Thursday 28 January 2010

1 Malaysia dan 1 Borneo...


Kronologi membuat pas kerja:


27 Jan 2010

08.00 pagi: aku baru teringat pas kerja aku akan habis pada 11 feb tahun ni..Ini bermakna, sudah hampir setahun aku menggunakan pas kerja ini untuk keluar-masuk negeri Sabah..Kad pengenalan?..huh..guna masa nak check in tiket flight je...

09.30 pagi: Aku dengan malasnya pergi ke Pejabat Imigresen di Kompleks Pentadbiran Kota Kinabalu..dugaan pertama...cari parking..

09.45 pagi: Aku masuk ke dalam pejabat imigresen..target pertama aku, kaunter pertanyaan...dugaan kedua..beratur..menunggu giliran untuk bertanya..kalau pendek, takpe la jugak..ni ramai..warga asing pulak tu..sabar..sabar..

09.55 pagi: Akhirnya..tiba juga giliran aku...Dugaan yang buat aku macam nak jerit bila dengar staf imigresen tu cakap "Encik kena naik tingkat atas,bukan kat tingkat bawah"...aduhh..lain kali, tulis la besar-besar, terang-terang...mana la aku tahu nak buat pas kerja kat tingkat atas..lain la kalau tiap-tiap hari aku buat pas kerja..

10.00 pagi: Aku naik ke tingkat atas..sekali lagi..beratur...beratur..beratur..bersama warga asing..

10.15 pagi: sampai giliran aku..lega..dan aku pun bertanya la prosedur nak "renew" pas kerja..bla bla bla..kena bawak surat iringan dari majikan...aku pun balik....harap esok tiada lagi dugaan macam ni...


URUSAN BELUM SELESAI....

Hari berikutnya...28 Jan 2010...


09.30 pagi: Aku pergi ke Pejabat Imigresen setelah semua dokumen yang diminta lengkap..macam biasala...dugaan pertama, parking..


09.40 pagi: Aku terus naik ke tingkat 2, dan macam biasa jugak...dugaan kedua..beratur..beratur...beratur..dengan warga asing..


10.00 pagi: sampai giliran aku..muka aku dah macam tempeyek basi sebab tak tahan dengan segala macam bau yang ada dekat situ...aku pun serahkan segala dokumen tu...staf tu cakap, "encik pergi ke kaunter 9, nanti dia panggil nama"...ok...aku ikut je la..takkan nak lawan pulak..

10.30 pagi: Nama aku masih belum dipanggil..aku dah mula rimas bila dikelilingi oleh warga asing..(aku rasa macam orang filipina je)..aduh..baunya...

10.45 pagi: masih menuggu...aku pergi ke kaunter dan bertanya bila giliran aku..jawapan dia"maaf encik, nama encik belum dipanggil lagi"...dey!!bila mau panggil daa...aku ni bukan cuti hari ni..aku KERJA (dalam hati je la aku cakap macam tu)

11.05 pagi: Mohd Tarmizi....ya..akhirnya...nama ku dipanggil juga..akhirnya aku tidak dikategorikan sebagai warga asing di NEGARA SENDIRI...

URUSAN SELESAI.....PAS KERJA DILANJUTKAN SEHINGGA 2013...(maksudnya, 2013 nanti baru aku kena lalui semula semua dugaan yang kat atas tu)


Kesimpulannya, Aku warga Malaysia, ada kad pengenalan dan surat beranak..tapi kenapa aku perlu menempuhi semua benda yang kat atas tu?....dan yang aku pelik, kenapa aku perlu dihimpunkan bersama-sama warga asing yang pastinya takde kad pengenalan..ini bukan 1 Malaysia..tapi 1 Semenanjung dan 1 Borneo...aku bukan pergi luar negara pun nak kena tempuh semua benda tu..Apa guna Kad pengenalan yang ada cip tu...buat semak beg duit aku je...tapi nak buat macam mana...peraturan tetap peraturan..tetap perlu dipatuhi..kalau tidak, aku disumbatkan ke dalam lokap bersama-sama PATI...Inilah negaraku MALAYSIA...

Tuesday 12 January 2010

betul ke?..isk...ni yang musykil..

Cuba baca email ni...dan terpulanglah kepada kalian untuk menilai dan membuat kesimpulan sendiri..Kesahihan email ini tidak dapat dipastikan kerana kedua-dua produk tersebut merupakan produk kegemaran ramai dan telah bertapak di dalam negara kita ni semenjak aku kecil lagi..Cuma yang musykilnya, kenapa kedua-dua produk ni mampu bertahan lama?..ada pihak yang tak buat kerja ke?..maklumlah..dah disuap dengan ikan sardin dan milo ais...huh..masyuuukkk... atau..ini sekadar usaha untuk menjatuhkan dua produk tersebut?..huh! musykil..musykil....bak kata Nabil Raja Lawak.."Lu pikirla sendiri"....

"Salam and Good Day, Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual. Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan. Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah..Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..

Ceritanya macam nie:- Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan…nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu..itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’ AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????...mesti kenkawan selalu minum milo kan.....yes..daging cacing telah di campur dengan serbuk milo..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer… Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…


n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…

kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu.. milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang…. Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak… Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman…. wallahhualam… Brgds, aNa MoSLeM "

P/s: isk..betul ke ni?...rasa macam was-was pulak bila baca email ni...terpulanglah kepada diri masing-masing untuk membuat penilaian...Masing-masing dikurniakan akal dan fikiran..maka gunakanlah sebaik dan sebijak yang mungkin..tapi yang penting..milo ais memang sedap diminum..hehehe...

“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. "

Monday 4 January 2010

Tahniah kak teh...


Tajuk nampak ringkas..tetapi membawa penghargaan yang tinggi..


SMA atau nama panjangnya Sijil Menengah Agama merupakan satu sijil yang hanya dimiliki oleh mereka yang bersekolah di Sekolah-sekolah aliran agama sahaja..


Ianya tiada di sekolah-sekolah biasa mahupun sekolah berasrama penuh yang bukan aliran agama..


Susah ke SMA ni?..jawapannya: Senang tapi susah...

Senang kalau menghafal semua subjek tu...tapi susah sebab tak hafal..hehehe...

Apapun, tahniah kepada adik aku,


Nur Syakirah A.Rahman kerana berjaya memperolehi Pangkat 1 Agg 6 (paling tinggi dah ni..) dalam peperiksaan SMA beliau...

walaupun ramai yang menganggap peperiksaan ini hanyalah pelengkap kepada pelajar-pelajar sekolah agama sahaja (tidak memberi kelebihan untuk memohon pekerjaan), tetapi bukan calang-calang orang yang boleh menghafal ayat al-quran dan hadis..dan hanya segelintir sahaja yang mengetahui Bahasa Arab...

Di dunia mungkin tidak mengiktiraf SMA tetapi Allah Maha Mengetahui segala usaha kalian dalam mempelajari ilmu Allah...dan semoga mereka berjaya bukan sahaja di dunia, tetapi di AKHIRAT yang lebih utama...aaaamiiiiiiinn....

Akhir kata, semoga kak teh akan terus berjaya di dalam peperiksaan SPM (pada tahun ini) dan juga terus berjaya di dalam lapangan bidang yang diceburi...

p/s: Hadiah?..err..kena tunggu bulan 2 la kot..nak bagi hadiah apa ek?...