Friday 2 July 2010

Hujan Emas Part 2 (final..but never ending story)


Hujan Emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri..itu pepatah Melayu.. Mungkin ada betulnya..Tempat orang manakan sama dengan tempat sendiri.. Walau seteruk mana pun tempat itu, ia tetap tempat kelahiran, tanah tumpahnya darahku (err..maksud aku darah ibuku..hehe..)..


Sambungan dari episod semalam, Dalam penerbangan, itulah pertama kali aku berada di atas awan. Pendek kata, “jakun” la jugak. Tapi masih mampu dikawal tahap keterujaan aku.. Setelah 2 jam setengah, akhirnya aku menjejakkan kaki di bumi Sabah ini, dan tahap “gabra” aku sudah meningkat 5 kali ganda. Kenapa?..sebab aku tak tau apa lagi nak dibuat lepas turun dari kapal terbang dan seperti biasa, aku mengikut makcik yang “expert” tu (untuk rujukan, sila lihat episod sebelumnya).


Antara peristiwa yang tak dapat dilupakan ketika aku tiba di Kota Kinabalu Sabah:
  1. Ketika beratur menunggu pemeriksaan imigresen, kekalutan pun berlaku.Tiket aku hilang. Kat mana jatuh aku pun tak tahu. Ikutkan hati aku, aku nak berlari semula masuk dalam pesawat untuk cari balik tiket aku tu. Dengan berlagak “cool”, aku bertanya pada mereka yang berada di hadapan dokumen yang diperlukan untuk pemeriksaan Imigresen. Kad Pengenalan atau pasport sahaja..huh!!!..lega yang amat.. Kalau tidak, aku berlari kejar pesawat tu semula..hehehe…

  2. Seperti biasa seorang yang berbadan “sasa” macam aku pastinya tidak mempunyai masalah untuk membawa bebanan beg seberat 27kg. (memanglah takde masalah sebab beg tu beroda..gila ke nak pikul beg..). Yang jadi masalahnya, aku tersilap tunggu tempat beg tu keluar. Rupanya beg tu keluar dekat pintu lain.. Nak “cover” malu, terpaksalah aku buat-buat pergi tandas..heheh…

  3. Menunggu pemandu DBP yang aku pun tak kenal lagi siapa, adalah sesuatu yang cukup perit. Keperitan ditambah lagi bila Syarikat telekomunikasi terulung, Maxis, buat hal pulak. “Line” takde pada hari itu. (kenapa la diaorang ni buat hal masa aku memerlukan talian). Tunggu punya tunggu, nampaklah aku kelibat kenderaan berlogo DBP. Tapi..ada lagi masalah.Aku bukan pakai pakaian pejabat pun masa tu. Punya la naik lenguh aku lambai pemandu tu, tapi dia tak perasan..Aku tengok dekat dua tiga kali juga dia lalu depan aku. Akhirnya, dia nampak juga lambaian aku..(heheh..lambaian ni tak macam Erra Fazira..sebab tu dia tak nampak..) Dan..itulah Staf DBP sabah yang pertama aku bersemuka. En Azlih Abdullah. Kalau dia terbaca coretan aku ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat dia.

  4. Sepanjang perjalanan, tidak banyak yang aku bualkan dengan Azlih. Mungkin kerana baru bertemu. Aku tak tau dia, dia pun tak tau aku. Dari Lapangan Terbang KK, terus ke DBP Sabah. Rumah?..telah diuruskan oleh Pegawai Tadbir DBP, Pn Norishah Saidin melalui panggilan telefon sebelum aku berangkat ke sini. Aku menyewa bilik dan tinggal serumah dengan anak lelakinya, Amir.

  5. Di DBP, aku disambut dengan paluan kompang dan hamparan kuning..hahah..MIMPI aje la..aku bukan Menteri atau Pegawai bergred JUSA yang perlu disambut dengan paluan kompang....aku cumalah seorang penjawat awam biasa je...disambut dengan senyuman pun dah cukup memadai bagi aku..

  6. Sepanjang perjalanan ke rumah sewa bersama Pn Norishah & En.Azlih, dalam kepala aku cuma terfikir, nak cari kedai yang menjual pek permulaan Celcom dan boleh digunakan terus tanpa perlu menunggu 2-3 jam. Aku nak hubungi mak dan “makwe”(masa tu belum kahwin lagi daa..) supaya mereka tahu aku dah pun selamat sampai ke bumi Sabah..dan di situlah lahirnya nombor 019-8074396..tapi sayangnya, nombor tersebut telah pun disekat oleh Celcom kerana…aku tak topup lebih dari 3 bulan..heheheh


Itulah antara serba sedikit kenangan aku semasa mula-mula menjejakkan kaki di Bumi Sabah ni. Sepanjang 2 tahun kehidupan aku di sini, banyak suka dan duka yang dilalui dari aku bujang sehinggalah aku berkahwin. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang banyak membantu aku ..
  • En Azlih– dia banyak bantu aku cari kereta, angkut barang aku masa aku pindah rumah, tolong bawa aku beli barang-barang rumah..Terima kasih banyak.

  • En Azmi - Tiap pagi nak pergi kerja, aku akan tumpang kereta dia..sehinggalah aku dah beli kereta. Dia akan tunggu di bawah pukul 6.00 pagi. dan paling tak boleh lupa bila aku terbangun tidur pukul 6.45 pagi (dah kategori lewat dah tu kat sini atau bahasa saintifiknya, Subuh Dinasour). Aku tengok ada banyak “misscall” pada “handphone” aku. Aku rasa kalau aku jadi dia, serik dah aku nak tumpangkan..hehehe…

  • Pn Norishah – Beliau menguruskan rumah masa aku mula-mula sampai. Kalau tidak, harus aku tidur kat masjid malam tu..hehe..

  • En.Nasir – Orang semenanjung (Penang) yang telah bekerja di sini.. Selain En Azmi, En Nasir juga selalu menumpangkan aku untuk pergi dan pulang ke pejabat. Dia juga orang pertama yang membawa aku ke Kundasang..heheh

  • Dan…Semua karyawan DBP Caw. Sabah yang membantu aku dalam memulakan hidup di sini..jasa kalian tidak akan dilupakan..

Sebagai manusia biasa, kita bukanlah manusia yang sempurna. Dalam menjalankan tugas, pasti ada pelbagai ragam manusia. Cacat cela memang tidak dapat dielakkan walau sedikit. Sepanjang aku bertugas, pasti ada mereka yang terasa hati, tidak puas hati, tidak suka hati dan juga tidak ada hati pada aku. Maaf dan ampun ku pinta dari hujung rambut hingga ke hujung cagu.. Aku hanya menjalankan tugas..dan aku juga tertakluk kepada peraturan ciptaan manusia.


Wang boleh memecah-belahkan sebuah keluarga yang harmoni, wang boleh memutuskan silaturrahim di antara adik-beradik yang kukuh benteng ukhwahnya, wang juga boleh membunuh kebahagian sepasang kekasih yang dahulunya berjanji sehidup semati.. apatah lagi kalau sahabat atau rakan sekerja..pastinya menimbulkan konflik yang cukup hebat apabila melibatkan hal “wang” hatta sepuluh sen..


Pepatah ada menyebut, diluah mati ibu, ditelan mati bapak(errk..macam terbalik je bunyi…)itulah yang aku hadapi di sini. Ke kiri gaung, ke kanan gaung, ke belakang tanah runtuh…hanya yang ada, jalan kehadapan. Ketegasan dalam kelembutan amat diperlukan dan diseimbangkan. Terlalu tegas, orang tak suka, terlalu lembut, orang pijak. Hanya doa dan tawakal mengiringi diriku.. Itu cabaran dalam tugas yang perlu aku hadapi.. Integriti, akauntabiliti, dan fleksibiliti..yang penting, ikut pekeliling dan peraturan..


2 tahun di sini, ramai juga yang bertanya adakah aku tidak mahu pulang ke semenanjung?.. hanya masa dan waktu yang menentukan… seperti kata pepatah di awal kisah ini tadi “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”. Dan kala ini, aku sedang mengutip emas (bukan mencuri ye) sebagai bekalan untuk ku pulang membina istana yang kukuh sebagai benteng dari hujan batu di negeri sendiri. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku. Amin.


Sang Musafir akan meneruskan perjalanan mencari pengalaman untuk dijadikan panduan dalam kehidupan. Namun, dalam setiap langkah diatur, tidak pernah dilupakan pada Yang Maha Esa, pada keluarga yang berada di kejauhan, dan juga pada isteri yang sentiasa menemani kala ini. Semoga Sang Musafir ini dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan oleh Yang Memiliki Sekalian Alam. Moga diriku diterima oleh masyarakat di sini… hadirku di sini bukan ingin merampas atau menjajah, tapi hadirnya diriku untuk membina ukhwah..


p/s: Doakan kebaikkan buat kami..Semoga Allah membalasnya..

No comments: