Wednesday 23 December 2009

Aku dan gula...







Cerita Robert Kuok..




1) Dilahirkan pada 6 okt 1923 di Johor Bahru, Johor dan dikenali sebagai Raja gula Malaysia (bukan sugar daddy ek)

2) Merupakan orang yang terkaya bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara (Sumber:Forbes)

3)Mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris dan menyambung pelajarannya di 'Raffles College" Singapura bersama-sama Lee Kuan Yew (Mantan perdana menteri singapura)

4) Pernah bekerja dengan syarikat Jepun, Mitsubishi selepas menamatkan pelajarannya di Raffles sebelum membantu ayahnya menjalankan perniagaan

5) Selepas kematian bapanya, beliau bersama 2 orang adik beradiknya mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan bapa mereka bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung pada tahun 1949

6) Penglibatannya yang besar dalam industri gula melayakkan beliau untuk menjadi pembekal gula bagi pihak kerajaan dan beliau membuka kilang pemprosesan gula untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Pada kemuncak perniagaannya, Robert Kuok menguasai 80% pasaran gula di Malaysia dan 10 % bagi pasaran global eksport.

7) Kuok mengembangkan lagi perniagaan beliau bukan sahaja kepada gula, tetapi juga kepada tepung, perkapalan, logistik, minyak dan gas, serta perhotelan. Kejayaannya dalam bidang yang diceburi adalah disebabkan oleh hubungannya yang kukuh dengan beberapa korporat dan badan kerajaan.

8) Kuok merupakan Pengerusi Rangkaian Hotel Shangri-La dan juga pemegang saham yang terbesar di dalam Transmile Group Bhd (syarikat yang terlibat dengan skandal penipuan akaun pada 2007 yang menyebabkan kejatuhan saham syarikat tersebut)

9) Kuok seorang yang sangat menghormati orang lain. Beliau pernah meminta kebenaran untuk merokok kepada krew kabin di dalam PESAWATNYA SENDIRI. Apabila krew tersebut memberitahu beliau tidak perlu meminta kebenaran sesiapa, Kuok menjawab, beliau meminta kebenaran sama seperti penumpang biasa.

10) Robert Kuok merupakan salah seorang dari lima penasihat bagi Pembangunan Wilayah Iskandar dan bertanggungjawab menarik pelabur-pelabur melabur untuk pembangunan Wilayah Iskandar malaysia.



Cerita aku:



1) minum air yang dibancuh dengan susu kerana kehabisan gula di Kota Kinabalu bermula Jumaat, 18 dis 2009..

2) Bertambah 'tension' bila aku ternampak tuan punya kedai runcit menyorokkan gula di tempat lain (bawah meja je), dan bila aku tanya ada jual gula ke tak, dengan bangganya dia jawab "gula habis dik"..

3) Pernah berlari dari kereta yang di'parking' jauh dengan pasaraya Giant (parking penuh daa..) semata-mata untuk berebut gula yang baru sampai dan hasilnya..gula habis sebelum aku sampai..

4) Semalam, 22 Dis 2009, aku berjaya membeli gula setelah 4 hari aku asyik minum air yang berunsurkan susu..dan sebagai membalas dendam, aku dengan selamba dan bangganya membeli 4kg = 4 bungkus gula.(lihat gambar).. walaupun had yang ditetapkan kerajaan seorang boleh beli 2kg je..peduli apa aku..



Kesimpulannya, terlalu jauh beza aku dan Robert Kuok..dan sekarang baru aku tahu kenapa Robert Kuok masih unggul memegang takhta Manusia paling kaya di Malaysia..Kuasa gula..hahaha..Namun, kami juga mempunyai 1 persamaan...


kami adalah Rakyat Malaysia..


1 Malaysia, 1 Gula dan 1 subsidi.. blah..


2 comments:

Ameen Homestay said...

bro, lu tanam tebu la belakang rumah..hahaha.xpun beli madu sebotol.ok dah tu.

abglong said...

nak try gak tanam tebu..tapi tanah lak takde..ingatkan nak buat tanaman hidroponik je..madu?..beli madu atau cari madu?..ada 2 maksud tu..