Thursday 10 November 2011

hari kedua

Perjalanan bermula seawal pagi jam 7.30..beli tiket ke genting di kl sentral,  rm47 seorang untuk pakej pergi dan balik, outdoor games, kereta kabel dan minum teh( aku tak jumpa pun tempat minum tu..haha).. tapi malang betul nasib aku..kereta kabel pulak tak beroperasi hari tu..dan digantikan dengan bas.. Sampai genting dalam pukul 10.00..pum pam pum pam dalam pukul 4 dah bosan sebab semua game dah cuba..errkk..tapi game yang thriller tu dinasihatkan wife aku supaya jangan main..tapi kalau tak suruh pun memang aku tak main pun...gayat pulak...pukul 5 kami keluar dari genting, pukul 6 balik semula ke kl..sampai terus cari hotel.area masjid india...makan...abis perjalanan hari ni... Esok??


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday 9 November 2011

hari pertama

Perjalanan yang sangat memenatkan setelah 3 tahun lebih tak naik bas...huh..kekok betul rasa.. jam 12 malam sampai di terminal bersepadu selatan...terus ambil ERL ke KL Central.. Sekali lagi aku blur sebab depan kl central tu ada pembinaan.. cari hotel sekitar kl central supaya senang nak bergerak esok.. tamat perjalanan untuk hari ini...zzzzzz


P/s: kesejukan bakal melanda esok..keh keh keh


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday 16 October 2011

Galaxi Tab v/s maknyah..eh..Ipad..




Ipad?..huh..stylo betul la siapa yang pakai produk apple ni. Sememangnya Produk apple ni dicipta untuk mengeluarkan air liur mereka yang melihat.. tapi.. disebalik keterujaan ada juga kete'reject'an.. apa guna ada style tapi tak banyak fungsi.. seperti melihat awek yang cantik, tapi rupenye maknyah.. Setelah membuat survey di antara samsung galaxi tab dan Ipad2 dapatlah aku membuat sedikit review..jadi kepada siapa-siapa yang nak membeli, fikirlah dulu objektif pembelian..nak berlagak atau memang nak guna..keh keh keh..



1) Saiz : ipad 2 screen lagi besar... samsung, besar jugak..ala setakat kecik beberapa inci tu ape la sangat.. takde kesan pun kalau layan youtube, video mahupun muka buku... kalau nak suruh satu dunia tau, pakaila ipad, dari jauh orang dah nampak.. tapi baik bawak laptop je kalau nak besar...puas hati terus..haha



2) Kamera : Penggemar Ipad ni memang orang berduit.. dah ada kamera DSLR ape lagi nak ada kamera..itu kata merekalah.. tapi Samsung Galaxi Tab dengan penuh merendah diri menyediakan kamera 3.0 megapixel dan full HD (1080p).. ok la tu..korang duduk melepak kat shopping complex takkan nak angkut semua gajet..kena ragut baru nyesal.. cukup bawak Galaxi tab..lengkap dengan kamera untuk merakam gambar awek yang lalu lalang...keh keh keh..(Ipad2 ada menyediakan kamera 1.3 MP dan 720 HD je..)



3) Telefon: sekali lagi membuktikan penggemar Ipad terdiri dari golongan berduit.. mereka kata untuk apa ada telefon kalau dah ada iphone.. huh.. berlagak sungguh.. dan aku pun tolong jawabkan, buat apa nak angkut semua gajet kalau dah ada satu gajet yang berfungsi untuk semua.. Samsung Galaxi Tab berfungsi sebagai telefon..boleh taip mesej, boleh call, boleh tenet, dan macam-macam lagi..tapi sila bawa earphone atau handsfree ye..kalau tak, malu je benda besar letak kat telinga..dah rupe angkasawan negara punya helmet dah..



4) GPS: korang sesat?.. pengguna Samsung Galaxi Tab, sila on kan GPS anda... Ipad?.. Ipad 3G ada..sila on kan.. Ipad wifi?.. korang gunakan iphone untuk telefon sedara-mara korang..tanya jalan mana nak lalu.. Ipad2 ade dua kategori.. Ipad2 Wifi dan Ipad2 wifi & 3G.. harga semestinya yang ada 3G lagi mahal..dan perlu berdaftar dengan mana-mana telco (broadband).. Samsung Galaxi Tab boleh guna simkad biasa yang ada internet.. (kalau takde internet, wifi pun boleh..kalau takde dua-dua, bagus pakai batu je..)



5) Kerja : Perlu sambung laporan di rumah?.. Kedua-duanya menyediakan microsoft office (word, excel) tapi untuk ipad2, kena bayar dulu la sebelum download..mana ada free. Samsung Galaxi Tab, duit untuk beli applikasi tu boleh la guna untuk "tapau" kopi radix dan siapkan laporan anda segera..




6) Harga: ada ke produk apple yang murah?.. semestinya ipad dua lebih mahal dari galaxi tab.. kalau harga di Sabah ni, Ipad 2 Wifi 16G berharga RM1,499.00.. Ipad 2 Wifi + 3G 16G berharga RM 1,899.00 (tidak termasuk pakej broadband dari telco).. Untuk Samsung Galaxi Tab 16G RM1,700.00 (termasuk screen protector dan sampul dia..). Itu harga di Sabah la..Harga di Semenanjung terutama KL pasti lagi murah...tapi kepuasan pasti pada samsung Galaxi Tab..sebab banyak fungsi berbanding Ipad 2...




Applikasi Ipad kebanyakannya berbayar..dan mahal.. kalau market Samsung Galaxi Tab, banyak applikasi yang free dan berbaloi untuk di download...




P/s: Maka lahirlah satu lagi gajet baru dalam hidup aku (walaupun wife aku yang punye)..keh keh keh... Samsung Galaxi Tab.. a.k.a Android versi gedabak... Ipad2??..huh..lupakan je lah..

Thursday 13 October 2011

gajet orang tua v/s gajet orang muda



apa beza android v/s blackberry.


Setelah menggunakan kedua-dua gajet tersebut, maka kesimpulan yang dapat aku buat, dua-dua best..keh keh keh...


Dari segi applikasi yang boleh di download, android (market) masih lagi terbaik berbanding blackberry (blackberry application)..banyak applikasi yang ada dalam market, takde dalam BB application...


Internet... Blackberry memang mengada-ngada..tak boleh menggunakan internet biasa..perlu berdaftar Blackberry Internet Service (BIS), baru boleh guna..dan harga pasti la lebih sikit dari internet biasa...korporat gajet kan?..


Muka depan (bukan muka buku).. android lebih kemas dan fleksibel berbanding BB.. (sebab tu la orang cakap BB ni phone orang tua..tak fancy langsung..)


Browser Internet.. Android lebih bebas dan banyak pilihan berbanding BB..ada satu je..kalau download browser lain seperti Opera mini, lain pulak caj dia..tak termasuk dalam pakej BIS tu.. dan yang pastinya, melayari internet menggunakan android lebih "feel" sebab lebih kurang macam melayari internet menggunakan laptop.. berbanding menggunakan BB.. huh.. memang gajet orang tua nih...




Kesimpulan yang dapat dibuat, jika anda cepat jemu, pilihlah android..sebab phone yang fleksibel dari semua bab.. dari muka depan sampai muka belakang..semua boleh diubah mengikut selera kita..


Jika anda kedekut kredit..belilah BB sebab ada Blackberry Messanger (BBM)..boleh la hantar mesej ke, gambar ke secara percuma..tapi perlu diingatkan, kalau anda tidak mempunyai kawan yang menggunakan BB, sila lupakan hasrat anda...


Kalau anda kaki game, android la pilihan tepat.. BB bukan untuk gamers.. BB untuk Belia 4B sahaja..


Harga??.. android cepat turun harga..BB masih lagi mahal..bukti?.. HTC aku dah turun harga tapi BB wife aku maintain harga lama lagi walaupun aku beli serentak.. apa kes??.. sebab android selalu keluarkan produk dan design baru..tap BB lambat sikit..maklumla, orang tua punya gajet..


Itu je la yang dapat dikongsikan selama seminggu aku menggunakan BB..eh?..seminggu ke?..rasa macam pakai terus dah ni..keh keh keh...


perumpamaan yang dapat dibuat, Mercedes untuk eksekutif tua (biasenye BOD yang dah tua le ni) dan BMW untuk eksekutif muda..macam tu jugak lah BB dan android... yang tua pastinya lebih rileks, penyabar, tegas tapi lembut berbanding golongan muda yang pantas, cepat jemu, mudah beralih arah... dan baru aku tahu kenapa ramai gadis lebih cenderung memilih jejaka tua berbanding orang muda... jadi, pilihlah Blackberry..corporate style.. android?..not bad...just for enjoy your life only..

Tuesday 4 October 2011

oktober



Oktober... Bulan Bahasa Kebangsaan
Oktober... Konsert lagu puisi perdana
Oktober... Deepavali
Oktober... Belanjawan 2012
Oktober... Road tax kereta mati...

dan yang paling penting..

Oktober... gaji masuk awal..20hb...hehe

Friday 9 September 2011

balik kampung...



Selamat Hari Raya...Maaf Zahir & Batin..
Kejap je masa berlalu..

hari ni dah mula kerja..
rasa rindu pada mak ayah belum terubat lagi..
tapi apakan daya..
perlu bekerja mencari rezeki..
Harapla ada promosi lagi dari Air Asia @ Firefly @ MAS

dapat jugak balik kampung walau sekejap..
biar sekejap tapi selalu.. dari tak balik langsung..

Kalau tengok kalendar, cuti terdekat yang sesuai, Raya Haji..
tapi bila buka web Airasia, hanya ada potongan 20% sahaja..

nampak gaya perlu berfikir sebelum membeli..
inilah hidup di perantauan..
Perancangan kewangan sangat penting..

kali pertama aku belajar berjauhan dengan keluarga,
ketika di Tingkatan 1
walau jarak rumah ke asrama hanyalah 20-30 minit perjalanan,
tetapi rasa rindu tetap ada dalam hati..
kini perjalanan bukan lagi 20-30 minit, tapi beribu kilometer,
rasa rindu takkan pernah hilang..
Jika di lapangan terbang hanya ada aku seorang, pasti aku akan menangis..
manja? anak mak?.. lantaklah.. memang itu apa yang aku rasa..
tapi mujurlah ada isteri yang menemani aku di sini..
dapatlah mengurangkan sedikit rasa rindu tu..

tapi aku bersyukur sebab diberikan pengalaman berada di sini..
mungkin jika aku kembali ke tanah besar Malaya, pasti sukar untuk ke sini lagi..
Peluang yang ada akan digunakan sebaiknya..
Doa kami panjatkan agar semuanya berjalan dengan lancar..tiada kesulitan...


Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri kami..

Wednesday 10 August 2011

orang gomen...




Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan atau minimum RM500 kepada penjawat awam..




Itulah kelebihan penjawat awam..



Di antara kelebihan lain penjawat awam berbanding pekerja swasta:



Kelebihan pertama.


Slip gaji mahal walau gajinya tidaklah seberapa..tak percaya?..cuba pergi ke mana-mana bank atau koperasi..pinjaman kepada kakitangan awam sangat dialu-alukan berbanding pekerja swasta..walau gaji dah nyawa-nyawa ikan, bank atau koperasi tetap akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut..maka muncul istilah "overlapping".. atau bahasa lain, gali lubang, tutup lubang...Bank A akan membayar Bank B + extra cash kepada peminjam dan potongan bulanan juga akan rendah berbanding sebelumnya. Nampak seperti menguntungkan tapi sebenarnya tidak. Pinjaman yang sepatutnya tamat dalam masa 15 tahun, kini bertambah kepada 20 tahun.. tapi kebiasaannya kita takkan ambil kisah tentang kerugian yang ditanggung dalam jangka masa panjang, asalkan dapat keuntungan jangka masa pendek.. keuntungan?..betul ke untung dapat 'extra cash' 5000 hari ni tapi kena bayar 20,000 selepas 20 tahun akan datang?...Majoriti penjawat awam di Malaysia ni mempunyai pinjaman peribadi melebih 6 kali emolumen yang telah ditetapkan oleh peraturan...dan kebanyakkan juga mempunyai potongan yang melebihi 60% had yang telah ditetapkan.. ada kes sehingga gaji bersih menjadi negatif.. sangat bermasalah.. Jika ini terjadi, sila ke AKPK berdekatan untuk khidmat kaunseling.



Kelebihan kedua


Sentiasa ada kenaikan tahunan walaupun ekonomi negara tidak memberangsangkan (itu PM yang cakap la..betul tak betul belakang kira)..



Kelebihan ketiga


Ada bonus raya dan perbelanjaan sekolah. Kadang-kadang tidak dipanggil bonus, tapi dipanggil Bantuan Kewangan... Bantuan ke??.. ye lah..bantuan la tu sebab nak harapkan gaji memang tak cukup..dah potong itu, dah potong ini, yang ada pun cukup makan je.. Bonus??.. atas tujuan apa?..kerana kakitangan awam berjaya menjalankan tugas dengan jayanya?..berjaya meningkatkan prestasi melebihi paras yang ditetapkan?..oh..tidak.. hanya segelintir sahaja yang betul-betul menjalankan tugas mereka...segelintir lagi lebih banyak membuat urusan peribadi berbanding urusan kerja...bukti?.. Anda boleh menempah kuih raya di pejabat kerajaan kerana di sana ada penjualnya..boleh tempah kuih tat, kuih almond london, macam-macam lagilah..tak percaya?..pergilah tanya sendiri.. Alasan mereka nak cari duit lebih..boleh..tapi bukan waktu kerja..carila waktu lain..sebab dari jam 8.00 hingga 5.00 petang, anda diamanahkan untuk berkerja sebagai penjawat awam bukan sebagai penjual kuih..



Kelebihan keempat


malas lah nak cerita...banyak lagi kelebihan bekerja sebagai penjawat awam berbanding pekerja swasta.. Walaupun syarikat swasta tersebut merupakan antara syarikat terbaik di nusantara, tapi tak bermaksud syarikat itu akan kekal selamanya.. Sejarah telah membuktikan banyak syarikat gah dimata dunia, akhirnya bungkus.. Sebab dunia sentiasa berubah.. Persaingan yang sengit membuatkan syarikat terpaksa mengurangkan kos operasi mereka..Teknologi juga mengurangkan lagi keperluan syarikat untuk menggunakan tenaga kerja manusia...semua mesin, komputer yang buat..kalau dulu satu mesin dikawal oleh 3 pekerja, kini, 3 mesin boleh dipantau oleh seorang tenaga kerja sahaja.. kos operasi dapat dikurangkan dan kuantiti yang dihasilkan bertambah..jadi??..terjamin ke kerja macam tu?... 10 tahun, 20 tahun akan datang?..teknologi berubah dengan pantas.. sepantas mana??..itu kita tak tahu.. siapa yang mampu jangka dulu telefon hanya untuk panggilan dan SMS, sekarang semua dah ada dalam 1 gajet je..akan datang, Allah yang lebih mengetahui..



Kesimpulan


Bekerja adalah ibadah... sila pastikan gaji yang diterima itu berkat untuk diberi kepada keluarga.. Bersihkan pendapatan dengan zakat..keh keh keh..



Peringatan


Silalah beli kuih di Pejabat kerajaan berdekatan anda..erkk..setengah tempat, tempah baju pun boleh...



Last shout


Salam Ramadan... peace!!!

Monday 1 August 2011

puasa...

Antara perkataan yang sering kedengaran bila tibanya ramadan...(eja betul-betul, ramadan bukan ramadhan..hehe..)


- mengantuk, letih, bazar, tarawih, sahur, berbuka (kalau kat sini dia panggil sungkai), gastrik (huh..alasan lapuk dah ni..), tadarus, moreh, masjid (selalu orang akan tanya "tak pegi masjid ke arini", "terawih kat masjid mana malam tadi?"..)

..sila bina ayat dari perkataan tersebut:

"Hari ini aku mengantuk dan berasa sangat letih lalu aku melelapkan mata sebagai persiapan untuk ke bazar ramadan membeli makanan dan minuman dari awal berbuka hingga selesai tarawih juga untuk sahur dan aku menanti saat azan maghrib berkumandang kerana perutku berasa pedih seperti terkena gastrik namun kugagahkan jua diri ini agar tidak ketinggalan untuk menyertai tadarus dan melantak moreh sebelum pulang dari masjid. "

tiket firefly menanti untuk digunakan..huh...dah kuning pun kertasnya menandakan dah lama aku beli untuk pulang ke kampung.. moga segalanya berjalan dengan lancar...

Salam Ramadan...

p/s: air sirap..air sirap..air sirap...

Thursday 14 July 2011

sekadar gurauan....



CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatlaa satu ujian utk mereka.

Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh mereka mencarinya.

CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.

Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dlmnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi utk mati di dlm hutan itu.

PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dgn seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. beruang itu menjerit, 'OK, oK... aku arnab... aku arnab!!

p/s: dikutip dari email yang di'forward'kan
...

Julai 2008 - 2011



Bulan Julai 2011...

01 Julai 2008, aku melapor diri di DBP Caw Sabah...
Genap 3 tahun.. aku di sini..
Melepasi tempoh percubaan..
Ramai yang cakap duduk di sini kerja tak banyak..rileks..
Memang aku akui, kerja santai, takde tekanan sebab jauh dari orang atasan..
tapi tugas paling mencabar adalah untuk menjaga hari orang..
Pepatah Melayu pun suruh mengaum kalau dikandang harimau, mengembek kalau di kandang kambing..
belum ada lagi pepatah melayu suruh mengembek kalau di kandang harimau...cari nahas namanya tu..
aku masih lagi belajar mengenai kehidupan.. mencari pengalaman di tempat orang..
di tempat orang takkan sama di tempat sendiri.. kehidupan lebih mencabar..
kadang aku terfikir untuk menempah topeng wajah sendiri yang kekal dengan senyuman..
agar tiada yang terasa jika aku bermasam muka...
sentiasa tersenyum walau apa jua situasi..
tapi itu hanyalah sekadar permulaan sebuah kehidupan..
dan aku pasti, selepas ini pelbagai lagi pengalaman baru dalam hidup aku..
dan aku bersyukur kerana aku antara orang yang terpilih untuk merantau di negeri ini..
Sampai bila aku di sini?.. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui..

Wednesday 22 June 2011

kucing..





Untuk renungan bersama..


Makanan kesukaan kucing ialah ikan.

Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut

Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya.


Untuk dapat menikmati ikan, apa kucing akan lakukan??

Yaaa.kucing hanya perlu menggesel2kan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya.

Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.


Begitu jugalah dengan dirimu, untuk mendapat kehidupan yang baik, maka apakah yang perlu dilakukan?



Yaa..hendaklah dikau dekati Tuanmu, ALLAH yang maha agung.



Kenali,dekati dan bermanjalah kepada-Nya.



Nescaya kelak pasti dikau akan disayangi dan dirahmati olehNya.



Dikau pastinya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2.



jangan ingat dengan usaha dan susah payahmu itu mampu mendatangkan rezeki tanpa izin Tuanmu.


Lihatlah bagaimana kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan,



Walaupun kucing dapat ikan tapi tuannya telah marah dan bengang padanya.



Maka jika begitu apalah gunanya?????


(sumber dari email yang di"forwardkan"..sekian, terima kasih..)


p/s: jangan jadi macam alim-alim kucing..

Friday 3 June 2011

errkk..dialog depan cermin...

Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,

tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.



Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir

tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.




Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid,

tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.



Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,

tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan




Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita,

tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.


Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja,

tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.


Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.


Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita,tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.



Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,

tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.



Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan die-mail layang di internet,

tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.


Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berpikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.


lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.






p/s: errkk...no komen...

Thursday 19 May 2011

lawak "ke arah negara maju"

Ketika mencari perbezaan iphone, android & blackberry, terjumpa pulak lawak seperti di bawah..

(klik gambar untuk lebih jelas terutama bagi pengguna android) pandangan mereka di atas tentang pengguna HP traditional @ 2g..




I



I



I
I



v




p/s: iphone, blackberry, android... kalau tanpa internet, mereka sama je seperti pengguna hp 'murah' lain..

Thursday 12 May 2011

...kosong....



jiwa rasa kosong..seolah tiada lagi hari esok...

jika begini takdirku, kenapa harus aku berdoa..

jika begini ketetapannya, kenapa harus aku berusaha..

lebih elok aku berdiam diri, menanti apa akan jadi tiap saat...



Thursday 24 March 2011

Mr Diesel... not Van Diesel...




dia muncul kembali...setelah berehat buat seketika..

dimasukkan ke icu kerana masalah jantung yang kritikal..

semoga jantung baru ini berkekalan walau tidak sehebat dulu..

dan harapanku..semoga penyakit jantungnya itu tidak berpindah kepada tuannya..

Tuesday 22 March 2011

duduk diam-diam


kadangkala diam membisu itu lebih baik dari petah beribu bahasa..
tiada hati yang terasa...

Monday 14 March 2011

hometown...


masa untuk terbang bersama Airasia...

kembali ke kampung setelah 3 purnama berkelana..haha




Saturday 5 March 2011

raja lawak...




Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang//Bukan mudah untuk ku menerima hakikat//Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat//Apa yang ku harapkan//Kasih sayang yang suci murni//Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi//Dulu hari-hari ku berwarna warni//Kini kian mendung//Ia tinggal satu memori//Jangan jangan lepaskan genggamanku ini//Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti//Kenapa gembiraku kini menjadi sepi//Musnah segala apa yang ku impikan//Tetapi ku tetap tabahKerana //Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya//Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya//Ku harapkan ini sesuatu yang kekal//Namun ku terpaksa melepaskanmu baby//Selamat tinggal
Tiada ertinya kau tinggalkan aku//Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu//Cuba ingat semua yang kita pernah lalui//Sayang bukalah fikiranmu kembali//Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi//Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi



Jangan pergi jangan pergi//Jangan tinggalkan aku begini//Jika aku yang engkau cintai//Kenapa semua ini//Kenapa semua ini//Mengapa semua ini//Jika aku yang kau cinta//Mengapa semua ini
Kenapa semua jadi begini//Kenapa mengapa//Jangan pergi jangan pergi//Jangan tinggalkan aku begini


p/s: setiap jumaat, jam 09.00 malam di astro prima 105...(tapi kopi-o tak lawak langsung..buat malu orang rompin je..haha)

Thursday 3 March 2011

saya mahu itu..tidak mahu ini..

ada benda yang kita nak sangat, tapi tak pernah pun dapat..

ada pulak benda yang kita taknak dan tak pernah mintak..tapi banyak kali dapat..

Nabi SAW bersabda:
“Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan sebuah doa yang tidak berisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan segera memakbulkan doanya atau Allah akan menyimpan doanya sebagai pahala di akhirat atau Allah akan menghindarkan dirinya dari keburukan semisalnya. Mereka berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakan berdoa. Nabi bersabda: Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta”. (Riwayat Imam Ahmad)

baru ku tahu apa sebabnya...

Thursday 10 February 2011

dalamnya cinta pada bulan Feb???...


Sebut bulan Febuari, ramai yang akan ingat "Valentine Day".. @ Hari Kekasih..

maka untunglah tokei bunga, tokei emas, tokei kek dan macam-macam tokei lah termasuk tokei hotel dan rumah tumpangan..

Semua gedung membeli-belah akan meriah dengan iklan berkaitan cinta...

TV pun tak ketinggalan menyiarkan cerita berunsurkan percintaan romantis..ciss...

Kalau kat pawagam, pasti penuh dengan pasangan kekasih... walau "movie" tah apa-apa

pendek kata, seolah-olah dunia meraikan Hari Kekasih ni..tidak terkecuali, negara Islam yang satu ini..

jadi, kalau satu negara meraikannya, apalah kuasa saya, rakyat yang marhain ini untuk mencegahnya... pasti akan di'cop' tidak 'open minded', terlalu mundur, tidak mengikuti peredaran zaman..macam-macam lagilah..

9 bulan selepas 14 Feb...dapat la 'babygirl' @ 'babyboy' di tong sampah..atau di kaki lima..atau lebih mulia lagi, di beranda masjid...

Dan yang pastinya, akhbar pada keesokkannya pasti ada berita pasangan ditangkap khalwat..keh keh keh...menarik untuk dibaca jika diolah oleh wartawan MASTIKA...

Malam 14 Feb pastinya malam yang sibuk bagi penguatkuasa pencegah maksiat..

Keesokkannya pula hari yang sibuk buat petugas Majlis Perbandaran mengutip tin arak, kondom dan macam-macam lagilah..jangan jumpa janin sudah...

Setiap tahun sama...TV1 tayang Hal Ehwal Islam tajuk "haram sambut Hari Kekasih"..tapi TV2, TV3 iklankan pasal Hari Kekasih.. jadi..halal ke haram?...tengah-tengah agaknya...


apa boleh buat, duduk rumah tengok tv lagi baik...

p/s: "boleh pandang-pandang, jangan tegur-tegur, duduk jauh-jauh, tak ganggu orang"..


Wednesday 2 February 2011

Selamat datang Angka 21..


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21 kepada achik...


Berikut rahsia mereka yang lahir pada bulan 2..(Kajian Dato' Dr Fadzilah Kamsah..bukan "fazizan kamsan" a.k.a zizan raja lawak)



*Berfikiran abstrak.
*Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
*Bijak dan pintar
*Berpewatakan yang mudah berubah.
*Mudah menawan orang lain.
*Agak pendiam.
*Pemalu dan rendah diri.
*Jujur dan setia pada segalanya.
*Keras hati untuk mencapai matlamat.
*Tidak suka dikongkong.
*Mudah memberontak apabila dikongkong.
*Suka kegiatan yang lasak.
*Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
*Mudah mempamerkan marahnya.
*Tidak suka benda yang remeh-temeh.
*Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
*Sangat berani dan suka memberontak.
*Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
*Pemerhatian yang tajam.
*Suka
hiburan dan sukan
.
*Suka benda yang bersifat seni.
*Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
*Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
*Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
*Belajar untuk mempamerkan emosi


p/s: Kalau tengok pada kajian tu, mungkin ada yang sama dan tidak..tapi apapun kajian orang, jadikanlah pengalaman hidup sebagai panduan...sebab ijazah yang terbaik datang dari pengalaman...Semoga acik terus maju dalam hidup di dunia dan akhirat dan tak "accident" lagi..keh keh keh...

Tuesday 1 February 2011

perpisahan ini...



Disini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku miliki lebih darimu
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
p/s: aizat & 1st edition... (ini bukan blog cari lirik..keh keh keh..takde idea..lirik lagu pun boleh la sumbat dalam ni..)

Wednesday 12 January 2011

donnia nan fana...


Gelisah tak bermaya
Manipulasi antara kita
Dan bencana yang melanda
Generasiku menjadi mangsa
Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta

Di dunia kuasa sementara
Komunikasi tiada makna
Dan tindak balas ego yang ku terima
Tiada perasaan kecewa
Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia kita

p/s: lirik lagu ini dinyanyikan oleh bunkface..nampak macam sengal bebudak dia, tapi boleh layan lagi selagi tiada unsur-unsur negatif...muzik itu universal...

Monday 10 January 2011

apa ada 15 Mac...



"PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts." (lebih lanjut di sini)
boleh percaya ke?..baca pula pandangan berikut di sini


Nak tutup ke nak buka ke...ada aku kesah?... lagi aku risau kalau tempat aku kerja ni yang tutup..


P/s: kalau dalam bulan Mac, aku cuma tunggu 26 Mac je..haha... jadi kepada Mark Zuckerberg, teruskan niat murni anda itu (kalau betul la dia nak tutup)...patah tumbuh hilang berganti...

"gua jaki sama lu..."

Cemburu...setiap makhluk yang hidup diKURNIAkan perasaan ini...
kenapa kurniaan?...sebab tanpanya tidak akan wujud persaingan...
tanpa rasa cemburu, kita tidak akan cuba memajukan diri kita...
tapi..setiap kurniaan Allah, kalau tak diurus dengan baik, akan jadi musibah dan mendatangkan kemudaratan...
kita cemburu tengok kawan naik pangkat...kita ketawa bila dia kena buang kerja
kita cemburu tengok kawan sama jawatan tapi ada rumah besar....kita tuduh dia makan rasuah
macam-macam lagi la contoh cemburu...
tapi paling kritikal bila cemburu membuatkan kita sanggup menjatuhkan orang lain, malah ada yang sanggup membunuh...itu bukan cemburu..tapi pemburu.. dan barulah aku tahu, kenapa Islam menyuruh umatnya bersederhana dalam segala hal...

P/s: betul ke cemburu tanda sayang?.. kalau tak cemburu tu tanda tak sayang ke?..huh..ia terlalu subjektif untuk dijawab...

Monday 3 January 2011

2010...kau pergi... 2011.. aku perlu tempuhi...

2010... terlalu banyak kenangan suka dan duka...tapi yang pastinya, pemergian seorang sahabat, Arwah Abdul Nassir Said, sukar untuk dilupakan... walau baru 2 tahun aku kenal dengannya (1 Julai 2008 - 14 Dis 2010), tapi aku sangat merasakan kehilangannya..mungkin kerana kami sama-sama bukan berasal dari bumi borneo ini.. walau dia dari Utara dan aku dari Selatan, tetapi di sini, kami sama... semenanjung atau dipanggil "Malaya" oleh segelintir mereka di sini... ya...dari awal aku kenal dengannya, arwah tempat ku luahkan masalah berkenaan kerja selain isteriku.. tiap kali aku lalu dihadapan biliknya, pasti dipelawa aku untuk duduk dan kami berbual...huh.. aku sangat tidak menyangka terlalu singkat perkenalan aku dengannya... dan aku tidak lupa, pertama kali aku menjejakkan kakiku di Kundasang, adalah bersama arwah... sempat juga aku untuk melawat kebun yang disewakannya.. kemesraan dan kebaikkan arwah itulah yang membuatkan aku sangat merasakan kehilangannya...
masih segar, saat aku menguruskan ibadah aqiqah dan korban, arwah yang banyak membantu dari segi urusan persiapan acara..kami sama-sama pergi ke UMS (Universiti Malaysia Sabah) untuk meminjam peralatan..dan arwah yang memberikan semangat kepada aku agar meneruskan acara ini walaupun pada mulanya aku sudah mengalah atas sebab-sebab tertentu...kami sama-sama mencari penyembelih lembu, memastikan lubang digali untuk membuang sisa korban, menyediakan tempat untuk melapah daging lembu..arwah memberikan tirai latar("banner") yang tidak lagi digunakan sebagai alas untuk melapah daging ..ya..aku dan dia..kalau tanpa dia, pastinya aku mengalah..dan sehingga hari ini... aku masih tidak percaya arwah telah pergi untuk selamanya...

2011... permulaan tahun baru... yang mendung..dan aku..masih sukar melupakan kehilangan sahabatku... semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang yang beriman... Al- Fatihah...

P/s: tak sanggup nak letak gambarku bersama arwah... biarlah ia menjadi kenangan.. kalaulah aku tahu isnin (13 Dis 2010) adalah hari terakhir aku berjumpa dengannya, pasti aku akan gunakan sepenuh masaku bersamanya...tapi..Allah lebih mengetahui segalanya...