, pandai pula terhegeh-hegeh jumpa ketua unit minta tandatangan..Pandai pula mengikut prosedur dan tatatertib...Itulah dinamakan manusia..Ada akal dan fikiran serta KREATIF dalam memenuhi kehendak sendiri...
Kesimpulannya, Sebuah organisasi akan lebih berdaya saing dan maju kehadapan jika semua bekerjasama dan mematuhi arahan ketua..Hormatilah ketua, tegur dengan berhemah bukan mengumpat dan memburukkan mereka di belakang..Kita saling memerlukan di antara satu sama lain..Patuhilah ketua selagi dia tidak melanggar Syariat Agama kita..
P/s: Cerita di atas tidak ada kene mengena dengan Unit kewangan..hehehe..tapi tension gak aku bila banyak sangat memo kerja luar yang tidak melalui ketua unit..Pengarah dah luluskan...Ketua Unit tak tahu apa-apa..Salah guna duit rakyat, korang jawabla kat akhirat esok..Aku dah banyak kali pesan..korang gak yang degil..ye la..PERANCANG konon...pigi rahh!!! Korang merancang, Allah yang tentukan..PEACE!!! (Gambar di atas takde kene mengena dengan DBP..Sekadar perhiasan sahaja)

Tuesday 6 October 2009


Hari ini 2-3 blog yang aku baca semua mengisahkan tentang kelantangan Indone'sial' untuk menyerang Malaysia pada 8hb ini..Walaupun menurut Jakarta Post hanya 1500 sukarelawan sahaja yang akan dihantar oleh BENDERA (Benteng Demokrasi Rakyat) untuk menyerang Malaysia (serang yang macam mana, itu yang kita tak tau), tapi yang lebih merisaukan jumlah mat-mat indon haram yang sudah sedia ada di dalam negara kita ini melebihi 1500 orang..jadi kemungkinan 1500 orang yang dihantar oleh BENDERA itu hanyalah untuk mengepalai sahaja lebih daripada berjuta-juta mat-mat indon yang bekerja di sini..Alasan untuk mereka menyerang Malaysia adalah cukup kelakar..kerana Malaysia dituduh mencuri budaya mereka..
Negara mereka sedang bergelut dengan masalah bencana alam, tapi ada juga segelintir puak yang tak sedar diri, sibuk nak mengganyang Malaysia..pelik betul mentaliti rakyat dorang ni..
Pemimpin kita pergi ke Unesco dengan membawa isu yang lebih global tetapi pemimpin indone'sial' pergi ke Unesco untuk mendapatkan peniktirafan budaya mereka agar tidak dituntut oleh negara lain terutama Malaysia. Kalau hari tu, Batik telah diiktiraf sebagai kepunyaan mereka, kali ini angklong pula yang ingin dibawa mereka ke Unesco..pelik...macam negara diaorang dah terlalu maju sebab takde isu lain yang hendak dibawa ke peringkat antarabangsa..Aku rasa la, budak SPM Gred 3 di Malaysia pun boleh jadi pemimpin kat Indon tu kalau setakat berfikiran singkat..
Lepas ni..Pemimpin Indon boleh la tuntut Sepak Takraw, batu seremban, Enjit-enjit semut semua tu permainan dorang...tapi aku rasa bagus kalau dorang tuntut Bendera Poland tu hak milik mereka sebab bendera Poland tu sama ngan Bendera Indon...tak de seni langsung bendera..
P/s: 1500 orang yang nak dihantar oleh BENDERA tu naik tongkang ke?..kalau setakat naik tongkang, Malaysia tak payah hantar tentera, tapi hantar nelayan je untuk tebar pukat kat Mat-mat indon tu..tapi jangan nanti 1500 orang yang datang tu terus cari kerja kat Malaysia jadi buruh kontrak pula..

Thursday 1 October 2009

musibah alam


Dua tiga hari ni kita dikejutkan dengan pelbagai berita berkenaan bencana alam yang melanda di beberapa buah negara jiran yang cukup dekat dengan kita..mula-mula taufan tropika Ketsana yang melanda filipina dan menenggelamkan seluruh Manila, serpihan taufan tu dapat dirasakan di Sabah apabila angin kencang melanda beberapa daerah di Sabah termasuk Kota Kinabalu (aku tak rasa apa-apa sebab aku dah tidur..hehe)..dan terbaru gempa bumi di Wilayah Sumatera Barat yang turut dirasai gegarannya beberapa kawasan di negara kita..Bila melihat jiran sekeliling dilanda musibah, terlintas juga di fikiran, bumi sudah semakin uzur..tapi hati dan jiwa manusia tidak pernah uzur memikirkan dunia..Kadang-kadang rasa insaf juga bila memikirkan petanda-petanda akhir zaman semakin jelas..tapi aku pun manusia biasa..insaf kejap, lepas tu lupa..
Dunia memang sukar untuk ditinggalkan..sampai kita terlupa destinasi asal kita adalah akhirat nanti..Waktu bekerja yang sepatutnya menjadi ibadah bertukar menjadi dosa bila terlalu banyak menipu dan tidak amanah..waktu sembahyang yang 5 waktu kadang-kadang tak cukup 5..Waktu nak tidur, baca Bismillah yang pendek tu pun kadang terlupa..main letak kepala, lepas tu jalaaannn...kalau dah bismillah pun lupa, apatah lagi nak mengucap syahadah sebelum tidur..buatnya tidur selama-lamanya, dah naya...Sehari ada 24 jam..dalam masa 24 jam tu berapa minit je diperuntukkan untuk mencari pahala..Manusia memang susah nak berubah serta-merta..tapi sementara mata masih celik, jantung masih berdegup, tak salah kalau kita berniat untuk berubah menjadi baik..daripada terus tak berubah..lagi teruk..Doa la supaya Allah mempermudahkan kita untuk berbuat amal..
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:


1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.


2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).


3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.


4. Apabila suami terlalu mentaati isteri (dayus).


5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.


6. Apabila seseorang lebih memuliakan kawan daripada ibu bapa sendiri.


7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.


8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.


9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.


10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.


11. Apabila arak menjadi minuman biasa.


12. Apabila lelaki memakai sutera.


13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.


14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. -


15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi


P/s: Agak-agak daripada 15 tu, berapa yang dah berlaku?...Memang patut pun macam-macam bencana sekarang ni..