Hati ini melojak kegembiraan..pedulikan bonus dari kerajaan yang entahkan jadi entahkan tidak..Berita yang aku dapat pagi ini lebih membuatkan aku gembira.. Alhamdulillah..itu je yang mampu keluar dari mulut aku..tak mampu untuk aku beli mercun untuk meluahkan rasa gembira aku ni (mercun diharamkan di Malaysia)..Penantian yang aku rasa cukup lama untuk kami akhirnya terjawab pada hari ini..Mungkin pada orang lain hanyalah kegembiraan yang selalu dikecapi, tapi pada kami, ianya satu nikmat yang amat ditunggu-tunggu..Inilah yang dikatakan rezeki di hari raya..Kami akui kami bukanlah hamba Allah yang sentiasa patuh akan suruhannya..kadangkala kami pun terlepas juga untuk menunaikan Solat Subuh dek kerana lenanya tidur selepas sahur (tapi kami qada' ek..)..tapi Allah masih lagi memurahkan rezeki kami..Allah itu Maha Pemurah..Teringat pula aku malam tadi apabila cerek kami rosak, terdetik dalam hati aku..Allah telah menarik sedikit rezeki aku..ditambah lagi dengan Cukai jalan yang telah tamat tempoh (bengkok aku!!), kereta yang buat hal di waktu aku memerlukan duit (bertambah bengkok bile tokei tu cakap 600 saja maa..)aduh...malang betul aku bulan ni..Mungkin kerana aku tidak beramal di bulan ramadan ini..tapi rupanya,ada hikmah disebalik ujian Allah..Ujian yang akhirnya memberikan kami kegembiraan di penghujungnya..
ALhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Ya Allah, janganlah kau putuskan rezeki kami, tambahkanlah rezeki kami dari apa yang telah engkau kurniakan dan kurniakanlah keberkatan di atas segala rezeki yang engkau kurniakan..Amin..
ALhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Ya Allah, janganlah kau putuskan rezeki kami, tambahkanlah rezeki kami dari apa yang telah engkau kurniakan dan kurniakanlah keberkatan di atas segala rezeki yang engkau kurniakan..Amin..
P/s: Apa yang gembira sangat tu tak boleh la dibagi tau..hehehe..tapi ni takde kene mengena ngan soalan cepu mas yang aku selalu dapat tu ek..
No comments:
Post a Comment