Tuesday, 10 July 2012

bila hati itu sedih...semua yang berada di sekeliling kita semuanya sedih, samar,suram,tidak ceria,tiada senyum menghiasi bibir...

Sunday, 27 May 2012

update rege emas...

Berkurun dah tak update blog..kalau rumah, memang dah bersawang habis.. takde ape yang penting untuk di'update'kan.. Lain la kalau harga emas..memang sentiasa perlu di'update'kan supaya tak ketinggalan untuk mengumpul aset mampu milik... hehe.. Hari ini harga emas berada di sekitar RM 100 ke atas untuk 1 gram (tak jumpa dah yang bawah 100..Emas 750 (18 karat) pun dah lebih dari RM100 per gram).. bila difikir balik, rasa rugi sebab tak menceburkan diri dengan emas masa harga dia berada di bawah RM100... kalau tak, mau bekilo dah membeli.. tapi kalau lagi ditunggu, lagilah menyesal... ada ramalan (bukan nujum pak belalang) cakap harga emas meningkat sehingga RM500 per gram pada tahun 2020 (Negara dah maju ni)..maka sekarang adalah masa untuk mengutip peluang yang ada.. ASB??.. penting jugak..tapi sebagai emergency fund je..errkk..betul ke emergency?..sebab kalau hari sabtu dan ahad nak guna duit, bukan boleh keluarkan jugak ASB tu... tapi orang putih ade berpesan, "don't put all your eggs in one basket"... bimbang kalau bakul jatuh, habis pecah semua telur.. bertelur dahi nanti... Pendek kata, kalau nak menyimpan atau melabur, perbanyakkan tempat menyimpan dan melabur tu... ASB ada, Emas ada, Hartanah ada, Kereta?? (itu bukan pelaburan..tp keperluan..hehe).. yang penting, melaburlah di tempat yang patuh kepada syariah dan tidak mengandungi unsur-unsur riba'.. 

P/s: teringat ada ayat yang bunyi dia lebih kurang macam ni lah: 
"Emas tidak menjadikan kamu kaya tetapi orang yang memiliki emas tidak akan miskin".  
" Apabila kita memiliki emas, kita berada dalam ketakutan, Apabila kita tiada emas, kita berada dalam bahaya"   

Wednesday, 28 March 2012

shopping...

23-26 mac 2012, rombongan Badan Keluarga DBP Sabah ke Kuala Lumpur...Agenda asal rombongan ini untuk ke Genting Highland,tapi tiket ke genting abis pulak...lokasi terpaksa ditukarkan ke aquaria klcc & i-city,shah alam. Tapi agenda utama yang sebenar-benarnya untuk shopping kat jalan masjid india..maka berbondong-bondonglah kain diborong..seperti contoh di dalam gambar itu..huh..tapi betullah, orang perempuan kalau shopping, 10 jam pun rileks je..tapi lepas abis shopping,semua penyakit akan keluar...masa shopping tu takde pulak keluar..isk isk isk...itulah kelebihan mereka yang tidak boleh dipertikaikan lagi


P/s: hanya topi itu sahaja kepunyaan sy..yg lain, datin punye...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, 20 February 2012

emas merelip..(ini bukan citer mami jarum)

Goldbar (bukan goldberg)





Rantai emas gajah



Gelang tangan pasir



Gelang tangan Melor



biarpun blog ini bersawang, tapi dengan hadirnya beberapa keping gambo di atas, pasti menenggelamkan sawang dan sarang labah-labah yang ada setelah sekian lama tak meng'update' blog..



Emas = pelaburan



Mengikut kamus dewan, emas adalah



1. sejenis logam berwarna kuning yg MAHAL harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai, dll)



2. sl mata wang (mengandungi tahil emas)..contoh, dinar



3. sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga, dll): contoh: masa itu emas


4. erkk..aku tak paham ape yang kamus ni tulis..keh keh keh.. terlalu tinggi bahasa dorang nih..



Kesimpulannye emas merupakan:



1) sejenis pelaburan jangka masa sederhana dan panjang..kalau untuk jangka masa pendek...yang itu bukan pelaburan namenye..itu namenye simpanan..keh keh keh..



2) aset yang boleh dicairkan pada bila-bila masa dan laku di mana jua anda berada..walau di ufuk timur sekalipun..erkk..kalau ade orang la kat tempat tu..kalau takde orang, sape nak beli pulak emas tu..




3) kalis inflasi.. contohnye, masa zaman nabi dulu, harga seekor kambing adalah 1 dinar emas..dan jika dinar emas digunakan dalam jual beli pada hari ini, nilainya akan tetap sama..siap lebih lagi..1 dinar emas GCP bernilai RM820.. ade balance lagi kalau ditukarkan dengan kambing..boleh la buat bayar tukang sembelih..keh keh keh..



4) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bankrup..erkk..tapi janganla sampai bankrup..susah hidup nanti..berpada-pada la apabila berbelanja...



5) banyak lagi kelebihan emas nih..boleh goggle sendiri..


Jadi, kepada sape-sape yang nak beli emas pada harga yang murah, boleh la buka laman web ini . Boleh tengok harga semasa emas yang dijual lebih murah berbanding kedai emas.. nak tau berapa harga emas yang kedai emas jual??.. boleh tengok kat sini



Kalau berkenan, sile la hubungi sy..keh keh keh...



p/s: tak reti dah nak update blog nih...asyik layan fb je..