Thursday 31 December 2009

Eppy new year..2010...

(gambar takde kena mengena dengan tajuk..hehe)

Azam..tiap kali tahun baru, mesti orang tanya apa azam baru?..kenapa mesti tahun baru?..kenapa tak masa hari raya orang tanya azam?..

Kalau mengikut kamus dewan, azam bermaksud :
kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah

Satu lagi maksud azam adalah: teramat mulia; isimal ~ nama yg teramat mulia (nama Allah).

Ramai orang cakap manusia perlu ada azam sebagai inspirasi untuk mengejar impian..Bila tahun ni seseorang berazam untuk mendapatkan sesuatu, maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya..kalau dapat, Alhamdulillah..kalau tak dapat pulak apa kes?...dibawa ke tahun hadapan atau dihapuskira azam tu?...kalau dibawa kehadapan, semangat tu masih membara..tapi kalau dihapuskira macam mana?..segala usaha yang dilakukan selama tahun tersebut dikira untung atau rugi?..Ganti dengan azam baru yang lebih mudah untuk diperolehi atau dicapai..azam ke tu?...makin lama makin mudah untuk dicapai..

tapi betul juga..nak berazam tu biarlah sesuatu yang di dalam kemampuan kita, bukan di luar kemampuan sampai menyiksa diri...

Kesimpulannya, kalau disenaraikan azam setiap manusia ni, takkan cukup kertas sebab manusia tak pernah rasa puas..masing-masing azam itu dan ini..tapi tercapai atau tidak, itu bergantung kepada usaha dan semangat mereka...Azam setinggi gunung, tapi daki setakat 5 anak tangga je sebab nak ambil gambar azam di puncak gunung..macam mana tu?...

p/s: bosan nak berazam ni...faktor kewangan juga memainkan peranan dalam mencapai sesuatu azam tu...hehehehe..doa, usaha dan tawakal..Moga azam kalian tercapai dan semoga peningkatan umur seiring dengan peningkatan amal jariah..aaamiiiinnn...Selamat Tahun Baru 2010...

Tuesday 29 December 2009

KFC..idamanku selalu..


Semua orang pernah makan Kentucky Fried Chicken (KFC)...dan memang diakui kelazatan KFC sesuai dengan "tagline"nya..Sedap hingga menjilat jari...tapi...yakin ke kita dengan KFC tu?..Atau sekadar melihat logo HALAL sahaja terus membuatkan kita melangkah masuk ke KFC dengan penuh bergaya dan 'stylo'..

Berikut disertakan email yang saya terima..walau dah basi pun isu ni sebab ramai yang dah tahu..tapi rasanya tak salah untuk kita lebih berwaspada dalam menjaga setiap permakanan kita agar tidak termasuk makanan-makanan yang haram dan menjadi darah daging...


semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu , Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya : Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang /KLIA.
Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak . Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi .. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut . Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam . Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan / hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja . Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit . Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam .

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana :

a. Sewaktu sembahyang subuh , tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik

c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik ) kepak terikat .

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan . Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung . Kita cuma perlu berhenti memakan KFC. Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC Insyallah dan wallahualam .


INI KES YANG KEDUA ..

Assalamualaikum wbk . Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la..... Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya . Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia .
Sepanjang waktu latihan , beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma . Selepas beberapa bulan , satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan . Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan .. Perempuan sembelih ayam ? Hmmm... macamana tu ?. Kemudian diperhatikannya pula ayam2 ( dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif .)
Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut .
Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri . Sudahlah mati , ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan . Ayam yang sudah mati disembelih ? Bangkai ? Disembelih ? Halal ? Sekali lagi , hmmm..... macamana tu ? Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat , hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba Allah ini ..

Kita dapat lihat anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah . Kalau betul , maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih di KFC . Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya empat sebut ' bis ' saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.


**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, Sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, 'Setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka ' MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT


p/s: Macam mana?....nak jilat jari ke atau nak dijilat api neraka?

Saturday 26 December 2009

Siapa nak makan daging buaya?...


Ada berani ka?....Kalau siapa-siapa teringin nak makan daging buaya, jemputlah datang sini ek..Taman Buaya Tuaran, Sabah...

p/s: Umat Islam haram makan binatang dua alam ni ek..Sila lihat keterangan di bawah (dipetik dari laman web darul ulum online)
"Mengikut mazhab Syafie haiwan yang hidup dalam dua alam adalah haram di makan kerana kebanyakannya adalah jijik dan kotor kerana Allah melarang memakan makanan kotor mengikut perasaan manusia secara umum sebagaimana firmanNya dalam ayat 157 surah al-A’raf yang bermaksud : ….Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor

Begitu juga ulama’ berpendapat bahawa kebanyakan haiwan dua alam ini beracun yang menyebabkan ia diharamkan.
Nabi pernah melarang daripada membunuh katak (salah satu contoh binatang dua alam)
Jadi ulama’ Syafie melalui hadis larangan ini mengambil hukum bahawa jika katak adalah halal maka nabi s.a.w tidak akan menegah daripada membunuhnya"
...Allah lebih mengetahui....

Wednesday 23 December 2009

Aku dan gula...







Cerita Robert Kuok..




1) Dilahirkan pada 6 okt 1923 di Johor Bahru, Johor dan dikenali sebagai Raja gula Malaysia (bukan sugar daddy ek)

2) Merupakan orang yang terkaya bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara (Sumber:Forbes)

3)Mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris dan menyambung pelajarannya di 'Raffles College" Singapura bersama-sama Lee Kuan Yew (Mantan perdana menteri singapura)

4) Pernah bekerja dengan syarikat Jepun, Mitsubishi selepas menamatkan pelajarannya di Raffles sebelum membantu ayahnya menjalankan perniagaan

5) Selepas kematian bapanya, beliau bersama 2 orang adik beradiknya mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan bapa mereka bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung pada tahun 1949

6) Penglibatannya yang besar dalam industri gula melayakkan beliau untuk menjadi pembekal gula bagi pihak kerajaan dan beliau membuka kilang pemprosesan gula untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Pada kemuncak perniagaannya, Robert Kuok menguasai 80% pasaran gula di Malaysia dan 10 % bagi pasaran global eksport.

7) Kuok mengembangkan lagi perniagaan beliau bukan sahaja kepada gula, tetapi juga kepada tepung, perkapalan, logistik, minyak dan gas, serta perhotelan. Kejayaannya dalam bidang yang diceburi adalah disebabkan oleh hubungannya yang kukuh dengan beberapa korporat dan badan kerajaan.

8) Kuok merupakan Pengerusi Rangkaian Hotel Shangri-La dan juga pemegang saham yang terbesar di dalam Transmile Group Bhd (syarikat yang terlibat dengan skandal penipuan akaun pada 2007 yang menyebabkan kejatuhan saham syarikat tersebut)

9) Kuok seorang yang sangat menghormati orang lain. Beliau pernah meminta kebenaran untuk merokok kepada krew kabin di dalam PESAWATNYA SENDIRI. Apabila krew tersebut memberitahu beliau tidak perlu meminta kebenaran sesiapa, Kuok menjawab, beliau meminta kebenaran sama seperti penumpang biasa.

10) Robert Kuok merupakan salah seorang dari lima penasihat bagi Pembangunan Wilayah Iskandar dan bertanggungjawab menarik pelabur-pelabur melabur untuk pembangunan Wilayah Iskandar malaysia.



Cerita aku:



1) minum air yang dibancuh dengan susu kerana kehabisan gula di Kota Kinabalu bermula Jumaat, 18 dis 2009..

2) Bertambah 'tension' bila aku ternampak tuan punya kedai runcit menyorokkan gula di tempat lain (bawah meja je), dan bila aku tanya ada jual gula ke tak, dengan bangganya dia jawab "gula habis dik"..

3) Pernah berlari dari kereta yang di'parking' jauh dengan pasaraya Giant (parking penuh daa..) semata-mata untuk berebut gula yang baru sampai dan hasilnya..gula habis sebelum aku sampai..

4) Semalam, 22 Dis 2009, aku berjaya membeli gula setelah 4 hari aku asyik minum air yang berunsurkan susu..dan sebagai membalas dendam, aku dengan selamba dan bangganya membeli 4kg = 4 bungkus gula.(lihat gambar).. walaupun had yang ditetapkan kerajaan seorang boleh beli 2kg je..peduli apa aku..



Kesimpulannya, terlalu jauh beza aku dan Robert Kuok..dan sekarang baru aku tahu kenapa Robert Kuok masih unggul memegang takhta Manusia paling kaya di Malaysia..Kuasa gula..hahaha..Namun, kami juga mempunyai 1 persamaan...


kami adalah Rakyat Malaysia..


1 Malaysia, 1 Gula dan 1 subsidi.. blah..


Wednesday 9 December 2009

Eppy birthday to my dad!!!!


Ayah..

satu perkataan yang jarang orang sebut..jarang orang ingat akan pengorbanan seorang ayah.. Kebiasaannya orang akan cari emak bila sakit, cari emak bila gembira, cari emak bila bersedih..kalau melatah pun kebanyakan orang akan jerit "opocot mak kau!!"..tapi kalau bergaduh, mereka akan sebut "ini kepala bapak kau (soundtrack labu-labi)..

Kasihan nasib seorang ayah..bersusah payah mendidik anak-anak, bermandikan peluh untuk mencari rezeki dengan satu matlamat "untuk memenuhi keperluan dan kehendak keluarganya" tapi kurang diingati..susah juga menjadi seorang ayah ni (kecuali ayah pin)..ayah tak pernah jemu menyediakan segala kehendak keluarganya..suka duka bersama ayah tidak akan aku lupakan...

Antara Kenangan bersama ayah (tak termasuk waktu aku bayi lagi ek..)...

1) Manusia pertama yang mengajar aku solat dan mengaji

2) Menyemak aku menghafal sifir 2 hingga 12 ketika berusia 7 tahun..

3) aku menangis ketakutan ketika pertama kali ayah beli kereta proton saga JBN 3330...(tak tahu apa motif aku menangis masa tu...agaknya takut kot..)

4) Masa kecil dulu, ayah sering bangun malam untuk hantar aku ke klinik kerana lelah..Sampai di klinik, ayah akan mengejutkan Dr Mazni untuk merawat aku...aku takkan lupa sampai mati...

5) menaiki motor Honda cup 70 ayah ketika pergi dan balik sekolah..hahaha..klasik betul motor tu..

6) Ayah datang ke sekolah untuk melihat kad laporan peperiksaan aku dengan beruniform Posmen..(masa tu uniform warna coklat lagi).. hahaha..nostalgia tu...mujur aku tak pernah dapat nombor tercorot dalam kelas..

7) Part yang paling best bila kena rotan dengan ayah..hahahah...sakit masa kecil dulu, tapi bila dah besar ni baru aku rasa kemanisannya..budak-budak sekarang mana pernah kena rotan pun..habis teruk pun kena cubit je..

isk..banyak lagi la kenangan yang aku rasa tak perlu untuk aku coretkan di sini..cukuplah aku simpan sebagai memori hidup aku..kenangan yang aku tak akan lupakan sehingga akhir hayat aku...

Hari ini..aku sebagai seorang anak yang sentiasa ingat akan segala pengorbanan ayah, bersempena dengan HARI LAHIR ayah aku pada 09 Dis 1956 (sebelum merdeka tu),
ingin mengucapkan
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 53..
semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan dikurniakan segala kebaikan di dunia dan akhirat.. Semoga dikabulkan segala impian ayah..
aamiiiiiinnn


p/s: err..kenangan bersama emak pun ada juga..tapi kena lah tunggu 13 Nov tahun depan pulak...hehehe...Malam ni celebrate kat mana?....

Friday 4 December 2009

hitam itu menawan...




Dulu masa aku kecik-kecik..selalu aku dengar iklan rokok jenama Perilly's..dengan 'tagline' dia Hitam Itu menawan...

Betul ke hitam itu menawan?...
kalau dalam masyarakat Melayu, mereka yang berkulit gelap dipanggil hitam manis...

tapi dalam situasi sekarang ni, betul ke hitam itu menawan?...

ya..mungkin betul kerana ramai perempuan-perempuan Melayu tertarik dengan Awang hitam..Aku tak pernah nak kisah kalau yang dikepit oleh Awang hitam a.k.a niggers tu kaum india kerana mereka memang sepadan..tapi aku cukup menyampah + benci + rasa nak tembak je tengok bila yang dikepitnya PEREMPUAN MELAYU atau dalam kata lainnya ORANG ISLAM...bukan cemburu kerana mat niggers tu pandai 'mengayat' perempuan Melayu tu, tapi rasa menyampah bila budaya niggers dibawa masuk ke negara ni seolah-olah diaorang berada di negara Afrika..berpeluk, mabuk, ketawa sekuat hati, bau busuk!!!


Kalaulah aku ada kuasa 'fire' macam Ultraman tu, dah lama jadi hitam Perempuan tu aku 'fire' kan...barulah sama padan, sama hitam..bagai arang dibelah dua..


Pelik la...kenapa ramai sangat mat niggers tu kat Malaysia ni..bukan sahaja di Tanah besar, tapi di Pulau Borneo ni pun ada..penting sangat ke diaorang tu pada ekonomi negara kalau setakat pertukaran matawang negara diaorang dengan negara kita?..meningkat sangat ke pendapatan negara?...kalau indon, masuk negara kita untuk bekerja, buat bangunan, tapi niggers ni...tak pernah pulak aku nampak diaorang buat bangunan..pergi runtuhkan bangunan adala...


P/s: Teringat masa naik komuter dulu..diaorang boleh berbual dengan member diaorang yang duduk di gerabak lain..bayangkanlah macam mana kuatnya suara diaorang berbual dalam bahasa yang langsung aku tak faham dan bergelak ketawa dari gerabak ke gerabak..dan bayangkanlah..aku yang kerdil ni berada di tengah-tengah orang minyak tu..arrgghh!!!!!! kenapa korang tak macam Bilal bin Rabah!!!! Suara kuat kalau digunakan untuk azan memang bagus...bukan untuk mengganggu manusia lain!!!

Thursday 3 December 2009

kerajaan..dan kakitangannya..


Selalu kita mendengar...
1) kakitangan kerajaan lambat buat kerja

2) berurusan dengan agensi kerajaan makan masa yang lama berbanding berurusan dengan syarikat swasta

3) kalau di hospital kerajaan, nyawa dah tinggal separuh pun belum tentu akan dilayan, silap-silap kena buat 'appointment' dulu baru boleh jumpa doktor..nak pergi ke klinik swasta, mahal pulak..

4) Pegawai kerajaan banyak yang makan rasuah, salah guna kuasa la, pecah amanah la..

5) Kalau kita call tanya bayaran atau apa-apa urusan, pasti jawapannya "sedang dalam proses, harap bersabar"..2 3 bulan kalau kita call lagi, jawapan yang sama akan diberikan..lagi teruk kalau dia bagi alasan pegawai tu takde, pegawai ni takde..padahal kalau diikutkan piagam dorang, menyelesaikan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil diterima..14 hari ke, 14 bulan ni?...


Ada banyak lagi lah rungutan dan komen orang termasuklah aku kalau berurusan dengan kerajaan ni...pelikkan?..pemalas sangat ke kakitangan kerajaan ni?..atau mungkin diaorang dah terlalu selesa dengan jaminan pekerjaan..kerja malas pun tetap gaji jalan..tak macam swasta, malas kerja, prestasi teruk, mahu ditendangnya dek majikan..

Walau apa pun tanggapan orang tentang kakitangan kerajaan, aku merupakan salah seorang darinya..dan aku juga merupakan orang yang cukup menyampah kalau berurusan dengan agensi kerajaan..lembab giler!!!...yang paling sakit hati, kita dah beratur panjang, tup tup dia boleh tutup kaunter dengan alasan waktu sekarang adalah waktu rehat...habis tu kami yang beratur panjang ni apa cerita?..tak rehat ke?..tak kerja ke?..

p/s: err..mujur di DBP ni tak banyak orang berurusan...hahaha...kalau tak, mesti kena sumpah seranah gak...biasala...KAKITANGAN KERAJAAN...dah nama pun kaki dan tangan kan..kena lah berjalan..

Wednesday 2 December 2009

doa dan nik aziz...(ini bukan blog politik)...sekadar pandangan..


Beratus-ratus penduduk Kelantan (betul ke dorang semua penduduk kelantan?) mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan Umno. Mereka berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu, Anual Bakhri Haron. Memorandum itu mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa mursyidul am PAS meletakkan jawatannya. Dikepalai timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama (dipetik dari: Malaysiakini)


Ada 2 persoalan yang timbul..

1) Kenapa takut dengan doa Nik Aziz?..adakah kerana beliau merupakan golongan yang teraniaya, maka doanya mudah dikabulkan Allah?..siapa yang menganiayai dia?...pastinya mereka yang menganiayainya akan berasa takut...atau mungkin kerana status ulama' dan tok guru yang dipegangnya menyebabkan doanya dimakbulkan Allah?...tapi yang pastinya, doa mereka yang teraniaya lebih dimakbulkan Allah tidak kira apa statusnya..


2) Kenapa sampai perlu memaksa untuk beliau meletakkan jawatan?..kesalahan apa yang dilakukannya?..rasuah ke?..pecah amanah ke?..atau lain-lain kesalahan tatatertib yang tidak dapat dimaafkan?..atau mungkin kerana beliau nak mendoakan keburukan kepada saudara seislam?..yang pastinya, biarlah sesuatu tindakan itu berlandaskan kepada tatacara dan panduan yang betul..Apa guna pilihanraya yang diadakan 5 tahun sekali tu?..kalau tak puas hati dengan pemerintahan beliau, janganlah undi beliau..tapi masalahnya, beliau dah 19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen, 4 Tahun Sebagai Ahli DUN, Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun dan Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun..apa kes?..kenapa lewat sangat baru nak suruh dia letakkan jawatan?..atau..beliau sememangnya layak menjadi pemimpin bagi rakyat Kelantan?...


P/s: Politik memang pelik...dalam Islam pun ada disebutkan tentang politik (as-siasah)..cuma bila minda manusia yang sentiasa kreatif mengatasi garis panduan yang ditetapkan Islam, maka wujudlah pelbagai penyakit dalam politik...yang pastinya, aku masih belum mendaftar diri sebagai pengundi..hahahaha...cabuuuuuutttt!!!!!!!

Tuesday 1 December 2009

50 % halal


Fatwa Indonesial....50 % Halal..
Rasa Ayam Babi...ayam halal, babi haram...tu yang jadi 50 % je halal..
Pelik betul negara wali songo ni.. pandai-pandai je buat hukum macam tu..

3 ucapan 1 hati...





Terima Kasih, Tahniah, Semoga berjaya...

Terima Kasih....kepada ibuku kerana menghadiahkan buku "La Tahzan" atau dalam Bahasa Melayunya " Jangan Bersedih"...sempena Hari ulang tahun aku yang ke 26..Hadiah yang cukup bermakna dan mahal nilainya.. Sepertimana tajuk buku tu, itulah impian aku iaitu untuk menggembirakan ibubapa aku..agar mereka tidak bersedih..di dunia dan juga di akhirat..aamiiiiiiinn...

Tahniah...kepada rakan sekolah aku Mohd Hairul Fiza bin Musa kerana telah berjaya membuatkan syaitan-syaitan menangis dan beliau berjaya menyempurnakan sebahagian daripada imannya..tahniah di atas perkahwinannya dengan pasangan beliau Zaharah bt Malik (sorry kalau salah eja)..semoga kekal abadi..sorry aku tak sempat nak beli hadiah..lain kali aje la ek..


Semoga berjaya..kepada rakan UiTM aku, Mohd Syazwan Ramli di atas pertunangan beliau dengan Julie (nama orang tu..bukan biskut..nama penuh aku tak tahu)..semoga berjaya mendirikan rumahtangga..orang kata tak elok bertunang lama-lama..tu orang yang kata la..bukan aku...semoga berbahagia la hendaknya..



p/s: untuk emak, terima kasih di atas ucapan yang ditulis di dalam buku tu..dah kat sabah baru terperasan..heheh..tu tandanya along baca buku tu..
Untuk fiza, sorry kalau kau ada terbau sesuatu yang kurang menyenangkan atau menyesakkan lubang hidung korang berdua..sebab aku belum mandi lagi masa tu..hahaha..rancangan awal nak hantar adik aku je masa tu..entah macam mana boleh terlajak pergi rumah ko pulak..tapi aku tetap datang juga majlis kau..

Untuk wan, aku tetap ingat ayat berlagak kau yang kau takkan kahwin sebelum 30 tahun..tapi aku rasa kau kena telan semula ayat kau tu kerana mengikut perkiraan aku, Tahun 2011 (seperti yang diberitahu jangkaan majlis perkahwinan) umur kau baru 28 tahun..apa alasan kau pulak kali ni?

Monday 23 November 2009

2012...




Baru-baru ni aku ada menonton filem 2012 di pawagam..Ramai yang cakap filem tu best,menarik dan macam-macam lagi la pujian..(kalau filem melayu,hampeh la nak dapat pujian macam tu)...tapi memang aku akui, filem tersebut memang menarik dan membuatkan mulut aku ternganga dari mula cerita tu sampai la tamat..takjub dengan teknologi, jalan cerita dan pelbagai lagi unsur-unsur yang kita takkan jumpa dalam filem Melayu..tapi betul ke gambaran mereka tu tentang 2012?...berikut aku sertakan beberapa pendapat berkenaan kejadian 2012 tu..tolong jangan percaya sehingga ada bukti yang tertulis dalam al-Quran dan hadis Nabi S.A.W..




1) Ilmu astronomi menyatakan bahawa kelajuan Marikh dalam lintasan orbitnya telah berkurangan terhadap orbit Timur dalam beberapa minggu terakhir ini hingga ke peringkat yang meragukan gerakannya antara timur dan barat. Pada hari Rabu (30 Julai 2004), dihitungkan bahwa pergerakan planet akan berhenti bergerak dari arah timur. Kemudian, pada bulan Ogos dan September 2004, planet Mars telah berubah putaran orbitnya ke arah yang berlawanan (iaitu semula dari timur ke barat, menjadi dari barat ke timur) dimana hal ini membuktikan bahawa matahari telah terbit dari bahagian barat Marikh pada ketika itu.
Fenomena yang aneh ini (pergerakan ke arah yang berlawanan) disebut “Retrogade Motion”. Para pakar astronomi menyatakan bahawa semua planet di alam semesta ini akan mengalami hal yang sama, setidaknya sebanyak satu kali, dan Bumi kita pun termasuk didalamnya. Planet Bumi akan bergerak ke arah yang berlawanan dan matahari pun akan terbit dari barat satu hari nanti.


Gambar (di atas) merujuk kepada pergerakan Marikh yang telah songsang.Benarkah? Dunia akan musnah bila dunia memasuki putaran melepasi photon belt berdasarkan perkiraan kalendar mayan?Adakah kiamat dikira berlaku apabila bumi mengalami retrograde motion?
(dipetik dari blog http://malay2012.blogspot.com/)


2) NEW YORK - Dunia akan kiamat tiga tahun lagi?Sebuah akhbar di sini semalam melaporkan berdasarkan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah, kod tersembunyi kitab Injil Perjanjian Lama dan teori pergerakan planet, dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012.Tamadun Maya kuno yang pernah wujud kira-kira 200 Tahun Sebelum Masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu.Menurut kalendar Maya yang berakhir setiap 5,126 tahun, malapetaka besar akan menghancurkan dunia pada 2012 di mana satu zaman baru akan muncul selepas itu.Pada 21 Disember 2012, Bumi akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.Seorang rakyat Belgium, Patrick Geryl, 53, mempercayai kalendar Maya itu dan dia bersama-sama 20 yang lain merancang membeli tanah di Afrika sebagai persediaan memulakan tamadun manusia baru selepas kemusnahan Bumi."Perkara terbaik seseorang individu itu boleh lakukan berhubung ramalan itu adalah berhenti kerja dan melakukan persediaan," katanya.Selain kalendar Maya, sesetengah pakar astrologi meramalkan pada tarikh itu, planet ke-10 dan terbesar dalam sistem solar, Planet X atau Nibiru, akan berada pada kedudukan terdekat dengan Bumi dan tarikan gravitinya mencetuskan bencana alam besar-besaran di bumi.Selain dua ramalan tersebut, teori kiamat 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik.Menurut mereka, Bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.
(dipetik dari: http://kkcafe.net)


Aku rasa ada banyak lagi pendapat tentang 2012 ni..tapi yang pastinya, kiamat akan tetap datang..dan hanya Allah yang Maha Mengetahui...


Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 )


Surah Luqman ayat 34:
Sesungguhnya hanya pada sisi Allah sajalah pengetahuan tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya


p/s: walau 2012 ke, 2066 ke, bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka..esok bila matahari dah terbit sebelah barat, dah tertutup pintu taubat, baru nak bertaubat, dah tak guna pun..sama-sama lah kita memperbaiki keburukan diri ke arah kebaikan..walau tidak sesempurna Nabi S.A.W..kerana Allah yang Maha Mengetahui...

Thursday 19 November 2009

UPSR 1995 dan USPR 2009


Hari ni keputusan UPSR keluar..Teringat masa zaman aku dulu UPSR tahun 1995..hanya 4 subjek sahaja yang kami ambil..BM 1, BM 2, Matematik dan Bahasa Inggeris..tu dulu..zaman 1995, zaman Flashman dan Gaban menjadi idola, zaman ding dang dan tora menjadi idaman...Internet?..apa tu?..sejenis makanan ringan ke?...

Itu dulu.. sekarang ni budak-budak dah maju...kalau setakat 4 subjek tu, pejam mata je diaorang jawab..Bahasa Inggeris tu dengan selamba je diaorang jawab..kadang-kadang, bila keputusan keluar, Bahasa Inggeris A, Bahasa Melayu C..nak kata anak orang putih, nama ayah macam orang melayu..pelik pelik..dah kena jajah rupanya budak ni..tak salah mengagungkan Bahasa Inggeris, tapi janganlah sampai BODOH Bahasa Melayu..tu kan bahasa ibunda, bahasa kebangsaan negara..lain la kalau guna kad pengenalan Zimbabwe...err...sorry..bahasa agak kasar sikit..sensitif dengan isu bahasa sekarang ni...

Dulu anak dapat 4A UPSR, mak ayah buat kenduri kesyukuran..tapi sekarang ni..Anak dapat Universiti pun belum tentu cerah masa depan..ramai yang tanam anggur kerana tiada peluang kerja...apa nak dipandang pada UPSR 6A, PMR 10 A, SPM beribu A, CGPA 4.44 (maksimum abis tu), tapi bila keluar U, kerja takde..menungggu sehingga berbulan malah ada bertahun..PTPTN dah sibuk menuntut hutang mereka..Semuanya bergantung pada rezeki masing-masing..Tak macam dulu, kalau anak masuk U, satu kampung kecoh.."wah, senang la ko nanti anak bergaji besar"...err..itu dulu...

Kalau di 'cyber cafe', penuh dengan budak-budak..hampir 99% mahir menggunakan teknologi komputer ni (lagi 1% tu kebanyakkannya teman member je..memenuhkan cyber cafe tu)..sebut je apa jenis game, apa jenis video, apa jenis lagu, apa jenis laman web, semua diaorang tahu kat mana nak cari..ye la..benda mudah macam tu..mudah bagi mereka kerana mereka lahir dalam zaman teknologi..zaman dunia di hujung jari tangan..

Kalau di zaman 1995, mereka yang tahu tentang internet boleh dibilang dengan jari sahaja...kalau tanya budak sekolah rendah, lagi la teruk jawapannya..

Hakikatnya, dunia bukan sekadar di hujung jari..tapi sudah pun di penghujung waktu..hanya menanti waktu dan masa untuk berakhir..Ilmu akademik lebih dipandang tinggi berbanding ilmu agama..ada yang berjaya dalam kerjaya mereka, tetapi gagal dalam mendidik keluarga mereka ke arah agama..pada mereka, agama itu kolot dan memundurkan mereka...itulah hakikat sebenar manusia di akhir zaman...cintakan DUNIA lebih daripada akhirat...


P/s: Dulu gagal UPSR, ada yang menangis..tapi sekarang..happy macam orang dapat semua A..

Dulu tak pandai BI orang tak kisah,orang tak kutuk... sekarang, BI merupakan subjek penting berbanding BM..pelik pelik...

(Keterangan Gambar: Darjah 6 Sek Keb Bandar Endau..haha..kelakar gambar ni)


Wednesday 18 November 2009

jutawan segera...


Pagi tadi semasa aku nak turun dari rumah ke tempat kerja, tak semena-mena aku terpandang la pada satu iklan yang agak cantik (sebab iklan tu berwarna..jarang jumpa sekarang ni) ditampal di tepi tangga area rumah aku..(sorry tak dapat tunjuk iklan tu..aku dah cuba cabut, tapi dia guna gam gajah agaknya..)
"Anda ingin menjadi jutawan?..tak perlu modal, tak perlu cari orang, tak perlu jual barang..tiap minggu, duit masuk ke akaun anda..Ini bukan skim cepat kaya atau MLM atau sistem piramid..Diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia..Telah banyak merubah nasib mereka yang lain..Sila hubungi bla bla bla..."

damn shit!!!! aku cukup menyampah dengan iklan macam ni..

1) Anda ingin menjadi jutawan?.....jawapan aku..ko tanya la semua manusia dalam dunia ni..ada ke yang jawab tak naaaakkkk...err...mungkin ahli sufi kot yang jawab macam tu..Setahu aku, manusia sanggup bergaduh kerana duit..sanggup memutuskan silaturrahim kerana harta...apatah lagi kalau ditanya nak jadi jutawan ke tak nak...

2) tak perlu modal, tak perlu cari orang, tak perlu jual barang......huh..kalau semua tu tak payah, apa bisnes namanya ni..orang nak berniaga pun memerlukan modal..kalau semua tu tak perlu, maksudnya aku cuma tulis borang je dah jadi jutawan..kalau macam tu kenapa ramai menteri, ketua jabatan, ahli politik sibuk terima rasuah, menggelapkan duit, tipu duit sana sini..kan lebih bagus dia join je benda alah ni..isi borang, terus jadi jutawan...

3) Ini bukan skim cepat kaya, MLM atau sistem piramid....ok..bukan skim cepat kaya mungkin boleh diterima perakuan mereka...bukan MLM..erm..mungkin boleh diguna pakai..bukan sistem piramid..err...mungkin kot sebab bentuk dia tak macam piramid...mungkin segitiga...atau segiempat tepat..tapi aku betul-betul yakin dia tetap mengkayakan orang ATASAN..bukan piramid, tapi ke langit...

4) diiktiraf Bank Negara Malaysia, telah banyak merubah nasib mereka yang lain...Aku rasa ayat "diiktiraf oleh bank negara malaysia" tu la ayat yang paling aku benci sebab setiap "flyers" yang aku jumpa, semuanya ada tulis macam tu..konon sebagai jaminan benda alah ni selamat la..selamat mengkayakan orang ATASAN...telah banyak merubah nasib mereka yang lain..siapa mereka tu?..orang ATASAN kan?..kalau kita join, kita akan duduk bawah orang ni, orang tu..kita pun bersusah payah, yang duduk rileks, orang ATASAN...oo..lupa..dia bukan sistem piramid, tapi SISTEM KE LANGIT..

Ok..memang betul benda-benda macam ni memang memberikan pulangan yang tinggi kepada sesetengah orang..tapi mereka ni bukan jenis yang duduk diam...DAN YANG PASTI, IANYA MEMERLUKAN MODAL (termasuk modal untuk minyak kereta mengedarkan flyers)..

Bukan aku anti dengan benda-benda ni, tapi aku dah muak tengok macam mana kakitangan kerajaan yang join benda ni curi masa dengan keluar menyebarkan dakyah-dakyah yang tah apa-apa tu..DCL, HAI-O, Uptrend, K-Link banyak lagi aku rasa benda yang seumpama ni,memang betul, ada bukti duit masuk dalam akaun diaorang, jadi, soalan aku, kalau korang rasa benda tu mengkayakan korang, kenapa korang tak berhenti je jadi kakitangan kerajaan?..bagi la peluang pada mereka yang betul-betul nak kerja..kalau rasa korang boleh jadi jutawan, aku menyokong 100 % usaha kalian..dan buatlah sepenuh masa..tak perlu lagi jadi penjawat awam kerana gaji yang dibayar kepada kalian tidak sebanyak pendapatan dari benda alah yang kalian sertai tu..dan jawablah kalian nanti tentang amanah yang kalian langgar tu..orang suruh buat kerja, korang keluar pergi cari kaki..nak jadi jutawan..duit dapat, dosa pun dapat..


p/s: Teringat masa join uptrend dulu..punya la susah nak cari "pair"(pasangan) supaya dapat pendapatan..ye lah..nak suruh orang melabur RM 500 bukan senang..kalau 50 tu boleh la jugak..last-last, ND LALA tetap dengan kayanya, aku lak terus kayap sebab penat mencari orang.."budus" betul kerana aku terpedaya..(Kesan tragis: aku sekarang fobia dengan perniagaan MLM dan ND LALA..menggeletar seluruh badan)

Monday 16 November 2009

Manusia dan teguran..


Manusia dan teguran memang tak dapat dipisahkan..

Kenapa manusia perlukan teguran?

Masa kecil, kalau mak tak tegur suruh ulang kaji pelajaran, mesti kita takkan buat,

Di sekolah, kalau cikgu tak tegur kerana perangai kita yang suka ponteng,tak buat kerja sekolah, mesti sampai hari ini kita tak habis belajar lagi (sebab asyik kena buang sekolah),

Bila dah remaja, dah ada makwe/pakwe, kalau takde orang tegur/tegah, mesti kita akan hanyut dengan cinta (kononnya la),sampai terkeluar anak haram yang tak perlu disamak dengan tanah merah..

Pendek kata, teguran tu mendisiplinkan kita supaya menjadi mereka yang lebih berguna..

Ada yang boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka,

tapi ada yang akan melenting bila mendapat teguran terutama jika dari mereka yang rendah tarafnya..konon ketua tak boleh ditegur..KONONNYA la..

Manusia akan leka jika tiada yang menegur..

Manusia akan mula riak jika tiada yang menegur..

Teguran MUNGKIN akan membuatkan seseorang terasa hati dengan kita, tapi biar dia terasa hati hari ini, dari tiada hati yang suci pada masa hadapan dek keburukannya pada masa lalu..


Rasulullah SAW bersabda bermaksud, Apabila melihat kemungkaran, hendaklah kamu tegah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu tegah dengan lidahnya dan jika tidak mampu hendaklah membenci dengan hati dan itulah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim)


Kesimpulannya, tegurlah rakan/isteri/saudara mara/keluarga supaya mereka tidak terus leka dan sesat dalam mencari arah.. Teguran yang baik adalah teguran yang penuh dengan hikmah dari seseorang yang rapat dengan kita...


P/s: Semua teguran, aku ok je.. tapi teguran audit la yang paling aku tak nak..penat woo nak menjawab..



Friday 13 November 2009

SELAMAT HARI LAHIR IBU...

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]



SAJAK UNTUK IBU...

Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita
aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja
aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman
aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh
aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna
aku masih ingat….
aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

ibu……..!!!!aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…

(Nukilan~Sepriadi~)


p/s: Selamat Hari lahir yang ke 50 kepada bonda tersayang..Moga dirimu beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat..Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Dari along dan isteri yang jauh di perantauan..We Love U so much..We miss U so much...wargghhhh!!!! nak balik!!!!


Thursday 12 November 2009

Keajaiban Alam...Kebesaran Allah


Ikan Kelah berkerumun apabila kaki dimasukkan kedalam air dan menggigit kaki (gigitan manja je la..tidak meninggalkan kesan yang mendalam hatta parut pun tiada)..Orang kata membersihkan kaki dari daki-daki dan kuman..orang kata la, aku tak kata apa-apa..
Lokasi: "Tagal" Sg Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau, Sabah
Bayaran Masuk: RM 5 untuk dewasa (rendam kaki sehingga paras lutut sahaja)
RM 10 (Boleh rendam 1 badan..ada berani?)
P/S: Pelik macam mana ikan kelah tu tak takut dengan orang..Menurut penjaga tempat tu, ikan kelah tersebut sudah dilatih..latih yang macam mana, itu yang kita tak tahu..tapi kesimpulannya, itulah kebesaran Allah..Subhanallah..

Monday 9 November 2009

Pagi yang gelap


TAKZIAH kepada penyokong Man U..yang tertewas..di ulangi..TERtewas di tangan Chelsea..biasa la...menang kalah adat pertandingan..Walaupun sedih dengan kekalahan tersebut, namun buat apa nak lebih-lebih sebab yang menang atau kalah tetap negara orang..tapi nak tunggu negara kita menang bola sepak bila ek?..


p/s: Kepada pakcu, ulasan dan ALASAN mengenai kekalahan tersebut amat dinantikan..err..dengar citer dah ada calon?..bila nak berlangsung?

Thursday 5 November 2009

Hujan,hujan, hujan (tiada kena mengena dengan kump Hujan)


Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)


Orang selalu mengeluh tiap kali hujan..selalu keluar ayat atau kenyataan seperti ini:


-Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..

- Alahai, hujan laaagiiii

- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni

- Payah nak buat apa2 kalau hujan

- Tak boleh balik lagi, hujan!


Lupa ke setiap kejadian Allah tu ada hikmah yang tersembunyi.Nabi pun ada berpesan untuk berdoa ketika hari hujan kerana doa mustajab apabila pintu langit terbuka.. Jadi, sama-samalah kita insaf supaya tidak selalu mengeluh dengan setiap perkara yang Allah turunkan..pasti ada kebaikannya..Lebih baik kalau kita gantikan luahan isi hati tu dengan doa sementara pintu langit sedang terbuka..

Doa ketika Hujan:

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

p/s: aku risau gak kalau hujan ni..jalan ke pejabat selalu je banjir walau hujan tak lebat manapun..Mungkin ada hikmah..dapat masuk kerja lewat..hehehe...

Wednesday 4 November 2009

catatan hari ini...untuk hari esok..


Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda MENYINTAI PEKERJAAN yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
p/s: jika anda menyintai burger Spicy chicken mc deluxe, maka rabaklah dompet anda..

Tuesday 3 November 2009

kereta burukku


bapaku pulang dari kota


bapaku belikan kereta


kereta baru warna merah


boleh ku bawa ke sekolah




itulah bait-bait lagu yang cukup popular masa aku sekolah dulu. Sekarang ni aku nak ubah lirik aku mengikut emosi aku yang terlalu tension dengan kereta aku




aku dah pulang dari kerja


gaji ku habis betul kereta


keretaku buruk warna silver


boleh ku campak ke parit saja




bodo bodo bodo bunyi kereta


pom pom pom pom pom aku sepak


hantar ke kedai besi buruk,


boleh dibuat tukun ikan...




p/s: betul kata orang, kereta bukanlah harta, tapi menghabiskan harta!!

Wednesday 28 October 2009

lagi sekali...al-fatihah


Semalam aku menerima berita kematian tok saudara a.k.a tok cu aku dari emak aku..dalam bulan ni je ada 2 kematian saudara terdekat aku..dan kedua-duanya sempat untuk aku bertemu semasa Hari raya yang lepas..alhamdulillah..sempat juga aku bersalam dengan arwah walaupun arwah tidak berapa sihat kerana mengalami strok..percakapan arwah juga sukar untuk difahami melainkan isteri dan anak-anaknya sahaja..Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan mereka yang beriman dan bertakwa..amin...

Al-fatihah...

Tuesday 27 October 2009

pemergian seorang atok..

Tanggal 21 Oktober 2009 aku mendapat panggilan dari emak aku jam 3 pagi (lebih kurang la)yang mengatakan 'to'ki dah takde'..Seperti baru rasanya bertemu dengan arwah...tapi apakan daya..Allah lebih menyayangi dia..tidak sempat untuk aku berjumpa dan menghadiri majlis tahlil di kampung kerana aku sedang menghadiri kursus induksi khusus di DBP KL dan urusan isteri yang perlu melapor diri di putrajaya....Hanya yang dapat aku buat berdoa dari jauh agar roh beliau dicucuri rahmat..Terasa ralat kerana aku tidak berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa pulang ke kampung walaupun telah berada di semenanjung...Al-Fatihah...

P/s: teringat pula semasa arwah bertanyakan tentang gambir sarawak..katanya elok untuk sakit gigi dan mudah didapati di sabah..(dalam gambar: yang pakai baju Melayu biru, berkopiah putih)

Thursday 15 October 2009

Missing wife


Missing Wife

A man calls into the police station and says, "My wife is missing.


The officer :How long has she been gone?

Man : A month.

The officer: Why did you wait so long to report it?

Man :Well, until yesterday I thought it was just a dream, then I realized I didn't have any clean clothes to wear.


P/s: Ada ke patut bini hilang sebulan baru sedar..tapi aku rasa ada je orang jenis macam ni kat dunia ni..

Wednesday 14 October 2009

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Rasanya semua orang kat Malaysia ni kenal dengan beliau..Beliau antara Orang Melayu a.k.a ORANG ISLAM yang ke 7 terkaya di Malaysia dan ke 32 terkaya di Asia Tenggara..Saya ada menerima email untuk dikongsikan berkenaan beliau dan 50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary..semoga boleh dijadikan penyuntik semangat untuk berjaya seperti beliau..


- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana


- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,institus i pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.


- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya.. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7.. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional.. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


P/s: Dalam 50 'point' kat atas tu, 'point' 13 yang aku sangat-sangat sokong..Melayu pantang tengok Melayu lain maju..ada je dengki nak menjatuhkan orang tu..


Nabi Muhammad s. a. w pernah bersabda yang bermaksud:

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday 12 October 2009

Puasa sunat atau ganti?


Ramai yang keliru berkenaan puasa sunat dan puasa ganti...boleh ke digabungkan puasa ganti dengan puasa sunat?...Di sini ada sedikit ilimu dan pendapat yang diambil dari laman web ustaz zaharuddin (www.zaharuddin.net)... Semoga menghilangkan kegusaran kita...


Soalan:
Manakah yang lebih baik, berpuasa qada’ terlebih dahulu baru berpuasa sunat, atau menggabungkan kedua-duanya sekali? Contohnya seperti puasa qada’ ramadan dengan puasa enam.

Jawapan :
i) Jika anda bertanya manakah yang lebih baik antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha, jawapannya adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih ertinya : “ Tidak hampir kepadaku orang yang ingin hampir kepadaKu sebagaimana apabila mereka melaksanakan amalan fardhu / wajib mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” ( Riwayat Al-Bukhari )

Amat jelas hadis ini menjelaskan amalan fardhu atau wajib lebih utama di sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat itu.
Hadis tadi sebagai asasnya, tetapi dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. Maksud saya begini, jika seseorang itu perlu qadha puasanya selama 30 atau berpuluh-puluh hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat sehingga mampu mengerjakan syawwal terlebih dahulu, ketika itu mungkin ia boleh mendahulukan puasa syawwal bagi mengejar waktunya yang singkat berbanding qadha. Tapi harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa qadha adalah panjang, tetapi kita tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum qadha puasa tetapi sudah berpuasa sunat syawwal akan pasti bermasalah kerana ia masih berhutang dengan Allah. Bagaimanapun seseorang yang mati setelah qadha puasanya tetapi tidak sempat sunat syawwal, maka tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.

Kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan saya seperti berikut :-

Tidak elok menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu ( dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk digabungkan. Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.


Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang membolehkan penggabungan menjadi tandatanya iaitu :-

• Jika anda mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan tahiyyatul masjid atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat tahiyyatul masjid. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.


• Menurut guru saya Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

• Tindakan A’isyah ra yang melewatkan qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qadha dan syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. ( tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya)


• Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun , ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat sepenunya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)


• Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW ertinya “ Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Muslim). Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melangkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.


• Hujjah ulama yang mengharuskan adalah hadith “ Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat dalam mazhab Syafie mestilah dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103)
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.


• Qiyas haji Qiran (iaitu menggabungkan Haji dan Umrah) kepada Puasa Qadha wajib dan Sunat Syawwal adalah qiyas yang kurang tepat. Malah terdapat majoriti ulama yang tidak setuju dengan konsep “qiyas’ dalam isu ibadat. ( Rujuk Nihayah As-Sull, Jamaluddin al-Isnawi)
Kesimpulan pandangan saya yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal) ; bagaimanapun, pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan adalah beberapa ulama mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.



P/s: Sama-samalah kita ganti puasa...hehehe