Friday 30 April 2010

Hanya pada Jumaat...


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.


“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.


“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).


Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”


Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:


Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.


Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”


Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.


Mulianya jumaat...tapi jarang orang yang tahu..yang orang biasanya tahu:


1) waktu yang paling sedap tidur adalah sewaktu khatib sedang membaca khutbah...


2) malam jumaat..yang ni selalu jadi bahan jenaka..terutama yang "otak kuning"..


3) Kalau kaum perempuan, waktu rehat paling panjang, jumaatlah harinya..ada yang sempat menonton wayang..(lelaki pun ada jugak..ni yang tak tau malu punya..)


4) Jumaat hari "last kerja"..esok cuti...jadi, waktu kerja lepas solat Jumaat adalah waktu yang sia-sia kerana masing-masing dah tak buat kerja..ada yang masuk lewat, pukul 3 baru nak masuk..dah masuk, duduk depan PC, layan internet..tunggu jam 5.00, tutup PC..bye...


Itu antara contoh-contoh fahaman songsang mengenai Jumaat... Mungkin ini sifat manusia di AKHIR ZAMAN... tapi alhamdulillah..selama aku di sini, belum ada lagi Masjid yang terpaksa membuat solat zohor kerana jemaah tidak mencapai 40 orang..Maksudnya, masih ramai lagi yang sedar hukum Solat Jumaat tu..walaupun ramai yang tidur masa khatib sedang berkhutbah...


p/s: Sama-samalah kita ingat-mengingati, sebab empunya diri pun bukanlah sempurna..sama je dengan orang lain..sama-samalah kita mengubah nasib diri kita kepada lebih baik sebelum bertemu Yang Maha Esa..

Wednesday 21 April 2010

sahabat...


wajahmu seindah serinya pelangi nan indah,

seharum bunga memutih kelopak,

wajahmu masih terbayang serinya di mataku,

sehingga terkenang di dalam doa ku,

sahabatku, tahukah kau di dalam hatiku ini,

terhimpunnya seribu doa nan suci,

sesungguhnya, walau hilang mu jauh dari mataku,

tetap kua abadikan dalam jiwaku,

sedihnya, harapan yang selama ini ku bawa,

hancur berkecai musnah jua akhirnya,

semuanya bagai sebuah mimpi,

kau pergi jua, ketika perjuanganmu membara,

belum puas ku menatap wajahmu,

kau pergi tak kembali,

(Kau pergi jua, oleh Rabbani, Munif & Nazrey; ABP 2009)


Ramai yang tahu maksud "sahabat"..tapi tak ramai yang menghargai "sahabat"..

Ada orang bangga bila ramai "sahabat"..tapi ada juga yang bangga bila "sahabat" dia jatuh..

Mereka bersuka-ria bersama "sahabat", tetapi menjauhkan diri dari "sahabat" yang kesedihan..


Ada orang kata, bersahabat dengan penjual minyak wangi, akan berbau wangi,

Maka ramailah orang akan bersahabat dengan penjual minyak wangi..bagaimana dengan mereka yang menyelenggara tangki kumbahan?..berbau busuk..ada yang sudi?..sedang mereka menjalankan pekerjaan yang baik..walau dikelilingi oleh persekitaran yang busuk..tanpa mereka, busuklah semua rumah termasuk rumah sahabat kita, si penjual minyak wangi...


Ibu bapa akan menyalahkan sahabat anak mereka jika anak mereka degil dan jahat..kononnya terpengaruh..

Tetapi akan memuji diri mereka jika anak mereka baik dan dipuji...kononnya baka zuriat yang baik...


Itulah sahabat...

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.

Sahabat sejati menjadi pendorong impian.

Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


Sahabat adalah ibarat butir-butir pasir di tepi pantai,

sahabat sejati adalah ibarat mutiara di antara butiran pasir itu....


Hargailah sahabat sejati..redhailah sahabat yang telah pergi...


pesanan dari sahabat..untuk sahabat..
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


p/s: sahabat aku dalam "facebook" baru je 96 orang..haha..ramai yang dah "add" tapi terpaksa di"remove" kan atas sebab-sebab tertentu...sorry "geng"..tak semua sahabat boleh diberitahu hal-hal peribadi..huhu...

Monday 12 April 2010

12 April 1982---> 2010.... Selamat ulang tahun perkahwinan utk mak & ayah...


"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "
(ar-Ruum:21)


28 tahun, pastinya sangat mengenali hati budi masing-masing....itu perhubungan..

28 tahun, pastinya pelbagai ranjau dan duri ditempuhi....... itu adat berumah tangga

28 tahun, susah dan senang dilalui bersama...itu perkongsian...

28 tahun, lahirnya kami 5 beradik....itu zuriat...

28 tahun, bukan sekadar angka..itu keutuhan hati yang terjalin


Kesimpulannya..28 tahun..PERHUBUNGAN yang terjalin, melalui ADAT resam dalam berumahtangga..dan hasil PERKONGSIAN..lahirlah kami berlima sebagai ZURIAT penyambung keturunan..hingga kini..KEUTUHAN masih terjalin..dan DOA kami..biarlah ia terus terjalin buat selama-lamanya....


Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 28..
Semoga kalian sentiasa berbahagia buat

selama-lamanya...
p/s: Malam ni makan mana?..warung pakcik razak aje ke?..hehehe

Monday 5 April 2010

awas...perampok....


Kecurian...kini bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar seperti KL dan JB..tapi sudah mula merebak ke kampung-kampung (termasuklah kampung aku)...

Kos hidup yang semakin tinggi memaksa golongan-golongan perampok ini untuk berusaha dan bergiat dengan lebih aktif..mencuri dan merompak... untuk menampung kehidupan mereka...

Sebelum terjadinya perkara ini ke atas diri kita (nauzubillah)..marilah kita sama-sama mengikuti beberapa tips seperti di bawah ini...sekurang-kurangnya kita berusaha..selebihnya, kita bertawakal kepada ALLAH...


Peringatan dari PDRM


Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.


1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telahmenunggudiluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box.Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnyaa nda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat

.20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulumasih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM


p/s: kalau penjenayah menggunakan ilmu pukau macam mana?..susah juga nak halang..tapi ada petua yang mengatakan supaya membela ikan puyu untuk mematahkan sebarang serangan "black magic" ke atas diri kita..(Allah lebih mengetahui)... sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan... tapi yang penting, kita berusaha dan selebihnya, tawakal kepada ALLAH...


Sunday 4 April 2010

lupa


LUPA..perkataan yang cukup sinonim dengan kita..

"kenapa tak buat ni?..lupa"....,

"kenapa tak beli?..lupa.. "

"kenapa langgar peraturan?..lupa"...

Apa maksud lupa ni?..

Kenapa terlalu mudah untuk kita mengucapkan perkataan "LUPA" tiap kali kita gagal untuk melakukan sesuatu..walaupun sebenarnya, kita memang sengaja untuk tidak melakukannya.. Bila sebut "LUPA", pasti akan terlepas dari dimarahi..seolah-olah satu lesen kepada mereka yang tidak mahu melakukan sesuatu perkara sama ada secara sengaja atau tidak sengaja..


Kenapa manusia sering terlupa?...jika dilihat pada perkataan pangkal manusia itu sendiri berasal daripada ‘نَسِيَ’ yang membawa maksud ‘lupa’. Mungkin kerana itu kita sering terlupa...


Terlupa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini

Terlupa untuk mengerjakan segala suruhan ALLAH terutama yang WAJIB

Terlupa untuk mengingati kematian,

Terlupa untuk memohon keampunan di atas dosa yang kita lakukan

Terlupa, terlupa, terlupa dan terus terlupa...


Sehinggalah diberikan petanda oleh Allah, kita akan tersedar seketika...tapi..untuk berapa lama?

Seminit?..sejam?..atau lebih bagus lagi..SEBULAN..selepas itu..LUPA..cukup mudah..LUPA...


Kerana itu kita perlu saling ingat-mengingati...kerana kita semua mudah LUPA..

Kerana itu kita perlu sentiasa bermuhasabah diri..kerana kita semua mudah LUPA..

Kerana itu kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah..dan dijauhkan dari meLUPAkanNYA..


Firman Allah: “Janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lalai (LUPA) kepada (terhadap) diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik.”(Al-Hasyr: 19)


Firman Allah lagi yang bermaksud: “Mereka (orang-orang munafik) meLUPAkan Allah lalu Allah meLUPAkan mereka.”(At-Taubah:67).


Kesimpulannya,

kita boleh meLUPAkan pelbagai perkara...tapi jangan seperti "kacang LUPAkan kulit"...

kita mudah lupa pada kematian, tapi jangan kita LUPA kematian pasti datang...

kita boleh LUPA wajah rakan kita, tapi jangan kita LUPA wajah BANGSA & AGAMA kita..

kita mungkin terlupa tarikh lahir seseorang.tapi jangan sesekali LUPA siapa yang MELAHIRKAN kita...


p/s:

1) Al-fatihah untuk allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi)...

Kematiannya menyedarkan aku bahawa ajal boleh menjemput bila-bila masa..waktu kita sedang di puncak, waktu sihat, waktu kita bergembira...mudahnya kita LUPA pada kematian...


2) Aku LUPA untuk meng'update' blog kerana terlalu asyik dengan "facebook"...hahaha...dan akhirnya aku menggunakan tajuk LUPA untuk post kali ini...


3) Harap aku dapat melupakan kekalahan Man U di tangan Chelsea secepat yang mungkin...huhu..


4) LUPA pulak apa nak tulis lagi..rasanya macam banyak benda nak tulis..tapi LUPA...