"Pecah kaca Pecah gelas, Sudah baca harap balas"
Aku rasa pantun ni cukup sinonim ngan kita..terutama bila hari raya.. Setiap kad raya yang diterima pasti ada pantun ni..Apa motif dan niat si pengirim, sangat jelas, iaitu minta dibalas kembali kad raya yang dikirimkan..tapi walau apa pun pantun yang diletakkan, kad raya masih lagi relevan dan mempunyai nilai sentimental tersendiri meskipun teknologi semakin berkembang. SMS, MMS, 3G semuanya tidak dapat menandingi keunikan kad raya...Kad Raya boleh digantung di dinding rumah sebagai perhiasan di Hari Raya bagi menambahkan lagi keceriaan dan membangkitkan suasana raya, tapi kalau SMS, MMS, 3G?..takkan la nak gantung 'handphone' pulak..silap-silap, kene curi dengan budak-budak yang datang beraya..
P/s: Walau maju macam mana sekalipun teknologi, posmen tetap kene bekerja keras di bulan puasa ni untuk menghantar kad raya (sampai cuti dibekukan lagi..kesian ayah aku..)..kalau tak, korang akan terima kad raya selepas hari raya la..

2 comments:
bukan takat kad raya je dpt lepas raya..silap2 radix pun dapat lepas raya hahahaha...
eh..tok guru dah masuk blog ni..ni yang bangga ni..mekasih la ek pakcu a.k.a Peria macho sebab sudi melawat blog ni..Kalo bab radix penghantaran akan dilakukan segera sebab mendatangkan pendapatan sampingan..heheheh
Post a Comment