Friday 31 July 2009

kerana cinta...

Pagi tadi aku ada terima satu email..berkenaan seorang perempuan MELAYU yang murtad semata-mata nak kawin dengan mamat INDIA..perempuan tu nama HARTINA..tukar nama kepada Nivashiny Rajeswaran..handsome sangat ke mamat INDIA tu sampai sanggup perempuan ni gadaikan agama yang dia anuti dari kecil..tu la dinamakan penangan cinta..kerana cinta muka macam apa pun nampak handsome..jatuh longkang pun dipanggil macho...tahlah..bila baca balik kes tu..yang buat aku rasa nak marah bile Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Agama langsung tak boleh buat apa...takkan nak kene "hulur sikit" baru nak bertindak kot.

Mengikut email yang aku terima, minah ni dua tiga kali tukar nama dia...takkan mudah sangat nak tukar nama sekarangni?...kalau sekali, boleh la bagi alasan "terlepas pandang", kalau kali kedua, alasannya "tak terpandang", tapi kalau dah lebih dua kali alamatnya "nak kene penendang"..Susah nak cakap kalau integriti jabatan kerajaan ni boleh dipertikaikan...rasuah, rasuah, rasuah..ye la..gaji kerajaan ni kecik je..tapi kalau rasa nak gaji besar, pencen la awal, buat bisnes sendiri..bagi peluang pada orang lain yang betul-betul nak kerja..

Dari apa yang aku baca. dapatla aku simpulkan, Melayu sekarang ni ibarat dihujung tanduk...bila-bila masa je boleh jatuh "kecepuss"..pecah dan dipijak oleh empunya tanduk tu...sedarlah wahai kaumku...janganlah kerana fahaman politik yang berbeza kita sanggup membiarkan kaum lain memijak kaum kita sendiri..Slogan 1Malaysia seolah-olah memberi kelebihan kepada kaum lain...Perlu diingatkan, Kaum Melayu masih lagi ketinggalan dari segi Ekonomi berbanding kaum Cina..Melayu terlalu bergantung kepada kerajaan..Ingat, satu hari nanti tak selamanya Jawatan Perdana Menteri tu dipegang oleh Orang Melayu...jangan sampai esok lusa, kaum Melayu di Malaysia ni tak ubah seperti kaum Melayu di Singapura...BANGKITLAH WAHAI SAUDARAKU, 1 Malaysia tidak akan membawa makna jika kita ditindas...

p/s: janganla kita impikan wawasan 2020 kalau agama tergadai, bangsa dijajah...2020 perlu seiring dengan agama, bangsa dan ekonomi...jangan nanti 2020 hanya sekadar tahun untuk mengingati sejarah kegemilangan melayu...peace!!!

No comments: