Thursday, 1 July 2010

Hujan Emas Part 1...(ini bukan cerpen..ini coretan aku)


30 Jun 2010..genap dua tahun...penuh dengan suka dan duka..Hidup merantau di negeri orang bukan sesuatu yang pernah terlintas dalam fikiran aku apatah lagi untuk ke negeri di bawah bayu ini. Selain dari faktor jauh, aku juga dimomokkan dengan cerita-cerita yang melemahkan lagi semangat aku untuk ke sini. Tapi berkat doa dan dorongan dari “mereka yang tersayang”, aku gagahkan diri untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Bila diimbau kembali kenangan sewaktu mula-mula menaiki pesawat, memang aku akan tergelak sendiri. Mujur mak dan ayah sentiasa bersama aku untuk menenangkan aku yang memang “gabra” abis.. Berikut diceritakan serba sedikit pengalaman dan kenangan sebelum perjalanan sehingga aku menjejakkan kaki di negeri di bawah bayu ini namun mungkin tidak sehebat pengalaman mereka yang pernah menjejakkan kaki di luar Malaysia..


Kenangan sebelum berangkat


a) Kerana terlalu takut dan tidak mendapat apa-apa gambaran tentang Sabah, aku membawa segala keperluan dari semenanjung seolah-olah tiada kedai atau pasaraya di sini.. dan hasilnya..berat bagasi aku melebihi 15kg seperti yang telah ditetapkan.... Mak membayarkan untuk aku..RM180.00 (RM15 x 12kg) ..Mana lah tak berat kalau cermin, bantal, dan macam-macam lagi aku bawa. Kalau diikutkan hati ni, tilam pun aku nak pikul buat naik pesawat. Tapi itulah pengalaman yang manis..


b) Terima kasih mak dan ayah yang sentiasa menemani along sehingga berlepasnya pesawat.. Hati sayu bila memasuki ruang pemeriksaan polis. Saat itu, kalau aku ni tak fikirkan malu, aku nak menangis je masa tu..tapi terpaksala “control macho”..heheh


c) Fakta yang tidak diketahui umum, kami bertiga tidak sempat solat subuh..heheh.. Gabra punya pasal sampai takut nak cari surau..takut kena tinggal pesawat.huhu..”sorry” mak & ayah…


d) Semasa menunggu pintu dibuka untuk memasuki pesawat, aku hanya mengikut seorang makcik.Aku anggarkan umurnya dalam lingkungan 60an sebab dah tua. Beliau nak pulang ke Kota Kinabalu selepas melawat anaknya di Jb. Dan aku akui makcik ni memang dah “expert” naik kapal terbang. “Steady” je aku tengok dia..Mungkin sebab selalu melawat anaknya. Dalam masa menunggu, puas aku bertanya orang sekeliling di mana terletaknya DBP Sabah..dan memang aku akui, hanya dua, tiga orang je yang tahu di mana DBP. Selebihnya, hanya menggelengkan kepala. Ada yang tanya “ DBP tu apa?”…dalam hati aku menjawab “ ia adalah sejenis kuih”…ape daa…aku tanya dia, dia tanya aku balik..menambahkan lagi “gabra” aku…


e) Bila pramugari (yang tak berapa cun sebab “make up” tebal “gile”..hehe) mengumumkan pintu dibuka untuk masuk, aku terkejut bila semua orang berebut untuk beratur. Lupa nak cakap, aku naik Air Asia..bukan MAS..dan pada waktu itu AirAsia belum lagi menggunakan nombor kedudukan untuk penumpang. Aku pun ikut beratur..dan biasa lah..bila dah “blur”, secara pastinya, akulah yang di belakang sekali. Mujur ada pramugari memeriksa tiket sebelum kami dibenarkan masuk dan beliau menyuruh aku untuk kehadapan..”express boarding” beb..apa barang beratur-beratur ni..hahaha..tapi kalau tak diberitahu, mana la aku tau kan?..terima kasih kat Pramugari tu..


f) Bila dah masuk, teringat aku pada pesanan “Mak uda” aku, jangan duduk dekat belakang, nanti bunyi enjin dia kuat, sakit telinga..Mengambil kira pesanan beliau, aku duduk di “seat” yang kedua..kira depan la tu kan?..Hati aku..hanya Allah yang tahu..aku rindukan mak & ayah aku…isk..aku dah mula nak menangis masa tu..tapi aku tahan je sebab takut pramugari tu nampak..hehe


g) Dari tingkap pesawat, aku nampak kelibat mak dan ayah dari jauh…aku tak nampak muka mereka , tapi hanya warna baju ayah yang buatkan aku yakin mereka sedang memerhatikan aku..dan terbanglah aku meninggalkan JB…menjadi sang musafir di bumi borneo ini..


Nantikan sambungan hujan emas di bawah bayu Part 2...(penat pulak nak taip banyak-banyak..hehe)

No comments: