Monday 4 January 2010

Tahniah kak teh...


Tajuk nampak ringkas..tetapi membawa penghargaan yang tinggi..


SMA atau nama panjangnya Sijil Menengah Agama merupakan satu sijil yang hanya dimiliki oleh mereka yang bersekolah di Sekolah-sekolah aliran agama sahaja..


Ianya tiada di sekolah-sekolah biasa mahupun sekolah berasrama penuh yang bukan aliran agama..


Susah ke SMA ni?..jawapannya: Senang tapi susah...

Senang kalau menghafal semua subjek tu...tapi susah sebab tak hafal..hehehe...

Apapun, tahniah kepada adik aku,


Nur Syakirah A.Rahman kerana berjaya memperolehi Pangkat 1 Agg 6 (paling tinggi dah ni..) dalam peperiksaan SMA beliau...

walaupun ramai yang menganggap peperiksaan ini hanyalah pelengkap kepada pelajar-pelajar sekolah agama sahaja (tidak memberi kelebihan untuk memohon pekerjaan), tetapi bukan calang-calang orang yang boleh menghafal ayat al-quran dan hadis..dan hanya segelintir sahaja yang mengetahui Bahasa Arab...

Di dunia mungkin tidak mengiktiraf SMA tetapi Allah Maha Mengetahui segala usaha kalian dalam mempelajari ilmu Allah...dan semoga mereka berjaya bukan sahaja di dunia, tetapi di AKHIRAT yang lebih utama...aaaamiiiiiiinn....

Akhir kata, semoga kak teh akan terus berjaya di dalam peperiksaan SPM (pada tahun ini) dan juga terus berjaya di dalam lapangan bidang yang diceburi...

p/s: Hadiah?..err..kena tunggu bulan 2 la kot..nak bagi hadiah apa ek?...


No comments: