Thursday, 3 September 2009

cuti 2 minggu


Hari ni aku dah berjaya memohon cuti raya selama 2 minggu..sempat lagi bos aku cakap.."lamanya"..sorry la bos..sekali setahun je kalau tak gunakan peluang yang ada, bila lagi nak balik kampung (tambah pulak tiket free)..
Lagi 9 hari lagi kami akan berangkat terbang ke Johor..tak sabar lak rasa...setiap hari kami membilang hari..
Bak kata orang, Hujan Emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri..Kutip emas di negeri orang, buat rumah di negeri sendiri..(eh..dah macam pantun la pulak..)
P/s: Rindukan masakan emak...hehehe..(err..bini masak pun sedap gak..)

Wednesday, 2 September 2009

Sekali salah daa...

PEMBETULAN:
Sila lihat post pada Ogos 2009 bertajuk Salam Ramadan. Di situ ada disertakan sepotong hadis. Dan saya ada mendapat satu email berkenaan hadis tersebut. Semoga dapat dijadikan panduan bersama...
PENJELASAN STATUS HADIS BERMAAFAN SBLM RAMADHAN-smoga dpt di forwardkn (sedikit penjelasan akan status hadis tentang bermaafan sebelum ramadhan,... smoga bermanfaat)
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Ulasan 1 Merujuk kepada Hadis di atas yang tersebar melalui email dan internet akhir-akhir ini, saya ingin mengemukakan pandangan kami dari Bahagian Pematuhan Syariah TISB. Sesungguhnya Hadis tersebut tidak diketahui sumbernya dan diragui kesahihannya. Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut:
1- Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama' Hadis yang muktabar.
2- Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok- tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar.
3- Hadis ini baru sahaja muncul pada tahun lepas .
Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya. Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikt kebaikan pada 'hadis' tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan. Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi SAW.
P/s: Semoga dijadikan panduan dan iktibar...peace!!

alhamdulillah


Hati ini melojak kegembiraan..pedulikan bonus dari kerajaan yang entahkan jadi entahkan tidak..Berita yang aku dapat pagi ini lebih membuatkan aku gembira..
Alhamdulillah..itu je yang mampu keluar dari mulut aku..tak mampu untuk aku beli mercun untuk meluahkan rasa gembira aku ni (mercun diharamkan di Malaysia)..Penantian yang aku rasa cukup lama untuk kami akhirnya terjawab pada hari ini..Mungkin pada orang lain hanyalah kegembiraan yang selalu dikecapi, tapi pada kami, ianya satu nikmat yang amat ditunggu-tunggu..Inilah yang dikatakan rezeki di hari raya..Kami akui kami bukanlah hamba Allah yang sentiasa patuh akan suruhannya..kadangkala kami pun terlepas juga untuk menunaikan Solat Subuh dek kerana lenanya tidur selepas sahur (tapi kami qada' ek..)..tapi Allah masih lagi memurahkan rezeki kami..Allah itu Maha Pemurah..Teringat pula aku malam tadi apabila cerek kami rosak, terdetik dalam hati aku..Allah telah menarik sedikit rezeki aku..ditambah lagi dengan Cukai jalan yang telah tamat tempoh (bengkok aku!!), kereta yang buat hal di waktu aku memerlukan duit (bertambah bengkok bile tokei tu cakap 600 saja maa..)aduh...malang betul aku bulan ni..Mungkin kerana aku tidak beramal di bulan ramadan ini..tapi rupanya,ada hikmah disebalik ujian Allah..Ujian yang akhirnya memberikan kami kegembiraan di penghujungnya..

ALhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Ya Allah, janganlah kau putuskan rezeki kami, tambahkanlah rezeki kami dari apa yang telah engkau kurniakan dan kurniakanlah keberkatan di atas segala rezeki yang engkau kurniakan..Amin..


P/s: Apa yang gembira sangat tu tak boleh la dibagi tau..hehehe..tapi ni takde kene mengena ngan soalan cepu mas yang aku selalu dapat tu ek..

Tuesday, 1 September 2009

1 Malaysia Merdeka..


Semalam sambutan Hari Kemerdekaan dianjurkan secara sederhana..baguslah macam tu..bukan tak patriotik tapi apa guna sambutan kemerdekaan dibuat besar-besaran, penuh dengan hiburan, tapi tak membawa apa-apa kesan dalam hati..Islam pun suruh kita bersederhana..Masa Kaum Islam menang dalam setiap peperangan, mana ada nabi suruh buat sambutan besar-besaran, beli mercun mahal-mahal semata-mata nak menunjukkan kemenangan..membazir je..
tapi bukan pasal sambutan yang aku nak cerita kat sini. Aku cuma nak cerita tentang iklan kemerdekaan (maklumlah, semenjak Allahyarham Yasmin dah takde, takde pun iklan yang menarik untuk ditonton)..tapi dalam banyak iklan yang ada dalam surat khabar Berita Harian semalam, ada satu iklan yang betul-betul menarik perhatian aku..Iklan dari RHB..ringkas tapi memberi maksud yang mendalam tentang satu Malaysia..Dalam iklan tu ada 3 keping wang kertas..RM1, RM5 dan RM 10..di bawahnya ada ayat "Menjadi 1 Malaysia bukan bermaksud kita perlu menjadi sama. Sebaliknya, ia adalah suatu keindahan keunikan budaya yang digabungkan menjadi satu".. (ada lagi la ayat dia, tapi malas pulak aku nak taip..)..

Bila difikir balik, betul apa yang dia cakap (iklankan le..surat khabar mana boleh bercakap..)..1 Malaysia bukan bermaksud semua perkara mesti menjadi sama..tak semestinya bila bercakap tentang 1 Malaysia, semua hak keistimewaan Orang Melayu mesti dikongsikan dengan semua kaum..macam contoh duit kertas tadi tu la..walau apa pun nilai duit tu, kita tetap panggil dia Ringgit Malaysia (takkan rupiah pulak)..Nilai yang berlainan tapi saling memerlukan di antara satu sama lain..takkan jadi RM10 kalau tak cukup RM1, Cuba bayangkan kalau Bank Negara cuma keluarkan RM10 je, tak ke susah nak beli barang yang harga RM1..tak kan la nak "keep the change" pulak tiap kali membeli..sekali dua boleh le..kalau dah banyak kali, tokei balak pun bankrup..
Kesimpulannya kat sini, walaupun berbeza kaum dan fahaman, tapi kita tetap saling memerlukan satu sama lain..dan yang penting..tak semestinya 1 Malaysia bermaksud semua perkara menjadi sama..(sama sikit dah le..jangan la semua benda nak sama)..
Firman Allah: Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (al-Hujurat: 13)
P/s: Pada aku 1 ringgit ke, 10 ringgit ke yang penting namanya duit..dua-dua tu penting bagi aku.. tambah lagi waktu nak raya ni..(dah le bonus tak dapat..hehehe)..asalkan HALAL..