Kenapa Melayu makin layu?..kenapa Melayu tidak lagi dihormati?..Kenapa Melayu bergaduh sesama Melayu?..kenapa Melayu tidak menjadi orang paling kaya di Tanah Melayu sendiri?...kenapa?..kenapa?..kenapa?...jawapannya..baca email yang saya terima di bawah ni ye..
Di mana boleh cari ramai Melayu:
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu:
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu
p/s: Kalau tidak disebabkan ada perlembagaan yang menjaga hak keistimewaan orang Melayu pastinya Melayu akan hilang..ditindas bangsa lain..tapi perlu diingat..perlembagaan digubal oleh manusia..dan manusia jugalah yang boleh meminda perlembagaan..jadi..sampai bila kita nak berlindung disebalik perlembagaan itu?..lambat laun perlembagaan hanya tinggal lembaga..Lembaga yang akan memakan bangsa Melayu itu sendiri..tapi..takkan Melayu hilang di dunia...itu betul..kerana Melayu yang akan menjadi kuli kepada bangsa lain..menjadi pak turut kepada bangsa lain...Melayu yang merempat di Tanah Melayu...kerana apa?...kerana perkara yang disebutkan di atas itu..
No comments:
Post a Comment