Thursday 3 December 2009

kerajaan..dan kakitangannya..


Selalu kita mendengar...
1) kakitangan kerajaan lambat buat kerja

2) berurusan dengan agensi kerajaan makan masa yang lama berbanding berurusan dengan syarikat swasta

3) kalau di hospital kerajaan, nyawa dah tinggal separuh pun belum tentu akan dilayan, silap-silap kena buat 'appointment' dulu baru boleh jumpa doktor..nak pergi ke klinik swasta, mahal pulak..

4) Pegawai kerajaan banyak yang makan rasuah, salah guna kuasa la, pecah amanah la..

5) Kalau kita call tanya bayaran atau apa-apa urusan, pasti jawapannya "sedang dalam proses, harap bersabar"..2 3 bulan kalau kita call lagi, jawapan yang sama akan diberikan..lagi teruk kalau dia bagi alasan pegawai tu takde, pegawai ni takde..padahal kalau diikutkan piagam dorang, menyelesaikan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil diterima..14 hari ke, 14 bulan ni?...


Ada banyak lagi lah rungutan dan komen orang termasuklah aku kalau berurusan dengan kerajaan ni...pelikkan?..pemalas sangat ke kakitangan kerajaan ni?..atau mungkin diaorang dah terlalu selesa dengan jaminan pekerjaan..kerja malas pun tetap gaji jalan..tak macam swasta, malas kerja, prestasi teruk, mahu ditendangnya dek majikan..

Walau apa pun tanggapan orang tentang kakitangan kerajaan, aku merupakan salah seorang darinya..dan aku juga merupakan orang yang cukup menyampah kalau berurusan dengan agensi kerajaan..lembab giler!!!...yang paling sakit hati, kita dah beratur panjang, tup tup dia boleh tutup kaunter dengan alasan waktu sekarang adalah waktu rehat...habis tu kami yang beratur panjang ni apa cerita?..tak rehat ke?..tak kerja ke?..

p/s: err..mujur di DBP ni tak banyak orang berurusan...hahaha...kalau tak, mesti kena sumpah seranah gak...biasala...KAKITANGAN KERAJAAN...dah nama pun kaki dan tangan kan..kena lah berjalan..

2 comments:

pakcu said...

bro, lu berurusan dgn agensi mana tuh ? Radang je nampak hahaha.
Dah memang mind set begitu. Tangankaki kerajaan ni slow. Jarang sgt yg excellent kerjanya. Piagam pelanggan sekadar pameran je.

abglong said...

apa lagi..jabatan imigresen la...sikit punya lama nak buat pas kerja..dah la kena beratur sekali ngan warga asing..adui...tension betul...bila dah kat kaunter, boleh dia suruh datang esok?...tunggu dekat 1 jam, sampai kaunter 1 minit pun tak sampai dah disuruh balik..hampeh tul..