Secara tiba-tiba kes Kartika (bukan hartika ek..) mendapat liputan meluas di semua akhbar..Isu sebat mula dimainkan oleh semua media massa dan juga pemimpin-pemimpin termasuk pembangkang. Pelbagai pendapat diutarakan tah mana satu yang betul aku pun tak tau. Kalau nak diikutkan bukan Kartika sorang je Org Melayu atau lebih tragisnya, bukan Kartika sorang je Orang ISLAM yang meminum arak..Kalau nak menghukum Kartika sorang pun dah macam-macam hal jadi, macam mana kalau berpuluh-puluh lagi Orang ISLAM yang ditangkap kerana meminum arak?..nak tunggu bertahun ke baru habis semua kene sebat..tu pun kalau takde kes baru..kalau ada?... Apa isu sebenarnya yang timbul?..Isu hukuman sebat ke atau Isu Penguatkuasaan kepada mereka yang beragama Islam tapi meminum arak?..Kalau Kartika tu disebat, akan berhentikah mereka yang kaki botol tu?..kalau dah nama umat akhir zaman, macam tu la gayanya..maksiat makin berleluasa.. Sekarang ni Imam dan Bilal pun dah ada kuasa untuk menangkap mereka (umat Islam) yang meminum arak..larat ke pak imam ngan bilal nak kejar mereka yang meminum arak tu..silap-silap ada nanti kes pak imam dibelasah sekumpulan remaja yang sedang berpesta...kuasa tu ada tapi kena la disertakan dengan kemampuan dan keberanian..kalau setakat kuasa je ada tapi tak berani atau tak mampu nak buat, apa guna ada kuasa macam power rangers pun..simpan aje la kuasa tu dalam poket.. Pada pendapat aku, kalau dah nama negara Islam, sepatutnya isu Umat Islam minum arak secara terbuka takkan timbul..Mana pergi Islamnya kalau rakyat dalam negara tu kebanyakannya kaki botol..kat sini dah menunjukkan tiada penguatkuasaan yang ketat dalam menghalang benda-benda ni dari berlaku ataupun ada penguatkuasaan tapi takde sape yang berani cegah termasuk la Jabatan Agama..Tu belum termasuk lagi VVIP atau Menteri-menteri yang minum arak di Hotel-hotel 5 bintang..berani ke pak imam nak tangkap? silap-silap masuk ISA lak pak imam tu..dah kesian... Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya di antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah hilangnya kemanfaatan ilmu dan makin ketara kebodohan dan banyaknya peminum arak dan meluasnya perzinaan dengan terang-terangan. (riwayat al-Bukhari).
p/s: bab-bab rotan ni aku rasa semua orang pernah kena punye masa kecik dulu..heheh..tu termasuk la aku..tapi papehal pun thanks la kat mak ayah aku dan cikgu aku yang pernah rotan aku..sekurang-kurangnya dorang memberikan aku pengajaran betapa sakitnya kena rotan..confirm aku tak buat lagi...sakiiitttt
No comments:
Post a Comment