Semalam kerajaan mengishtiharkan pemberian bantuan kewangan kepada penjawat awam kumpulan sokongan sebanyak Rm500. Rm250 akan diberikan sebelum raya ni dan bakinya pada bulan Dis nanti..Khabar gembira buat mereka yang menjadi kumpulan sokongan..Konsep 1 Malaysia kini diapplikasikan pula menjadi 1 kumpulan jawatan..Para pegawai mungkin ada memuncungkan bibir kerana raya kali ini bukanlah giliran mereka untuk berbelanja lebih..Namun mereka perlu beringat, walau ditambah 500 sekalipun, gaji kebanyakan kumpulan sokongan masih tidak dapat melebihi gaji dan imbuhan yang dimiliki oleh pegawai..jadi, bersyukur dan redhalah dengan rezeki yang Allah kurniakan.. Pengumuman malam semalam membuatkan aku tak lena tidur..bukan kerana seronok mendapat bantuan kewangan (bukan bonus ek), tapi kerana memikirkan aku akan pulang pada 12hb ini..maka urusan untuk memproses cek dan bayaran kepada staf akan tertangguh sehingga tarikh aku masuk bekerja semula..Untuk membatalkan atau menukarkan tarikh penerbangan bukanlah sesuatu yang mudah terutama di waktu hampir dengan perayaan..semua tempat duduk pesawat telah dipenuhi dari bulan 6 lagi..kalau aku nak menukar penerbangan, alamatnya lepas raya la baru aku balik..takpun bagi aku naik business class (boleh ke bos?)..itulah yang membuatkan aku tak lena tidur (err..tapi tertidur gak aku).. Dan hari ini aku telah membuat keputusan yang muktamad..AKU AKAN BALIK KE KAMPUNG PADA 12HB INI JUGAK..(MELAINKAN KALAU BOS OFFER AKU BUSINESS CLASS LA..HEHEHE)... P/s: Kerajaan cuma mengishtiharkan Bantuan Kewangan,bukan BONUS (sama tapi tak serupa)..jadi untuk bonus, nantikan belanjawan pada bulan 10 ni..tu pun kalau ada la...(Najib kata "rakyat diutamakan"..tapi tu Najib la yang cakap, bukan aku..)
No comments:
Post a Comment