Thursday, 1 October 2009

musibah alam


Dua tiga hari ni kita dikejutkan dengan pelbagai berita berkenaan bencana alam yang melanda di beberapa buah negara jiran yang cukup dekat dengan kita..mula-mula taufan tropika Ketsana yang melanda filipina dan menenggelamkan seluruh Manila, serpihan taufan tu dapat dirasakan di Sabah apabila angin kencang melanda beberapa daerah di Sabah termasuk Kota Kinabalu (aku tak rasa apa-apa sebab aku dah tidur..hehe)..dan terbaru gempa bumi di Wilayah Sumatera Barat yang turut dirasai gegarannya beberapa kawasan di negara kita..Bila melihat jiran sekeliling dilanda musibah, terlintas juga di fikiran, bumi sudah semakin uzur..tapi hati dan jiwa manusia tidak pernah uzur memikirkan dunia..Kadang-kadang rasa insaf juga bila memikirkan petanda-petanda akhir zaman semakin jelas..tapi aku pun manusia biasa..insaf kejap, lepas tu lupa..
Dunia memang sukar untuk ditinggalkan..sampai kita terlupa destinasi asal kita adalah akhirat nanti..Waktu bekerja yang sepatutnya menjadi ibadah bertukar menjadi dosa bila terlalu banyak menipu dan tidak amanah..waktu sembahyang yang 5 waktu kadang-kadang tak cukup 5..Waktu nak tidur, baca Bismillah yang pendek tu pun kadang terlupa..main letak kepala, lepas tu jalaaannn...kalau dah bismillah pun lupa, apatah lagi nak mengucap syahadah sebelum tidur..buatnya tidur selama-lamanya, dah naya...Sehari ada 24 jam..dalam masa 24 jam tu berapa minit je diperuntukkan untuk mencari pahala..Manusia memang susah nak berubah serta-merta..tapi sementara mata masih celik, jantung masih berdegup, tak salah kalau kita berniat untuk berubah menjadi baik..daripada terus tak berubah..lagi teruk..Doa la supaya Allah mempermudahkan kita untuk berbuat amal..
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:


1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.


2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).


3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.


4. Apabila suami terlalu mentaati isteri (dayus).


5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.


6. Apabila seseorang lebih memuliakan kawan daripada ibu bapa sendiri.


7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.


8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.


9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.


10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.


11. Apabila arak menjadi minuman biasa.


12. Apabila lelaki memakai sutera.


13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.


14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. -


15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi


P/s: Agak-agak daripada 15 tu, berapa yang dah berlaku?...Memang patut pun macam-macam bencana sekarang ni..

No comments: