Sunday, 11 July 2010

Penyamun!!!!

Minggu ini adalah minggu yang cukup kental dalam hidup aku.. Mungkin terlalu banyak dosa yang aku lakukan..dan dugaan ini sebagai proses untuk mengurangkan dosa..dan mengajar aku erti kesabaran terutama apabila hidup di tempat orang...

Malam tadi lebih kurang jam 8.30, Allah telah menarik kembali apa yang telah diberikan kepadaku.. Bila terjadinya peristiwa tersebut, membuka mata aku bahawa penjenayah tidak mengenal jantina..Lelaki atau perempuan.. bila terdesak, apa sahaja sanggup dilakukan..

Aku telah pun membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut walau aku tahu, tidak mungkin aku akan dapat kembali apa yang telah "diambil" oleh perempuan tersebut..Laporan dibuat agar tidak ada lagi mereka yang lain akan terkena nasib sama sepertiku..

Namun, aku sangat berterima kasih kepada pihak polis yang banyak membantu aku. Mereka akan cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan kembali "handphone" kesayangan aku.. Duit?..biarlah aku halalkan.. RM150 tidaklah terlalu bernilai jika dibandingkan dengan nyawa aku..

Selepas beberapa jam aku membuat laporan, seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes berkenaan dipanggil.. dan setelah disoal siasat, lelaki tersebut sememangnya kenal dengan perempuan itu. Selepas berbincang dengannya, aku hanya meminta lelaki tersebut supaya memulangkan kembali "handphone" aku dan aku akan menarik kembali laporan yang telah dibuat... Jam 2.30 pagi, aku pulang ke rumah setelah selesai siasatan. Lelaki tersebut berjanji akan memulangkan kembali "handphone" aku pada keesokkan harinya...

Walau aku tidak berapa pasti adakah aku akan mendapat kembali 'handphone' aku tu, tapi aku tetap bersyukur kerana aku masih lagi bernafas..

P/s: kesan dari kes ni, aku betul-betul fobia dan serik untuk jejakkan kaki ke pasar malam di KK.. Cukuplah semalam menjadi sejarah dalam hidup aku..

No comments: