Laungan Merdeka sebanyak tujuh kali yang dilaungkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih lagi terngiang-ngiang di telinga Pak Habib.Masakan tidak, umur beliau pada ketika itu baru belasan tahun. Tiap detik, tiap saat kemerdekaan dilaungkan, beliau ada di situ. Perit jerih semasa Tanah Melayu dalam jajahan masih lagi terasa walaupun 52 tahun Negara mengecapi kemerdekaan. Masih terbayang lagi dimindanya ketika bapanya dipukul dengan buntut senapang kerana tidak menundukkan kepala dengan salah seorang pegawai jepun. Habis berdarah hidung bapanya. Itu baru tidak tunduk, macam mana pula kalau melawan atau ingkar dengan arahan mereka? Pasti dipancung kepala mereka. Berapa ramai orang Melayu dipancung kepala mereka kerana disyakki menjadi tali barut British. Terlalu sukar untuk dilupakan Pak Habib.
Kini, genap 52 tahun kemerdekaan Negara, Bangsa Melayu ramai yang memegang jawatan tinggi dalam pekerjaan, tidak lagi menjadi kuli, petani dan pekebun kecil. Timbul perasaan bangga di hati Pak Habib walaupun mereka itu tiada pertalian darah dengannya, namun mereka tetap sebangsa dengannya. Namun mampukah Melayu bertahan dalam arus kemodenan dunia? Seringkali terdetik di hati Pak Habib tidak selamanya Melayu akan menjadi ketua Negara, tidak selamanya Melayu akan di atas. Ibarat putaran roda, kadangkala di atas, kadangkala di bawah. Risau juga memikirkan tentang anak bangsanya sendiri persis seorang ahli politik risaukan undiannya ketika pilhanraya.
Anak muda terjebak dengan pelbagai masalah sosial, Pemimpin yang terlalu memikirkan duit dari kebajikan rakyat, pihak berkuasa yang mudah tunduk kepada wang, kemasukan imigran yang pada dasarnya untuk bekerja kini sudah mula beranak-pinak dan membentuk sebuah kampung. Apa lagi yang harus ditunggu? Apa lagi yang harus dibanggakan? Mengeluh panjang Pak Habib tiap kali terpampang di dada akhbar “Remaja Melayu di tangkap basah”, “Pegawai polis ditahan kerana rasuah”, dan pelbagai lagi rencana yang menunjukkan jati diri Melayu sudah hilang. Budaya Syaitan sudah mula menjadi ikutan. Kononnya tidak membangun jika tidak mengikut budaya barat. Apa guna dasar Pandang ke Timur yang dilaungkan oleh kerajaan jika pemuda-pemudi sentiasa teleng mindanya memandang ke barat. Hancur masa depan mereka menunjukkan hancurnya sesebuah Negara pada masa akan datang. Pada siapa lagi harus kita meratap? Pada siapa lagi harus kita mengadu? Kaum lain tetawa dan tersenyum sinis. Melayu sudah berperang sesama melayu. Melayu sudah berbunuh sesama Melayu, Melayu sudah masuk perangkap kita. Kaum lain menanti masa untuk mengangkat bangsa mereka pula. Mereka menanti masa untuk mendapatkan hak kesamarataan dalam semua bidang.Jangan terkejut jika suatu hari nanti kaum tersebut akan mentabalkan pemimpin mereka sebagai Raja dan sultan. Jangan terpegun jika semua jawatan kerajaan akan dimonopoli oleh mereka. Tidak mustahil kita akan kembali menjadi petani dan pekebun kecil, malah lebih teruk lagi menjadi kuli kepada bangsa lain. Menyesal pun sudah terlambat. Hanya yang mampu, patuh pada arahan selagi tidak bertentangan dengan agama. Untuk bangkit pastinya bukan seminit, tapi bertahun malah berabad. Ketika itu, Melayu ibarat Palestin yang berbumikan Israel, Melayu ibarat kaum yang hina, Kegemilangan melayu hanyalah untuk tatapan sejarah.
Itulah yang ditakuti Pak Habib. Cucu cicitnya akan merasai kembali apa yang telah dirasainya. Cucu cicitnya akan trauma melihat ibubapanya dipijak, dipukul, malah dipenjarakan tanpa sebab. Tidak putus-putus Pak Habib berdoa agar keturunannya tidak merasai kepedihan yang dialaminya. Setiap waktu Pak Habib akan berdoa agar bangsanya sentiasa bersatu, menjadi khalifah yang agung, tiada syaitan yang bertopengkan manusia. Dalam hela nafasnya yang panjang, Pak Habib mengharapkan doanya dikabulkan oleh Yang Maha Esa.

No comments:
Post a Comment