Sunday, 20 June 2010

ayah....




Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama aminan memuji Illahi
Di telingaku kanan dan kiri
Hari - hari makin mendewasakan
Hidupmu tabah penuh kecabaran
Dalam mendidik amanah tuhanmu
Sabar melayar kerenah yang seribu
Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti

Biar ku tawar wang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya
Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua

(Dehearty - Ayah Nilai Kasihmu)

27 tahun usiaku..jarang sekali aku mengucapkan ucapan selamat hari bapa kepada ayah..
Mungkin kerana lumrah anak lelaki lebih rapat dengan ibunya...

tapi itu bukanlah penyebab untuk aku melupakan ayah..

kerana setiap denyut nadiku, degupan jantungku, tidak pernah aku melupakan mereka yang telah banyak berjasa membesarkan aku...

Seperti bait-bait lagu di atas, jika dihamparkan selaut mutiara, tidak mungkin membalas segala jasa ayah..

Garangnya ayah dalam mendidik menjadi kenangan manis buat diriku kini..

Ketegasan ayah menjadikan aku lebih memahami erti kehidupan..

Bila diimbau kembali kenangan bersama ayah, terasa masih belum puas aku untuk bersama-samanya...

Jika Allah membolehkan manusia sujud di kaki makhluk lain, akan ku sujud di kaki ayah..

Biar apa pun anggapan orang tentang ayah..ayah tetap yang terbaik dihatiku...dan tidak akan ada gantinya...

Selamat Hari Bapa kepada ayah...Jasamu tidak ternilai...ampunkan segala dosa along sejak along dilahirkan hingga ke akhir hayat along..

Selagi Allah mengurniakan nyawa kepada along, selagi itulah lidah ini tidak akan berhenti mendoakan mu... Terima Kasih atas segala-galanya...




Wednesday, 9 June 2010

facebook addict...


1...2....3.....Mulaaa.......



04.45 a.m: bangun tidur..mandi..solat subuh..



05.30a.m : facebook..



06.00 a.m: ke pejabat...hantar wife..



07.00 a.m: Sarapan..



08.00 a.m: facebook...



10.00 a.m: pergi minum pagi..lapar...



10.30a.m: facebook...



11.00 a.m: terlelap...



12.00p.m: Lunch time...Mc D mcvalue lunch..huhu...



12.00 - 01.30 pm: isk..ada wifi la..so??...facebook...



02.00 pm: solat zuhur...



02.30 p.m: facebook...



03.30 p.m: lelap kejap lah...



04.15 p.m: solat asar...



04.30 p.m: ambil wife balik kerja...



1 jam 45 minit perjalanan yang sangat membosankan..sebab...jalan "jem" (entah betul ke tidak aku eja ni)..



06.30 p.m: mandi...solat maghrib



07.15 p.m : facebook...



08.00 p.m: solat isyak...dinner...



08.30 p.m : tengok berita..ni wajib ni..mana la tau kerajaan umum gaji naik ke, bonus 10 bulan ke..



09.00 p.m : TV..(iklan je buka Facebook)



10.00 p. m: ah..ngantuklah..tidur "time"....sebelum tidur...on facebook jap..ok..



Kesimpulan: betul ke aduan orang tentang kakitangan kerajaan yang paling ramai melayari FACEBOOK sehingga menjejaskan kerja mereka?....facebook melalaikan atau merapatkan silaturrahim?...setiap benda ada kebaikkan dan keburukkannya..pandai-pandailah kita menguruskannya..



P/s: Untuk makluman semua, Jadual waktu yang kat atas tu adalah ketika aku sedang MC/bercuti..tidak ada kena mengana dengan waktu kerja..kalau hari bekerja..gantikan "facebook" dengan "kerja"...hahaha...nape?...tak percaya?... bukan semua kakitangan kerajaan tu pemalas dan "slow".... dan tak semua kakitangan "swasta" tu PANTAS dan MESRA ALAM.. pandai-pandaila kita menilai...








Monday, 31 May 2010

Bio Aura @ Biol Aura....







Ceritanya bermula hari Ahad, jam 11.35 pagi...berikut dialog di antara aku (A) dan wakil syarikat pengurusan rumah aku (P)...

P: Assalamualaikum (kali ke berapa dia bagi salam aku pun tak tau sebab masa tu aku tgh layan TV)
A: Wa'alaikummussalam..ada apa?..(dengan muka yang serabai sebab belum mandi lagi..hehe)
P: encik, boleh ka kami minta segelas air..(tanpa memperkenalkan diri siapa mereka..)

A: kenapa?..

P: tadi kami telah terlebih isi ubat untuk bersihkan tangki..jadi kami mahu test sama ada air tersebut kotor atau tidak (baca mengikut "slang" cina)
A: encik ni jurujual ke? (kalau jurujual, aku nak tutup je pintu)

P: bukan, kami dari syarikat pengurusan.

aku pun pergilah ambil segelas air..bukan air biasa..tapi air "Bio-Aura"...

P: encik, bolehkah kami masuk kerana kami mahu membuat test ini menggunakan elektrik..(laa..rupanya aku lupa nak bukak "gate" tu..hahaha..)

Selepas aku bukakan "gate" dia pun masuk dan terus buat "test"... sambil tu aku pun perhatikan dia..mana la tau pencuri ke, atau jurujual yang nak "syko" aku suruh beli produk dia..

3 minit selepas itu...

P: encik, ini kotoran yang ada pada air tu..(sambil menunjukkan gelas yang aku bagi tadi..)

A: eh..kenapa hitam sangat air ni...

P: yang hitam itu karat, yang hijau tu lumut..

A: habistu..apa saya kena buat

P: encik kena buka paip air selama 10 minit supaya semua air yang kotor itu keluar...

Tamat la dialog aku dan "budak" tu.. Kemusykilan aku, bukan kepada kesilapan syarikat meletakkan ubat yang berlebihan semasa membersihkan tangki ..tapi FUNGSI Bio-aura tu.. Ok..di bawah aku tuliskan fungsi keenam-enam penapis Bio aura..(sila lihat fungsi penapis A dan C)

Penapis A: Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bakteria

Penapis B: Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bakteria

Penapis C: Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bakteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral

Penapis D: Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsure logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga

Penapis E: Teknologi penukar tenaga memecahkan kelompok molekul air yang besar kepada kelompok yang lebih kecil supaya diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.

Penapis F: Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikasi.

Jadi...kenapa boleh ada karat dan lumut lagi dalam air tu?...apa guna penapis yang banyak tu?..dulu, "member" cakap, bio aura ni tak perlu dimasak, nanti mati sel-sel air tu...tapi bila tengok keadaan air (lihat gambar), aku rasa biar la sel air tu mati, jangan aku "pulak" yang mati sebab minum air karat tu.. huh!!! bio-aura sudah jadi "BIOL-Aura"....
P/s: Minum "radix" dengan air karat...huhu... positif + negatif = hilang dahaga jugak..hehe...

Tuesday, 25 May 2010

Aku janji Melayu...




Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya… tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

(Lirik lagu Layu - Mr Malique)




UMNO,PAS, PKR gaduh, MCA, MIC, DAP ketawa..
seorang Melayu bina kedai, seorang Melayu tolong robohkan...
seorang Melayu hidupnya mewah, seorang Melayu tolong lingkupkan..
seorang Melayu berjawatan tinggi, seorang Melayu tolong jatuhkan...
bila seorang Melayu jatuh, seorang Melayu akan tersenyum...
Santau-menyantau..itu "adat" orang Melayu..
Ramainya mat rempit..majoritinya Melayu..
di tepi lorong..penghuninya Melayu..
Buang bayi?...semuanya Melayu..
itulah Belia negara...ramai yang tak terbela...
pelapis negara?..semuanya dah jadi papan lapis...
siapa yang bakal menggantikan tampuk pemerintahan negara?..
Menteri ramai yang dah beruban..tinggal masa untuk dihumban..
yang muda, penuh dengan skandal..nak pimpin negara..tapi diri sendiri pun tak terpimpin..
bila pilihanraya, serba salah nak pilih...silap pilih, bangsa tergadai...
pilih yang lama, belum tentu nasib badan..

kalau pangkah dua, rosak undi..

kalau pangkah satu, rosak hati..

Bangsa lain menunggu masa..dah lama mereka impikan nak bubarkan bahasa

tapi jangan risau...takkan Melayu hilang di dunia...

kerana melayu pandai main sorok-sorok...

akan tiba masanya...
Menara setinggi gunung..tapi pencuci tingkapnya Melayu..
Kereta bersalut emas..Melayu hanya jadi pemandunya..
Mahligai seluas lautan...tapi tukang kebunnya, Melayu..
Bangga betul jadi Melayu...dimana-mana ada melayu..
Melayu dulunya tuan, kini lunyai...
Bahasa Melayu?...bahasa kuno abad keberapa tu?...
1 Malaysia...betul...1 bangsa menerajui Malaysia..


2020..mungkin tercapai..tapi..yang tercicirnya siapa?..
kita masih lagi selamat..tapi anak cucu kita..mereka yang menghadapinya...
Melayu, dulu merempit..kini merempat...

apa nak buat?...kiamat dah dekat..


p/s: errr...motif?..hari tu ada dibuka kaunter untuk daftar pemilih pilihanraya kat DBP Sabah..dan aku salah seorang yang belum lagi mendaftar..sehingga kini..hehehe...alasan?...aku takut tersalah pilih..biarlah aku jadi pemerhati dulu..sampai dah pasti siapa yang betul.. tapi yang pasti..aku takkan pangkah PKR..sebab?...di sabah, ada pemimpin PKR memainkan sentimen perkauman di antara semenanjung yang dipanggil Malaya dan Sabah..mempengaruhi rakyat sabah supaya membenci warga Malaya..huh!! itu sudah cukup membuatkan aku anti-PKR....