Wednesday 29 December 2010

Mari kenal LALANG..(Ini dokumentari, bukan cerita kelakar)


ramai yang kata, jangan jadi macam lalang..ditiup angin ke kiri dan ke kanan...tidak melawan nampak macam bendul..dan boleh diperbodohkan...
Hakikatnya, lalang menggunakan angin sebagai salah satu cara untuk menyebarkan benihnya... tiupan angin bukan tiupan yang sia-sia bagi lalang.. nampak bodoh dan bendul, tapi ada strategi di sebalik kelurusannya...
Strategi lalang ni dah banyak dipakai oleh mereka yang tertentu... nampak patuh, taat, tapi sebenarnya, mengambil kesempatan... dari zaman British, Jepun, British semula, semuanya ada manusia seperti lalang...zaman British, jadi talibarut British..zaman Jepun, jadi talibarut Jepun..semua ada kepentingan tersendiri... sehingga kini..walau tidak dijajah..tetapi talibarut tetap ada..hidup untuk menyelamatkan tali perut.. "Saya sokong parti ni sampai bila-bila"...tup tup esok, umum keluar parti sebab parti yang dia sokong tu kalah dalam pilihanraya..haha.. dasar lalang..
tapi kalau diikut kajian, lalang bukan sahaja menggunakan angin untuk kepentingan dirinya sendiri, lalang juga membantu menghalang hakisan tanah. Tanah dan galian yang terdedah akibat kehilangan tumbuhan penutup bumi yang asal dapat dikekalkan oleh lalang yang menghalang hujan lebat dari menghanyutkan ia ketempat lain. Dengan itu lalang dapat membantu mengurangkan hakisan tanah dan pada masa yang sama lalang membantu mengekalkan kesuburan tanah (sumber: wikipedia)...
Kesimpulannya, nak jadi lalang, biarlah yang memberi manfaat kepada semua... bukan yang memenuhkan kantung sendiri...walau nampak bodoh, tapi dunia terkesan apabila ketiadaan kita... walau ditiup angin, lalang tetap lalang..tak pernah berubah menjadi pokok durian... dan lalang juga tahu, kalau dia melawan, pasti patah dua dirinya dibelah angin..ditiup angin ke kiri dan ke kanan, tapi dari jauh, orang tahu itu lalang...daripada berdiri tegak dan penuh "macho" tapi langsung tak dikenali sebab keras kepala..
p/s:
1) manusia jenis lalang sering didapati dalam sukan bola sepak..kejap sokong team ni, kejap sokong team lain.. senang cerita, sokong team yang menang...
2) Rumah yang dipenuhi lalang juga perlu ditebas...keh keh keh...kadang-kadang lalang ni buat menyemak kawasan rumah je...
3) lalang dan belalang adalah spesis yang berlainan..walaupun nama seakan sama...

Tuesday 30 November 2010

duit aku ke duit kau????

Setiap pengeluaran melebihi 4 kali akan di cas sebanyak RM0.50 untuk pengeluaran berikutnya...
Nampak macam sikit..50 sen tu apa la yang ruginya berbanding duit yang kita nak keluarkan tu.. itu cakap orang kaya la..

tapi kalau orang biasa macam aku, 50 sen untuk setiap kali pengeluaran...banyak tu....

ok..cuba kita tengok contoh ni...
Gaji RM 1000... kalau 4 kali pengeluaran sebulan..bermaksud RM250 untuk setiap satu pengeluaran... kalau lebih, akan di cas 50 sen... itu kalau mereka yang berpendapatan RM1000, kalau yang 3-4 ribu?... macam mana?... untuk orang yang dah fobia macam aku ni, dalam beg duit ada amaun yang melebihi Rm100 pun aku dah tak senang..takut kena "copet"... kalau 250..aku rasa, kena pasang "alarm" kat beg duit..

Berbalik kepada cas tersebut...RM0.50 nilainya memang kecil.. kecil kalau seorang je yang di casnya..kalau pelanggannya berpuluh ribu...dikalikan dengan 50 sen.. itu kalau sekali..kalau berkali-kali pengeluaran dibuat.. huh...untung atas angin...

dan yang pasti..duit yang dikeluarkan dari mesin ATM tu..duit kita sendiri.. tapi kenapa kena cas walau pengeluaran dibuat di bank yang sama dengan akaun simpanan?...kos untuk penyelenggaraan mesin ATM tu akan meningkat ke kalau pengeluaran dibuat terlalu kerap?...atau risiko mesin ATM dirompak terlalu tinggi sehingga pihak bank terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untk meng'insurans'kan mesin ATM mereka?...huhu..

Mahu atau tidak...kenalah rancang pengeluaran...mungkin 'skill' simpan duit zaman dahulu bolehlah di'praktik'kan...simpan bawah tilam, dalam bantal, dalam telinga (macam adegan Seniman Bujang Lapok), dan risiko untuk hilang agak tinggi...

Keluarkan duit 4 kali sahaja dalam sebulan, atau bayar je 50 sen tu...atau..'swipe' kad ATM/Debit Kad (tak semua kedai boleh terima cara ni) atau perbankan melalui internet...atau buat pengeluaran melalui kaunter (kalau nak kuarkan RM50 takkan la ikut kaunter pulak..tapi aku pernah buat..alasan aku bagi kat staf bank tu, kad ATM rosak..haha)

p/s: bukan terlalu berkira dengan 50 sen tu..tapi rasanya, kalau bagi kat masjid ada la jugak faedahnya..haha...

Friday 29 October 2010

sila bayangkan...


Kisah Pertama:


Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak. Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang, Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.


Kisah Kedua:

Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkankedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan meninggalkan aku berdiri sambil berjingkit nak nak ambil lighter di trafic light. Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakangsorang sorang dilampu isyarat;macam ape entah;..gelak pulak tu dia orang


Kisah Ketiga:


Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan. Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu leh awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader motor le katakan. Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukan telah berlaku. Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh.Aku memang ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2 tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor sampai rumah. Lepas tu tak mau ngurat lagi


P/s:

1) Cerita ni tak de kena mengena dengan aku..Cerita dikutip dari web "cari.com"

2) gambar tu pun takde kena-mengena

3) cerita ni akan jadi lawak kalau imaginasi orang yang membacanya tinggi...kalau "hati batu", baca 10 kali pun tak kelakar...

Friday 22 October 2010

Oktober to Oh trouble 2010


aku dah penat...

aku dah mengalah..

aku dah buntu...

apa semua ni?...

bila nak selesai?..

bulan 10.2010...

kalaulah boleh aku buang bulan ini dari kalendar..



Thursday 7 October 2010

*&^%^$%$#$&^&!!!!!!!


Ujian atau Bala?...
Iman aku makin tergugat…
Aku yang lemah atau ujian terlalu hebat?..
Tak..ujian tak seberapa hebat seperti Nabi Ayub..
Dan tidak juga sehebat Nabi Muhammad S.A.W
Tapi mereka mempunyai iman yang tinggi..berbanding aku..
Senipis kulit bawang..sekali teruji…terus terkoyak..
Apa yang patut aku buat?..berdoa?..bersabar?...
Ye..aku dah bersabar..dan sabar aku dah habis…
Berdoa?.. memang aku sedang berdoa.. sehingga kini...
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah?... cakap memang senang..
Rezeki kena tarik sebab tak berkat?...mungkin..sampai papa kedana baru berkat?..
Apa lagi?...
Esok?..lusa?..sampai bila aku mampu tanggung dugaan ni?..hanya ALLAH yang tahu..
Ye betul..hanya Allah yang tahu semuanya..
Aku?...meneruskan hidup selagi Allah mengizinkan..
Dan yang pasti…aku telah mengalah…

dan tindakan aku?..mendiamkan diri..tidak berbuat apa-apa..

menanti hari esok jika ada lagi...

Thursday 2 September 2010

cabuuuuuttt....


lagu 2 hari aku akan pulang ke Johor.. Harap perjalanan lancar dan tidak menghadapi masalah terutama ketika di bulan puasa ni..
p/s: gambar takde kena mengena dengan perjalanan pulang aku ke Johor..cuma nak tunjuk pakaian pramugari yang akan mengurangkan pahala puasa aku nanti..huhu...(erkk..tak sengaja tertengok..)

Friday 20 August 2010

ukhwah...


Situasi yang cukup merumitkan..

Bila kita melihat pertelingkahan di depan mata

tapi tidak mampu untuk berbuat apa-apa

hanya mengiyakan dan mengangguk sahaja

minda memberi tafsiran siapa yang bersalah

perlukah kita menyebelahi pihak yang teraniaya..

atau mengambil jalan mudah memilih mereka yang ramai pengikut..

atau hanya duduk berdiam diri

hanya Allah yang tahu siapa yang benar dan tidak..

Aku manusia biasa hanya mampu membuat tafsiran

berdasarkan apa yang dilihat...

dan pastinya kedua-duanya ada kesilapan dan kelebihan tersendiri..


berdosakah aku kerana membiarkan tali persaudaraan semakin renggang?..

berdosakah aku kerana menjadi saksi putusnya silaturrahim sesama muslim?..

berdosakah aku kerana tidak bertindak untuk memperbaiki hubungan itu?...

arghh..patutkah aku dipersalahkan?..


Yang pasti, jauh di sudut hati ingin melihat hubungan itu dipulihkan..

ditambah dengan kemuliaan bulan Ramadhan

dan juga Syawal yang akan tiba..

Semoga persahabatan mereka tidak terputus bahkan bertambah kukuh ikatannya..

walau mungkin tidak semesra dahulu..


P/s: pening..kalau duduk seorang diri, dikata "kera sumbang",

kalau berkawan dengan orang ni, dikata kita pengikut dia..

kalau kita berkawan dengan semua orang, dikata kita pengintip yang akan menghebahkan..

jadi?...lebih baik jadi kera dari jadi mangsa fitnah orang..donia donia...

Monday 16 August 2010

betul ke ini petua untuk berjaya?..


Betul ke untuk berjaya dalam dunia sekarang ni tiada siapa boleh dipercayai walau saudara terdekat?..

Betul ke untuk berjaya dalam dunia sekarang ni kejujuran tidak lagi menjadi kewajipan?..

Betul ke untuk berjaya dalam dunia sekarang ni perlu menindas orang dan menikam dari belakang?..

Betul ke untuk berjaya dalam dunia sekarang ni perlu bermuka-muka..depan cakap lain, belakang cakap lain?..hipokrasi perlu untuk legasi...

Betul ke untuk berjaya dalam dunia sekarang ni tiada lagi istilah kawan sejati..yang ada hanyalah rakan kongsi, kawan sepejabat, kawan sekolah yang semuanya tidak akan menjadi kawan sejati...

Betul ke untuk berjaya dalam dunia sekarang ni kipas mengipas menjadi satu kemestian?..

Betul ke untuk berjaya dalam dunia sekarang ni nyawa & keluarga menjadi No.2?..No.1 semestinya DUIT...

Betul ke untuk berjaya dalam dunia sekarang ni perlukan pengorbanan hatta agama?..

Betul ke untuk berjaya dalam dunia sekarang ni kita perlu jadi gila?..gila kerja...

Betul ke untuk berjaya dalam dunia sekarang ni kita perlu kedekut?...

Betul ke untuk berjaya dalam dunia sekarang ni kita kena pantas dan bijak merebut peluang..sambar apa yang ada depan mata tidak kira halal atau haram?...


Betul ke?..betul ke?..betul ke?...betul ke aku perlu jadi seperti di atas itu untuk mendapat kejayaan?...huh..kejayaan untuk di dunia sahaja..bukan untuk diakhirat..


p/s: Pening kepala bila tengok orang depan kita cakap lain, belakang kita cakap lain..huh..bila la nak insaf..

Sunday 15 August 2010

dua...


APA ADA PADA DUA
DUA TIDAK SEHEBAT SATU KERANA RAMAI INGIN MENJADI SATU DARI KEDUA
DUA BUKANNYA KALAH TAPI DUA ITU PERKONGSIAN…
DUA MEMBENTUK SATU PASANGAN
DUA MENYEMPURNAKAN KETIDAKSEMPURNAAN..
DUA ITU MEMERLUKAN TOLERANSI..
DUA ITU PERLU BERDISKUSI
DUA ITU TIADA EGOIS..
DUA MENAMBAHKAN KEKURANGAN..
DUA MENGHILANGKAN KESUNYIAN..
DUA MENEMANI KALA KESEDIHAN..
DUA DAPAT MELUAHKAN PERASAAN..
DUA JADI SATU HATI..
DUA TAHUN BAHTERA DILAYARKAN..
DUA TAHUN LAUTAN DIRENTASI..
DUA..MASIH JAUH PERJALANAN UNTUK MENJADI DUA ANGKA..
DUA DOA KAMI PANJATKAN..
AGAR DUA MENJADI RAMAI..
BUKAN DUA MEMBOSANKAN..TAPI DUA PERLUKAN HARTA YANG KEKAL..
AGAR MENDOAKAN DUA DI SATU MASA NANTI..
SEMOGA DUA HAJAT DIMAKBULKAN YANG ESA…


DUA INSAN..MIZI & TITIS…15.08.2008 -15.08.2010…

Friday 6 August 2010

aku terpaksa mengkhianatimu...


Kala senang dia bersamaku....

Kala hujan dan panas, dia setia memayungi ku..

Hari-hari, separuh dari masaku sentiasa bersamamu...

Walau sesibuk mana diriku, kau tetap setia bersamaku..

Tanpa dirimu..masa ku tidak bernilai...

Waktu malam, kau kesejukkan dibasahi embun..

namun kau setia menantiku hingga esok pagi..

namun kesetiaanmu telah aku khianati...

Aku lupa segala jasa-jasamu..

saat-saat perpisahan denganmu tidak akan ku lupakan..

walau hati berat untuk meninggalkanmu..

keadaan memaksa diriku untuk berlaku kejam..

demi menyelamatkan RM1,000 , engkau ku korbankan...

kini yang tinggal hanya gambarmu..

buat tatapan diriku dan keluargaku..

semoga dikau lebih berbahagia di sana..
sampai di sini sahaja hubungan kita..
23 Ogos 2008 - 05 Ogos 2010
terpatri cinta kita..
yang kini tinggal kenangan

... selamat tinggal...


dari tuanmu yang kejam...


p/s: kereta pertama selepas kahwin..huhu..sedih woo..



Sunday 11 July 2010

Penyamun!!!!

Minggu ini adalah minggu yang cukup kental dalam hidup aku.. Mungkin terlalu banyak dosa yang aku lakukan..dan dugaan ini sebagai proses untuk mengurangkan dosa..dan mengajar aku erti kesabaran terutama apabila hidup di tempat orang...

Malam tadi lebih kurang jam 8.30, Allah telah menarik kembali apa yang telah diberikan kepadaku.. Bila terjadinya peristiwa tersebut, membuka mata aku bahawa penjenayah tidak mengenal jantina..Lelaki atau perempuan.. bila terdesak, apa sahaja sanggup dilakukan..

Aku telah pun membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut walau aku tahu, tidak mungkin aku akan dapat kembali apa yang telah "diambil" oleh perempuan tersebut..Laporan dibuat agar tidak ada lagi mereka yang lain akan terkena nasib sama sepertiku..

Namun, aku sangat berterima kasih kepada pihak polis yang banyak membantu aku. Mereka akan cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan kembali "handphone" kesayangan aku.. Duit?..biarlah aku halalkan.. RM150 tidaklah terlalu bernilai jika dibandingkan dengan nyawa aku..

Selepas beberapa jam aku membuat laporan, seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes berkenaan dipanggil.. dan setelah disoal siasat, lelaki tersebut sememangnya kenal dengan perempuan itu. Selepas berbincang dengannya, aku hanya meminta lelaki tersebut supaya memulangkan kembali "handphone" aku dan aku akan menarik kembali laporan yang telah dibuat... Jam 2.30 pagi, aku pulang ke rumah setelah selesai siasatan. Lelaki tersebut berjanji akan memulangkan kembali "handphone" aku pada keesokkan harinya...

Walau aku tidak berapa pasti adakah aku akan mendapat kembali 'handphone' aku tu, tapi aku tetap bersyukur kerana aku masih lagi bernafas..

P/s: kesan dari kes ni, aku betul-betul fobia dan serik untuk jejakkan kaki ke pasar malam di KK.. Cukuplah semalam menjadi sejarah dalam hidup aku..

Saturday 10 July 2010

Lemah diri ini..

Ibarat
SINGA TANPA TARINGNYA
HARIMAU TANPA KUKUNYA
ANJING TANPA SALAKANNYA
POLIS TANPA PISTOLNYA
PENGAWAL ISTANA TANPA LEMBINGNYA
HANG TUAH TANPA KERISNYA
PELITA TANPA MINYAK TANAH
KOMPUTER TANPA PERISIANNYA
NEGARA TANPA TENTERANYA
PEMANAH TANPA BUSURNYA

huh..macam-macam lagilah perumpamaan.. Ibarat ada tapi tiada.. Hanya sekadar nama tapi tiada kuasa untuk melaksanakannya... Nampak di depan mata, tapi hanya mampu melihat.. inilah dunia... Keadilan sukar ditegakkan.. Jika ditegakkan, pasti seluruh dunia akan menentangnya.. hingga mereka yang dahulunya musuh, kini akrab demi memastikan keadilan tidak dapat ditegakkan... Dan lumrah manusia, suka melihat orang lain jatuh..dan pasti tertawa jika jatuhnya terus berderai...

Aku?..tetap seorang musafir yang memerhatikan tindakan mereka..kerana bagiku, apa yang terjadi pasti ada hikmah..Walau hati sudah tidak di sini.. Hanya doa kepadaNya menjadi penenang jiwa..Semoga dugaan ini mendidik aku untuk menjadi insan yang lebih sabar dan menambahkan ketakwaan kepadaNya

"Jika datang orang “menghadiahkan” air mata… Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar.
Jangan dilihat manusia yang menjadi “sebab”, lihat dengan mata hati yang Allah jua yang menjadi “musabbabil asbab”.

Jika kau di sakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti reda"

Friday 2 July 2010

Hujan Emas Part 2 (final..but never ending story)


Hujan Emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri..itu pepatah Melayu.. Mungkin ada betulnya..Tempat orang manakan sama dengan tempat sendiri.. Walau seteruk mana pun tempat itu, ia tetap tempat kelahiran, tanah tumpahnya darahku (err..maksud aku darah ibuku..hehe..)..


Sambungan dari episod semalam, Dalam penerbangan, itulah pertama kali aku berada di atas awan. Pendek kata, “jakun” la jugak. Tapi masih mampu dikawal tahap keterujaan aku.. Setelah 2 jam setengah, akhirnya aku menjejakkan kaki di bumi Sabah ini, dan tahap “gabra” aku sudah meningkat 5 kali ganda. Kenapa?..sebab aku tak tau apa lagi nak dibuat lepas turun dari kapal terbang dan seperti biasa, aku mengikut makcik yang “expert” tu (untuk rujukan, sila lihat episod sebelumnya).


Antara peristiwa yang tak dapat dilupakan ketika aku tiba di Kota Kinabalu Sabah:
  1. Ketika beratur menunggu pemeriksaan imigresen, kekalutan pun berlaku.Tiket aku hilang. Kat mana jatuh aku pun tak tahu. Ikutkan hati aku, aku nak berlari semula masuk dalam pesawat untuk cari balik tiket aku tu. Dengan berlagak “cool”, aku bertanya pada mereka yang berada di hadapan dokumen yang diperlukan untuk pemeriksaan Imigresen. Kad Pengenalan atau pasport sahaja..huh!!!..lega yang amat.. Kalau tidak, aku berlari kejar pesawat tu semula..hehehe…

  2. Seperti biasa seorang yang berbadan “sasa” macam aku pastinya tidak mempunyai masalah untuk membawa bebanan beg seberat 27kg. (memanglah takde masalah sebab beg tu beroda..gila ke nak pikul beg..). Yang jadi masalahnya, aku tersilap tunggu tempat beg tu keluar. Rupanya beg tu keluar dekat pintu lain.. Nak “cover” malu, terpaksalah aku buat-buat pergi tandas..heheh…

  3. Menunggu pemandu DBP yang aku pun tak kenal lagi siapa, adalah sesuatu yang cukup perit. Keperitan ditambah lagi bila Syarikat telekomunikasi terulung, Maxis, buat hal pulak. “Line” takde pada hari itu. (kenapa la diaorang ni buat hal masa aku memerlukan talian). Tunggu punya tunggu, nampaklah aku kelibat kenderaan berlogo DBP. Tapi..ada lagi masalah.Aku bukan pakai pakaian pejabat pun masa tu. Punya la naik lenguh aku lambai pemandu tu, tapi dia tak perasan..Aku tengok dekat dua tiga kali juga dia lalu depan aku. Akhirnya, dia nampak juga lambaian aku..(heheh..lambaian ni tak macam Erra Fazira..sebab tu dia tak nampak..) Dan..itulah Staf DBP sabah yang pertama aku bersemuka. En Azlih Abdullah. Kalau dia terbaca coretan aku ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat dia.

  4. Sepanjang perjalanan, tidak banyak yang aku bualkan dengan Azlih. Mungkin kerana baru bertemu. Aku tak tau dia, dia pun tak tau aku. Dari Lapangan Terbang KK, terus ke DBP Sabah. Rumah?..telah diuruskan oleh Pegawai Tadbir DBP, Pn Norishah Saidin melalui panggilan telefon sebelum aku berangkat ke sini. Aku menyewa bilik dan tinggal serumah dengan anak lelakinya, Amir.

  5. Di DBP, aku disambut dengan paluan kompang dan hamparan kuning..hahah..MIMPI aje la..aku bukan Menteri atau Pegawai bergred JUSA yang perlu disambut dengan paluan kompang....aku cumalah seorang penjawat awam biasa je...disambut dengan senyuman pun dah cukup memadai bagi aku..

  6. Sepanjang perjalanan ke rumah sewa bersama Pn Norishah & En.Azlih, dalam kepala aku cuma terfikir, nak cari kedai yang menjual pek permulaan Celcom dan boleh digunakan terus tanpa perlu menunggu 2-3 jam. Aku nak hubungi mak dan “makwe”(masa tu belum kahwin lagi daa..) supaya mereka tahu aku dah pun selamat sampai ke bumi Sabah..dan di situlah lahirnya nombor 019-8074396..tapi sayangnya, nombor tersebut telah pun disekat oleh Celcom kerana…aku tak topup lebih dari 3 bulan..heheheh


Itulah antara serba sedikit kenangan aku semasa mula-mula menjejakkan kaki di Bumi Sabah ni. Sepanjang 2 tahun kehidupan aku di sini, banyak suka dan duka yang dilalui dari aku bujang sehinggalah aku berkahwin. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang banyak membantu aku ..
  • En Azlih– dia banyak bantu aku cari kereta, angkut barang aku masa aku pindah rumah, tolong bawa aku beli barang-barang rumah..Terima kasih banyak.

  • En Azmi - Tiap pagi nak pergi kerja, aku akan tumpang kereta dia..sehinggalah aku dah beli kereta. Dia akan tunggu di bawah pukul 6.00 pagi. dan paling tak boleh lupa bila aku terbangun tidur pukul 6.45 pagi (dah kategori lewat dah tu kat sini atau bahasa saintifiknya, Subuh Dinasour). Aku tengok ada banyak “misscall” pada “handphone” aku. Aku rasa kalau aku jadi dia, serik dah aku nak tumpangkan..hehehe…

  • Pn Norishah – Beliau menguruskan rumah masa aku mula-mula sampai. Kalau tidak, harus aku tidur kat masjid malam tu..hehe..

  • En.Nasir – Orang semenanjung (Penang) yang telah bekerja di sini.. Selain En Azmi, En Nasir juga selalu menumpangkan aku untuk pergi dan pulang ke pejabat. Dia juga orang pertama yang membawa aku ke Kundasang..heheh

  • Dan…Semua karyawan DBP Caw. Sabah yang membantu aku dalam memulakan hidup di sini..jasa kalian tidak akan dilupakan..

Sebagai manusia biasa, kita bukanlah manusia yang sempurna. Dalam menjalankan tugas, pasti ada pelbagai ragam manusia. Cacat cela memang tidak dapat dielakkan walau sedikit. Sepanjang aku bertugas, pasti ada mereka yang terasa hati, tidak puas hati, tidak suka hati dan juga tidak ada hati pada aku. Maaf dan ampun ku pinta dari hujung rambut hingga ke hujung cagu.. Aku hanya menjalankan tugas..dan aku juga tertakluk kepada peraturan ciptaan manusia.


Wang boleh memecah-belahkan sebuah keluarga yang harmoni, wang boleh memutuskan silaturrahim di antara adik-beradik yang kukuh benteng ukhwahnya, wang juga boleh membunuh kebahagian sepasang kekasih yang dahulunya berjanji sehidup semati.. apatah lagi kalau sahabat atau rakan sekerja..pastinya menimbulkan konflik yang cukup hebat apabila melibatkan hal “wang” hatta sepuluh sen..


Pepatah ada menyebut, diluah mati ibu, ditelan mati bapak(errk..macam terbalik je bunyi…)itulah yang aku hadapi di sini. Ke kiri gaung, ke kanan gaung, ke belakang tanah runtuh…hanya yang ada, jalan kehadapan. Ketegasan dalam kelembutan amat diperlukan dan diseimbangkan. Terlalu tegas, orang tak suka, terlalu lembut, orang pijak. Hanya doa dan tawakal mengiringi diriku.. Itu cabaran dalam tugas yang perlu aku hadapi.. Integriti, akauntabiliti, dan fleksibiliti..yang penting, ikut pekeliling dan peraturan..


2 tahun di sini, ramai juga yang bertanya adakah aku tidak mahu pulang ke semenanjung?.. hanya masa dan waktu yang menentukan… seperti kata pepatah di awal kisah ini tadi “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”. Dan kala ini, aku sedang mengutip emas (bukan mencuri ye) sebagai bekalan untuk ku pulang membina istana yang kukuh sebagai benteng dari hujan batu di negeri sendiri. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku. Amin.


Sang Musafir akan meneruskan perjalanan mencari pengalaman untuk dijadikan panduan dalam kehidupan. Namun, dalam setiap langkah diatur, tidak pernah dilupakan pada Yang Maha Esa, pada keluarga yang berada di kejauhan, dan juga pada isteri yang sentiasa menemani kala ini. Semoga Sang Musafir ini dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan oleh Yang Memiliki Sekalian Alam. Moga diriku diterima oleh masyarakat di sini… hadirku di sini bukan ingin merampas atau menjajah, tapi hadirnya diriku untuk membina ukhwah..


p/s: Doakan kebaikkan buat kami..Semoga Allah membalasnya..

Thursday 1 July 2010

Hujan Emas Part 1...(ini bukan cerpen..ini coretan aku)


30 Jun 2010..genap dua tahun...penuh dengan suka dan duka..Hidup merantau di negeri orang bukan sesuatu yang pernah terlintas dalam fikiran aku apatah lagi untuk ke negeri di bawah bayu ini. Selain dari faktor jauh, aku juga dimomokkan dengan cerita-cerita yang melemahkan lagi semangat aku untuk ke sini. Tapi berkat doa dan dorongan dari “mereka yang tersayang”, aku gagahkan diri untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Bila diimbau kembali kenangan sewaktu mula-mula menaiki pesawat, memang aku akan tergelak sendiri. Mujur mak dan ayah sentiasa bersama aku untuk menenangkan aku yang memang “gabra” abis.. Berikut diceritakan serba sedikit pengalaman dan kenangan sebelum perjalanan sehingga aku menjejakkan kaki di negeri di bawah bayu ini namun mungkin tidak sehebat pengalaman mereka yang pernah menjejakkan kaki di luar Malaysia..


Kenangan sebelum berangkat


a) Kerana terlalu takut dan tidak mendapat apa-apa gambaran tentang Sabah, aku membawa segala keperluan dari semenanjung seolah-olah tiada kedai atau pasaraya di sini.. dan hasilnya..berat bagasi aku melebihi 15kg seperti yang telah ditetapkan.... Mak membayarkan untuk aku..RM180.00 (RM15 x 12kg) ..Mana lah tak berat kalau cermin, bantal, dan macam-macam lagi aku bawa. Kalau diikutkan hati ni, tilam pun aku nak pikul buat naik pesawat. Tapi itulah pengalaman yang manis..


b) Terima kasih mak dan ayah yang sentiasa menemani along sehingga berlepasnya pesawat.. Hati sayu bila memasuki ruang pemeriksaan polis. Saat itu, kalau aku ni tak fikirkan malu, aku nak menangis je masa tu..tapi terpaksala “control macho”..heheh


c) Fakta yang tidak diketahui umum, kami bertiga tidak sempat solat subuh..heheh.. Gabra punya pasal sampai takut nak cari surau..takut kena tinggal pesawat.huhu..”sorry” mak & ayah…


d) Semasa menunggu pintu dibuka untuk memasuki pesawat, aku hanya mengikut seorang makcik.Aku anggarkan umurnya dalam lingkungan 60an sebab dah tua. Beliau nak pulang ke Kota Kinabalu selepas melawat anaknya di Jb. Dan aku akui makcik ni memang dah “expert” naik kapal terbang. “Steady” je aku tengok dia..Mungkin sebab selalu melawat anaknya. Dalam masa menunggu, puas aku bertanya orang sekeliling di mana terletaknya DBP Sabah..dan memang aku akui, hanya dua, tiga orang je yang tahu di mana DBP. Selebihnya, hanya menggelengkan kepala. Ada yang tanya “ DBP tu apa?”…dalam hati aku menjawab “ ia adalah sejenis kuih”…ape daa…aku tanya dia, dia tanya aku balik..menambahkan lagi “gabra” aku…


e) Bila pramugari (yang tak berapa cun sebab “make up” tebal “gile”..hehe) mengumumkan pintu dibuka untuk masuk, aku terkejut bila semua orang berebut untuk beratur. Lupa nak cakap, aku naik Air Asia..bukan MAS..dan pada waktu itu AirAsia belum lagi menggunakan nombor kedudukan untuk penumpang. Aku pun ikut beratur..dan biasa lah..bila dah “blur”, secara pastinya, akulah yang di belakang sekali. Mujur ada pramugari memeriksa tiket sebelum kami dibenarkan masuk dan beliau menyuruh aku untuk kehadapan..”express boarding” beb..apa barang beratur-beratur ni..hahaha..tapi kalau tak diberitahu, mana la aku tau kan?..terima kasih kat Pramugari tu..


f) Bila dah masuk, teringat aku pada pesanan “Mak uda” aku, jangan duduk dekat belakang, nanti bunyi enjin dia kuat, sakit telinga..Mengambil kira pesanan beliau, aku duduk di “seat” yang kedua..kira depan la tu kan?..Hati aku..hanya Allah yang tahu..aku rindukan mak & ayah aku…isk..aku dah mula nak menangis masa tu..tapi aku tahan je sebab takut pramugari tu nampak..hehe


g) Dari tingkap pesawat, aku nampak kelibat mak dan ayah dari jauh…aku tak nampak muka mereka , tapi hanya warna baju ayah yang buatkan aku yakin mereka sedang memerhatikan aku..dan terbanglah aku meninggalkan JB…menjadi sang musafir di bumi borneo ini..


Nantikan sambungan hujan emas di bawah bayu Part 2...(penat pulak nak taip banyak-banyak..hehe)

Sunday 20 June 2010

ayah....




Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama aminan memuji Illahi
Di telingaku kanan dan kiri
Hari - hari makin mendewasakan
Hidupmu tabah penuh kecabaran
Dalam mendidik amanah tuhanmu
Sabar melayar kerenah yang seribu
Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti

Biar ku tawar wang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya
Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua

(Dehearty - Ayah Nilai Kasihmu)

27 tahun usiaku..jarang sekali aku mengucapkan ucapan selamat hari bapa kepada ayah..
Mungkin kerana lumrah anak lelaki lebih rapat dengan ibunya...

tapi itu bukanlah penyebab untuk aku melupakan ayah..

kerana setiap denyut nadiku, degupan jantungku, tidak pernah aku melupakan mereka yang telah banyak berjasa membesarkan aku...

Seperti bait-bait lagu di atas, jika dihamparkan selaut mutiara, tidak mungkin membalas segala jasa ayah..

Garangnya ayah dalam mendidik menjadi kenangan manis buat diriku kini..

Ketegasan ayah menjadikan aku lebih memahami erti kehidupan..

Bila diimbau kembali kenangan bersama ayah, terasa masih belum puas aku untuk bersama-samanya...

Jika Allah membolehkan manusia sujud di kaki makhluk lain, akan ku sujud di kaki ayah..

Biar apa pun anggapan orang tentang ayah..ayah tetap yang terbaik dihatiku...dan tidak akan ada gantinya...

Selamat Hari Bapa kepada ayah...Jasamu tidak ternilai...ampunkan segala dosa along sejak along dilahirkan hingga ke akhir hayat along..

Selagi Allah mengurniakan nyawa kepada along, selagi itulah lidah ini tidak akan berhenti mendoakan mu... Terima Kasih atas segala-galanya...




Wednesday 9 June 2010

facebook addict...


1...2....3.....Mulaaa.......



04.45 a.m: bangun tidur..mandi..solat subuh..



05.30a.m : facebook..



06.00 a.m: ke pejabat...hantar wife..



07.00 a.m: Sarapan..



08.00 a.m: facebook...



10.00 a.m: pergi minum pagi..lapar...



10.30a.m: facebook...



11.00 a.m: terlelap...



12.00p.m: Lunch time...Mc D mcvalue lunch..huhu...



12.00 - 01.30 pm: isk..ada wifi la..so??...facebook...



02.00 pm: solat zuhur...



02.30 p.m: facebook...



03.30 p.m: lelap kejap lah...



04.15 p.m: solat asar...



04.30 p.m: ambil wife balik kerja...



1 jam 45 minit perjalanan yang sangat membosankan..sebab...jalan "jem" (entah betul ke tidak aku eja ni)..



06.30 p.m: mandi...solat maghrib



07.15 p.m : facebook...



08.00 p.m: solat isyak...dinner...



08.30 p.m : tengok berita..ni wajib ni..mana la tau kerajaan umum gaji naik ke, bonus 10 bulan ke..



09.00 p.m : TV..(iklan je buka Facebook)



10.00 p. m: ah..ngantuklah..tidur "time"....sebelum tidur...on facebook jap..ok..



Kesimpulan: betul ke aduan orang tentang kakitangan kerajaan yang paling ramai melayari FACEBOOK sehingga menjejaskan kerja mereka?....facebook melalaikan atau merapatkan silaturrahim?...setiap benda ada kebaikkan dan keburukkannya..pandai-pandailah kita menguruskannya..



P/s: Untuk makluman semua, Jadual waktu yang kat atas tu adalah ketika aku sedang MC/bercuti..tidak ada kena mengana dengan waktu kerja..kalau hari bekerja..gantikan "facebook" dengan "kerja"...hahaha...nape?...tak percaya?... bukan semua kakitangan kerajaan tu pemalas dan "slow".... dan tak semua kakitangan "swasta" tu PANTAS dan MESRA ALAM.. pandai-pandaila kita menilai...








Monday 31 May 2010

Bio Aura @ Biol Aura....







Ceritanya bermula hari Ahad, jam 11.35 pagi...berikut dialog di antara aku (A) dan wakil syarikat pengurusan rumah aku (P)...

P: Assalamualaikum (kali ke berapa dia bagi salam aku pun tak tau sebab masa tu aku tgh layan TV)
A: Wa'alaikummussalam..ada apa?..(dengan muka yang serabai sebab belum mandi lagi..hehe)
P: encik, boleh ka kami minta segelas air..(tanpa memperkenalkan diri siapa mereka..)

A: kenapa?..

P: tadi kami telah terlebih isi ubat untuk bersihkan tangki..jadi kami mahu test sama ada air tersebut kotor atau tidak (baca mengikut "slang" cina)
A: encik ni jurujual ke? (kalau jurujual, aku nak tutup je pintu)

P: bukan, kami dari syarikat pengurusan.

aku pun pergilah ambil segelas air..bukan air biasa..tapi air "Bio-Aura"...

P: encik, bolehkah kami masuk kerana kami mahu membuat test ini menggunakan elektrik..(laa..rupanya aku lupa nak bukak "gate" tu..hahaha..)

Selepas aku bukakan "gate" dia pun masuk dan terus buat "test"... sambil tu aku pun perhatikan dia..mana la tau pencuri ke, atau jurujual yang nak "syko" aku suruh beli produk dia..

3 minit selepas itu...

P: encik, ini kotoran yang ada pada air tu..(sambil menunjukkan gelas yang aku bagi tadi..)

A: eh..kenapa hitam sangat air ni...

P: yang hitam itu karat, yang hijau tu lumut..

A: habistu..apa saya kena buat

P: encik kena buka paip air selama 10 minit supaya semua air yang kotor itu keluar...

Tamat la dialog aku dan "budak" tu.. Kemusykilan aku, bukan kepada kesilapan syarikat meletakkan ubat yang berlebihan semasa membersihkan tangki ..tapi FUNGSI Bio-aura tu.. Ok..di bawah aku tuliskan fungsi keenam-enam penapis Bio aura..(sila lihat fungsi penapis A dan C)

Penapis A: Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bakteria

Penapis B: Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bakteria

Penapis C: Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bakteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral

Penapis D: Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsure logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga

Penapis E: Teknologi penukar tenaga memecahkan kelompok molekul air yang besar kepada kelompok yang lebih kecil supaya diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.

Penapis F: Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikasi.

Jadi...kenapa boleh ada karat dan lumut lagi dalam air tu?...apa guna penapis yang banyak tu?..dulu, "member" cakap, bio aura ni tak perlu dimasak, nanti mati sel-sel air tu...tapi bila tengok keadaan air (lihat gambar), aku rasa biar la sel air tu mati, jangan aku "pulak" yang mati sebab minum air karat tu.. huh!!! bio-aura sudah jadi "BIOL-Aura"....
P/s: Minum "radix" dengan air karat...huhu... positif + negatif = hilang dahaga jugak..hehe...

Tuesday 25 May 2010

Aku janji Melayu...




Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya… tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

(Lirik lagu Layu - Mr Malique)




UMNO,PAS, PKR gaduh, MCA, MIC, DAP ketawa..
seorang Melayu bina kedai, seorang Melayu tolong robohkan...
seorang Melayu hidupnya mewah, seorang Melayu tolong lingkupkan..
seorang Melayu berjawatan tinggi, seorang Melayu tolong jatuhkan...
bila seorang Melayu jatuh, seorang Melayu akan tersenyum...
Santau-menyantau..itu "adat" orang Melayu..
Ramainya mat rempit..majoritinya Melayu..
di tepi lorong..penghuninya Melayu..
Buang bayi?...semuanya Melayu..
itulah Belia negara...ramai yang tak terbela...
pelapis negara?..semuanya dah jadi papan lapis...
siapa yang bakal menggantikan tampuk pemerintahan negara?..
Menteri ramai yang dah beruban..tinggal masa untuk dihumban..
yang muda, penuh dengan skandal..nak pimpin negara..tapi diri sendiri pun tak terpimpin..
bila pilihanraya, serba salah nak pilih...silap pilih, bangsa tergadai...
pilih yang lama, belum tentu nasib badan..

kalau pangkah dua, rosak undi..

kalau pangkah satu, rosak hati..

Bangsa lain menunggu masa..dah lama mereka impikan nak bubarkan bahasa

tapi jangan risau...takkan Melayu hilang di dunia...

kerana melayu pandai main sorok-sorok...

akan tiba masanya...
Menara setinggi gunung..tapi pencuci tingkapnya Melayu..
Kereta bersalut emas..Melayu hanya jadi pemandunya..
Mahligai seluas lautan...tapi tukang kebunnya, Melayu..
Bangga betul jadi Melayu...dimana-mana ada melayu..
Melayu dulunya tuan, kini lunyai...
Bahasa Melayu?...bahasa kuno abad keberapa tu?...
1 Malaysia...betul...1 bangsa menerajui Malaysia..


2020..mungkin tercapai..tapi..yang tercicirnya siapa?..
kita masih lagi selamat..tapi anak cucu kita..mereka yang menghadapinya...
Melayu, dulu merempit..kini merempat...

apa nak buat?...kiamat dah dekat..


p/s: errr...motif?..hari tu ada dibuka kaunter untuk daftar pemilih pilihanraya kat DBP Sabah..dan aku salah seorang yang belum lagi mendaftar..sehingga kini..hehehe...alasan?...aku takut tersalah pilih..biarlah aku jadi pemerhati dulu..sampai dah pasti siapa yang betul.. tapi yang pasti..aku takkan pangkah PKR..sebab?...di sabah, ada pemimpin PKR memainkan sentimen perkauman di antara semenanjung yang dipanggil Malaya dan Sabah..mempengaruhi rakyat sabah supaya membenci warga Malaya..huh!! itu sudah cukup membuatkan aku anti-PKR....




Saturday 8 May 2010

ibu..


Kasihnya ibu...Membawa Ke Syurga...Kasihnya Ayah berkorban nyawa...


Untuk Renungan bersama....ada betulnya juga ayat-ayat di bawah ni...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepatmarah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan SelamatHari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.


Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.ingatlah pengorbanan ibuuuuu….



Ada yang panggil ibu, emak, ummi, mummy, mom, dan macam-macam lagi panggilan..tapi semuanya merujuk kepada wanita yang sama dalam hidup mereka..wanita yang amat penting dalam kehidupan mereka.. yang perlu diangkat martabat mereka ke peringkat yang paling atas...walau apa pun panggilan untuk ibu, syurga tetap di bawah tapak kaki ibu....

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”


Firman Allah:


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]

p/s: Selamat Hari ibu untuk mak..semoga kejayaan & kebahagiaan sentiasa mengiringi dirimu..(ucapan je dapat bagi..sama la pulak macam ayat kat atas tu..keh keh keh)



Friday 30 April 2010

Hanya pada Jumaat...


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.


“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.


“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).


Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”


Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:


Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.


Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”


Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.


Mulianya jumaat...tapi jarang orang yang tahu..yang orang biasanya tahu:


1) waktu yang paling sedap tidur adalah sewaktu khatib sedang membaca khutbah...


2) malam jumaat..yang ni selalu jadi bahan jenaka..terutama yang "otak kuning"..


3) Kalau kaum perempuan, waktu rehat paling panjang, jumaatlah harinya..ada yang sempat menonton wayang..(lelaki pun ada jugak..ni yang tak tau malu punya..)


4) Jumaat hari "last kerja"..esok cuti...jadi, waktu kerja lepas solat Jumaat adalah waktu yang sia-sia kerana masing-masing dah tak buat kerja..ada yang masuk lewat, pukul 3 baru nak masuk..dah masuk, duduk depan PC, layan internet..tunggu jam 5.00, tutup PC..bye...


Itu antara contoh-contoh fahaman songsang mengenai Jumaat... Mungkin ini sifat manusia di AKHIR ZAMAN... tapi alhamdulillah..selama aku di sini, belum ada lagi Masjid yang terpaksa membuat solat zohor kerana jemaah tidak mencapai 40 orang..Maksudnya, masih ramai lagi yang sedar hukum Solat Jumaat tu..walaupun ramai yang tidur masa khatib sedang berkhutbah...


p/s: Sama-samalah kita ingat-mengingati, sebab empunya diri pun bukanlah sempurna..sama je dengan orang lain..sama-samalah kita mengubah nasib diri kita kepada lebih baik sebelum bertemu Yang Maha Esa..

Wednesday 21 April 2010

sahabat...


wajahmu seindah serinya pelangi nan indah,

seharum bunga memutih kelopak,

wajahmu masih terbayang serinya di mataku,

sehingga terkenang di dalam doa ku,

sahabatku, tahukah kau di dalam hatiku ini,

terhimpunnya seribu doa nan suci,

sesungguhnya, walau hilang mu jauh dari mataku,

tetap kua abadikan dalam jiwaku,

sedihnya, harapan yang selama ini ku bawa,

hancur berkecai musnah jua akhirnya,

semuanya bagai sebuah mimpi,

kau pergi jua, ketika perjuanganmu membara,

belum puas ku menatap wajahmu,

kau pergi tak kembali,

(Kau pergi jua, oleh Rabbani, Munif & Nazrey; ABP 2009)


Ramai yang tahu maksud "sahabat"..tapi tak ramai yang menghargai "sahabat"..

Ada orang bangga bila ramai "sahabat"..tapi ada juga yang bangga bila "sahabat" dia jatuh..

Mereka bersuka-ria bersama "sahabat", tetapi menjauhkan diri dari "sahabat" yang kesedihan..


Ada orang kata, bersahabat dengan penjual minyak wangi, akan berbau wangi,

Maka ramailah orang akan bersahabat dengan penjual minyak wangi..bagaimana dengan mereka yang menyelenggara tangki kumbahan?..berbau busuk..ada yang sudi?..sedang mereka menjalankan pekerjaan yang baik..walau dikelilingi oleh persekitaran yang busuk..tanpa mereka, busuklah semua rumah termasuk rumah sahabat kita, si penjual minyak wangi...


Ibu bapa akan menyalahkan sahabat anak mereka jika anak mereka degil dan jahat..kononnya terpengaruh..

Tetapi akan memuji diri mereka jika anak mereka baik dan dipuji...kononnya baka zuriat yang baik...


Itulah sahabat...

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.

Sahabat sejati menjadi pendorong impian.

Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


Sahabat adalah ibarat butir-butir pasir di tepi pantai,

sahabat sejati adalah ibarat mutiara di antara butiran pasir itu....


Hargailah sahabat sejati..redhailah sahabat yang telah pergi...


pesanan dari sahabat..untuk sahabat..
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


p/s: sahabat aku dalam "facebook" baru je 96 orang..haha..ramai yang dah "add" tapi terpaksa di"remove" kan atas sebab-sebab tertentu...sorry "geng"..tak semua sahabat boleh diberitahu hal-hal peribadi..huhu...

Monday 12 April 2010

12 April 1982---> 2010.... Selamat ulang tahun perkahwinan utk mak & ayah...


"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "
(ar-Ruum:21)


28 tahun, pastinya sangat mengenali hati budi masing-masing....itu perhubungan..

28 tahun, pastinya pelbagai ranjau dan duri ditempuhi....... itu adat berumah tangga

28 tahun, susah dan senang dilalui bersama...itu perkongsian...

28 tahun, lahirnya kami 5 beradik....itu zuriat...

28 tahun, bukan sekadar angka..itu keutuhan hati yang terjalin


Kesimpulannya..28 tahun..PERHUBUNGAN yang terjalin, melalui ADAT resam dalam berumahtangga..dan hasil PERKONGSIAN..lahirlah kami berlima sebagai ZURIAT penyambung keturunan..hingga kini..KEUTUHAN masih terjalin..dan DOA kami..biarlah ia terus terjalin buat selama-lamanya....


Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 28..
Semoga kalian sentiasa berbahagia buat

selama-lamanya...
p/s: Malam ni makan mana?..warung pakcik razak aje ke?..hehehe

Monday 5 April 2010

awas...perampok....


Kecurian...kini bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar seperti KL dan JB..tapi sudah mula merebak ke kampung-kampung (termasuklah kampung aku)...

Kos hidup yang semakin tinggi memaksa golongan-golongan perampok ini untuk berusaha dan bergiat dengan lebih aktif..mencuri dan merompak... untuk menampung kehidupan mereka...

Sebelum terjadinya perkara ini ke atas diri kita (nauzubillah)..marilah kita sama-sama mengikuti beberapa tips seperti di bawah ini...sekurang-kurangnya kita berusaha..selebihnya, kita bertawakal kepada ALLAH...


Peringatan dari PDRM


Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.


1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telahmenunggudiluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box.Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnyaa nda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat

.20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulumasih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM


p/s: kalau penjenayah menggunakan ilmu pukau macam mana?..susah juga nak halang..tapi ada petua yang mengatakan supaya membela ikan puyu untuk mematahkan sebarang serangan "black magic" ke atas diri kita..(Allah lebih mengetahui)... sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan... tapi yang penting, kita berusaha dan selebihnya, tawakal kepada ALLAH...