Wednesday 10 February 2010

kekasih atau dosa?...




Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”

Valentine day atau Hari Kekasih...hari yang cukup ditunggu oleh semua orang tidak kiralah Islam ke, kafir ke, semua nak menunjukkan bukti cinta mereka kepada pasangan masing-masing...tapi..sebelum sambut tu, apa kata kita baca dulu Apa sebenarnya Valentine Day dan kenapa ia diharamkan bagi umat Islam untuk menyambutnya....

Melalui sejarah Valentine meskipun mempunyai pelbagai versi, jelas ia dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day untuk memperingati kematian tragis seorang Paderi iaitu St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II (268-270M).
St. Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan ramai askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Dia juga adalah ikon kasih sayang yang diwujudkan oleh Pope Gelasius I (496M) untuk
mendekatkan masyarakat Rom kepada agama Kristian melalui satu sambutan perayaan gereja. Ia juga bagi menyaingi perayaan Paganisme Romawi kuno iaitu Lupercalia (perayaan untuk Dewa Lupercius dengan mempersembahkan korban binatang).

Apabila ada unsur ritual agama lain dan kita pula sama-sama raikannya, seakan-akan kita reda dengan perbuatan menyekutukan Allah (syirik) sedangkan syirik adalah dosa yang tidak terampun.
Ini ditegaskan dalam mafhum-Nya, Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya... (al-Nisa’: 116).
(Sumber dari Utusan Malaysia)


Rasanya, ayat-ayat kat atas tu dah mencukupi untuk mengharamkan sambutan Valentine day oleh umat Islam...tapi mesti ada yang berkata "alah, kami suka-suka je, takde kaitan pun dengan paderi'...jadi jawapannya..baca hadis di bawah ni:....

Baginda s.a.w mengingatkan, “Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Daud)

Ada lagi alasan?..."alah, kami bukan buat apa pun...just lepak-lepak, minum-minum"....jadi, jawapannya:...

Nabi bersabda: Tidak boleh bagi seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita(bukan mahramnya), kerana yang ketiganya adalah syaitan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)


Kesimpulannya, kalau nak tunjuk juga cinta yang mendalam sangat tu, tak payah la nak tunggu 14 hb feb tiap tahun..lain la kalau tarikh lahir dia memang 14 feb...Tunjukkan rasa cinta tu pada tarikh lain atau setiap hari kerana???...haa...jawapannya:Sabda Nabi S.A.W..

“Tidak seorangpun di antara kamu yang beriman, sehingga kamu mengasihi orang lain, sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.” (Sahih: Bukhari dan Muslim)."

Baca, dan fikir sendiri kerana????....manusia dikurniakan akal untuk berfikir...jadi, fikirlah mana yang elok, mana yang tidak elok untuk dijadikan panduan dan iktibar...Allah lebih mengetahui...

Jangan lihat SIAPA yang menyampaikan sesuatu ilmu itu, tetapi lihat apa yang ingin disampaikan untuk dijadikan iktibar dan panduan/sempadan..hehehe...(sebab aku pun bukan baik sangat..dulu sambut gak hari kekasih ni...tapi tu dulu la...zaman jahiliah..sekarang dah insaf sikit..kui kui kui..)

p/s: 14 feb?..apa tu?..aku cuma perlu ingat 13 Nov (tarikh lahir mak), 9 dis (tarikh lahir ayah), 26 mac(tarikh lahir wife), 15 Ogos (hari aku kahwin), 12 april (anniversary mak & ayah aku) lagi...apa ek....rasanya tu je yang aku ingat...hehehe....

No comments: